Skip to main content

Hujan Yang Turun...

Minggu ni belum dapat jog lagi. Dua-tiga hari ni hujan saja. Lebat juga sampai flash floods di area KL petang tadi. Masa ni lah bersyukur sangat-sangat I ada peluang untuk work from home. Flash floods, traffic jam, train service disruptions... itu semua penyumbang kepada stress. Ada opportunity untuk buat project baru sebenarnya. Tapi bila fikir balik... susah kot. Dengan commitment setiap pagi... anak comel pulak tahun ni big exam nak kena ferry her pergi-balik sekolah, kelas tambahan la, tuisyen la... Maybe next year lah kalau ada rezeki. Bila suasana dah kurang hectic sikit. Kadang-kadang memang "gian" nak kerja buat project semula. 

Speaking of work, that huge file I have been proof-reading for the past week sudah siap dengan jayanya tengahari tadi. Alhamdulillah... tepat pada masanya! Dah submit dan hantar status report. Ada 2 brochure yang baru dapat semalam pun siap juga petang tadi dan dah selamat submit. Sekarang tengah tunggu file baru. Best betul rasa bila kerja dah siap. Terus cari video pajama pants nak refresh memory. Lama betul tak menjahit. Really need to make that pajama pants for Hubbs. Ada regular customer message tanya boleh tak buat wristlet yang ada banyak pockets for credit cards. Tu nak kena hantar gambar kain untuk dia pilih. Dah seminggu delay ni!

Anyway, these past few days...
Masa pergi rumah Mas minggu lepas, Jay bagi pokok fig dan mulberry. Terrer betul dia biakkan pokok 👍. Pokok fig dah pindah masuk pasu. Pokok mulberry tu tunas kecil sangat lagi. Tunggu naik sikit.
 Teruk nau rupa Mok ni tidur...
Lepas jogging Ahad lepas. Kasut ni dah masuk 2 tahun. Tapak dah haus... Weekend ni nak kena survey kasut la pulak...
 Hari Ahad lari di retention pond sahaja. Cuaca panaslah jugak. Mula-mula memang teruk betul rasa tapi cuba lari dengan slow and steady. Fastest time so far. Yeayy... Masa tak penting. Yang penting, alhamdulillah so far berjaya run 5k every time. Ni tengah plan nak masuk MWM tahun ni dengan Mas. Fee agak murah - RM25 without T Shirt. 
Usaha menguruskan perut nampak agak berjaya... 👍

Comments