Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

And So It Begins

Daripada Sabtu hingga semalam focus buat kerja urgent yang favourite contact person bagi. Bulan puasa ni nak focus 30 minit mengadap laptop pun agak susah sebenarnya! Settle proof-read 3 brochures. Alhamdulillah. Tiga hari berturut-turut (ops, excluding Sunday lah) pagi-pagi morning yang hening dapat WA mintak tolong proof-read brochure. Rezeki tu... walaupun paymentnya tidaklah seurgent kerja yang kena buat tu! Sekarang nak mengadap kerja translation annual report pulak. Hari ni baru mula buat file yang pertama. Belakang dan tengkuk dah mula sakit. Seperti biasa. And so it begins... Sejak kena sakit belakang teruk beberapa tahun lepas, rasa serik betul. Nowadays, kalau rasa semacam je kat belakang atau tengkuk, maka akan berhenti dan either baring atau just sandar sampai rasa tu kurang. Tak kiralah deadline tight macam mana pun. Sebab nak pulih semula ambil masa berbulan. Jadinya, kerja menjahit tote bags kena stop sekejap. Semalam cuba buat satu. Stop buat 2 hari ada pulak steps

Doakan Orang

Allah... Bulan Ramadhan, bulan yang Allah buka pintu langit, yang doa-doa kita Allah terima dan makbulkan. Mulut sedang tak putus-putus ucapkan syukur Alhamdulillah. Setiap kali berdoa, sebenarnya doa utama I ialah untuk dia yang tersayang. Semoga dia diberikan kekuatan untuk bekerja mencari rezeki buat kami sekeluarga. Semoga dia dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga dia sentiasa dilindungi daripada sebarang marabahaya. Macam I pernah tulis dulu, bila kita dapat sesuatu rezeki mungkin doa orang kepada kita yang Allah makbulkan. Atau mungkin, atas keikhlasan kita doa untuk orang, Allah makbulkan doa kita pula. Alhamdulillah... baru saja dapat satu lagi kerja proof-reading yang urgent.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. My favourite month of the year. Selamat berpuasa kepada semua. Hari ni hari ke 2 puasa. So far things are as usual. Bulan puasa ni yang bagus tak payah fikir pasal makan waktu siang. Cuma fikir pasal buka puasa saja. Sahur makan apa yang ada balance. Kalau tak, sebagai Mommy, kena fikir breakfast, lunch, dinner, the in-betweens... Kalau masak, kena fikir nak masak apa. Kalau makan luar, akak jugak nak kena fikir makan mana. Soalan yang paling susah untuk dijawab, lagi susah daripada soalan muka surat paling last paper Matematik Tambahan ialah - "Kita nak makan kat mana?"😓. Hari pertama puasa, alhamdulillah, seawal pagi-pagi morning dapat satu job proof-reading urgent. My favourite contact person akan cari I kalau ada proof-reading dan editing job, walaupun sekarang dia dah duduk seberang Laut China Selatan. KP dah marah katanya sebab brochure banyak grammatical mistakes. Dia tak berkesempatan nak check kerja staff dia. Dapat material pun melalu

Day Out with Anak Comel

Lama tak keluar sebenarnya. Asyik memerap di rumah saja. Maklumlah, dah tak ada access kepada kereta sangat. Bagus juga. Jimat duit! Setelah berminggu tak ke mana, anak comel ajak keluar. Nak celebrate belated Mother's Day katanya. Dia nak belanja cake. Jadinya, hari Rabu kami keluar berdua. Esoknya ada satu lagi subject - Pendidikan Jasmani. Mengada kan tak nak study! So we went out, we had lunch, we went around IOI City Mall, we had desserts... Ada satu kedai make-up baru buka dan buat launching. Daripada jauh perhati ramai orang ambil selfie dengan 2 orang ni. Yang lelaki biasa saja, yang perempuan putih, make-up tebal. Artis kot. Tanya Aliyah - kenal tak? Aliyah kata - tak kenal pun. Ok, so we walked pass😆. Zaman sekarang ni dah tak kenal siapa artis dan siapa orang kebanyakan!  Sopoong dah jadi tempat favourite untuk makan. Korean food sini memang sedap. Melantak sebelum puasa! Since Hubbs tak join, kena ambil dish yang portion tak berapa banyak. Bulgogi fried rice n

These Past Days

Oleh kerana gigih menjahit tote bags, blog dah lama tak update. Let's see... I went to Spotlight on Monday morning to get more fabrics. Rasanya itulah tempat paling sesuai untuk beli fabrics yang I berkenan. Dah cuba beberapa kedai kain tapi tak jumpa kain yang sesuai dengan taste sendiri. Mungkin harga mahal sikit tapi puas hati. Nah kau! Sekali beli terus pokai! Tapi, rezeki I lah kot. On Monday morning still ada sale 30% for most fabrics. Yang bestnya, ada 2 kain yang bila dah potong, check kat system - ada extra discount lagi! Waaahhh... alhamdulillah... Budak yang potong tu pun dok check harga banyak kali takut dia silap! Latest tote bag siap buat semalam. Hari ni belum start buat lagi😅 Check out IG: aniza_creations and Carousell: carousell.com/nuranizah ye. Ada a few items I buat price drop! Hari Selasa pergi berjimba-jimba dan berhora-hora (ini ayat Ies lah ni!) dengan kawan-kawan. Minggu ni sebenarnya exam week Aliyah. Dah exam, duduk rumah je lah study kan

My Bottled Hope Run MAEPS 2017

I just realised that today's run coincided with Mother's Day. As usual, my adrenaline rush led to a sleepless night. Woke up early to prepare sahur for Aliyah. And I got my Mother's Day wish and kiss from her😍. Siap-siap awal pagi sebab janji mandikan my mother at 7am. Good thing the run started at 8.30am, which actually is very late for a run, but gave me the chance to do my daily "Mother's Day thing" for my mother. Walaupun tak wish dia (coz I would have a hard time explaining to her what Mother's Day is!), or celebrate with cake or present, it's the best I can do for her. Come to think of it, bathing and cleaning one's mother's bums, is the best thing a daughter can do for a mother😝 on Mother's Day. Right after, straight to MAEPS. I actually Wazed the parking lot last night. Why? Because I actually knew that I would be going alone. I have good gut feelings. With disappointment and much resentment, I told myself... whatever that sui

First Trail Run Event

Finally, the Bottled Hope Trail Run for MAEPS is almost here! Tengahari tadi collect run kit di Avenue K. Sekarang tengah fikir - esok boleh ke lari ni? To tell you the truth, I've not exercised for 2 months. Mula-mula sebab hari-hari hujan. Lepas tu Hubbs started work pulak. Since he comes back home late at night, nak ajak jogging pagi-pagi kesian pulak. Perut tengah agak kecut sebab nervous😅. 5kms tu. Bukan dekat. Trail run some more! Harap-harap esok OK seolah-olah ada "kesinambungan" daripada fitness level 2 bulan lepas. Kali ni lari dengan Hubbs. It's a fun run, so tak ada flag off ikut kategori atau gender. Dan tak ada hadiah pun untuk yang sampai dulu. So, no pressure, no worries! Tapi Hubbs awal-awal dah pesan lari dengan dia. Hahaha... akak lagi fit ke? Macam dua-dua akan sayur je. Insyaallah it's going to be a good run. Or hike. Dah nak bulan puasa ni kira last kopek hiking😎. Bib ni ada plant seeds. Lepas lari, balik rumah boleh tanam kertas ni.

Achik Belanja Makan Mee Tarik

I bukan a "noodle-person". Kalau atas meja ada mee dan nasi, I akan pilih nasi. Sebab boleh makan dengan macam-macam lauk! Tapi selalu baca di FB our friend Ude makan Mee Tarik. Jadinya semalam kami gather-gather di Mee Tarik Warisan Asli Bangi Sentral. Achik Ies nak belanja makan sempena nak masuk Ramadhan ni. Lagi pun, I ada tolong buat translation work untuk dia😄. Excerpt untuk PhD tu. Ehem, ehem... kalau ada sapa-sapa ada translation project, sila-sila contact I ye. Apa rasa mee tarik ni? Sedap rupanya. Chewy sikit macam spaghetti. Yang best the dish I ordered to melimpah-ruah dengan daging, sayur dan mushrooms. Most dishes tak pedas just spicy sikit. Untuk tekak yang dah biasa dengan cili api ni memang kena mintak cili potong.    Mula-mula sampai bertiga ni...   I ordered Lamien with Beef apa tah! Hahaha... lupa nama. Ada rasa spicy dan berkuah sikit. Portion sangat besar. Memang tak habis makan. Kalau betul-betul lapar mungkin,  We shared this fried mut

What I've Been Doing

Baru siap entry trip ke Jawa Timur. Took me more than 2 weeks. Have been preoccupied. Inilah yang akak korang tengah buat sekarang... Dah ada berbelas tote bags berjaya dijahit... Tengah experiment dengan pelbagai jenis kain. I think I'm going to stick to cotton canvas. Dah start buat reverseable tote bags dan yang cantum kain. I really like this combination. By now, dah agak comfortable dengan mesin jahit. Kalau bunyi pelik, dah boleh agak sebab apa. Or kalau jahitan jadi pelik, dah boleh adjust mana patut. Apa I buat dengan tote bags yang banyak tu? Ada yang bagi orang. Especially yang experiment tu. Hahaha... kadang-kadang ada error sikit. Yang pass quality control, I plan to sell.  Tadi baru beli interfacing. Nak try guna on normal cotton fabric to reinforce the material. Let's see how they turn out😄. If you're looking for tote bags, check these 👇 out ya. Nak customise pun boleh - size or fabric. Nak bulan puasa ni, boleh la buat isi telekung. Bole

Day 5: Selamat Tinggal Jawa Timur

Hari terakhir kami di Jawa Timur. Itinerari cuma ke Pasar Turi. Lepas breakfast, kami checked-out dan terus ke Pasar Turi. Hujan turun renyai-renyai... Last day kami di sini baru hujan. Pop! Hotel Diponegoro Surabaya ni best. Deko moden. Staff sangat friendly dan helpful. Ada wifi free. Achik belakang tu basikal pun dia nak ambik gambar!😁 Kami habiskan masa dalam 2 jam di Pasar Turi. Tapi tak jumpa apa sangat nak beli. Dah simpan duit nak belanja kat sini tapi tak berapa menarik. Should've spent my money at Pasar Songgoriti. T Shirt kat sana lagi berkualiti. Tapi dapatlah juga beli telekung kain cotton bunga-bunga yang harganya sangat murah. Tempatnya macam GM atau Kenanga kot cuma huru-hara sikit. Kalau ke Pasar Turi, pastikan ingat masuk dari pintu mana. Sebab kami sesat nak keluar tak jumpa pintu yang kami masuk tadi. Rupanya Pintu Utara!  Pastikan spare sekurang-kurangnya 2 jam untuk ke airport. Selalunya memang akan macet. Supir drive masuk highway, jadi cepa

Day 4: Surabaya & Muzium Sempoerna

Antara tempat dalam itinerari yang kami tak jadi singgah ialah Lumpur Lapindo walaupun dua kali lalu. Kami singgah di pasar kulit tak jauh dari kawasan Lumpur Lapindo. Nothing much. Lagipun, I memang tak plan nak beli apa-apa pun. Hanya beberapa kedai saja yang buka. Banyak kedai yang dah ditutup. Supir kami kata lepas kejadian lumpur Lapindo, ekonomi kawasan tu terus terjejas. Ramai orang hilang tempat tinggal dan pindah dari situ. Destinasi seterusnya - Muzium Sempoerna. I pun tak tau kenapa kami yang tak hisap rokok ni melawat muzium ni! Tapi OK lah juga. Yang bagus - masuk percuma. Jay cakap boleh tengok pekerja balut tembakau jadi rokok guna tangan dengan laju. Tapi section tu tutup. Tak sure sebab cuti umum ke atau sebab dah petang. Tengok dari atas punyalah bersih dan teratur kilang tembakau tu. Inilah muka-muka yang bertanggungjawab membuat ramai orang kena kanser paru-paru😡 Berbakul-bakul tembakau. Terus akak pening... Banyak songeh betul la customer ni. Fedap

Day 4: Taman Safari Surabaya

Kami tinggalkan kawasan pergunungan yang jadi tempat bermusafir selama 3 hari. Lokasi seterusnya ialah ke Taman Safari Surabaya, terletak di antara Malang dan Surabaya. Kami beli tiket untuk masuk dengan kereta. Kalau tak nak drive masuk, boleh naik bas yang disediakan. Sebelum sampai Taman Safari, ada ramai penjual yang jual carrots di tepi jalan. Belilah sikit untuk bagi haiwan makan. Kami ada lagi baki apples yang dipetik di Agrowisata, jadi Jay dengan baik hatinya potong-potong. Capai sepotong apple - eh, sedaplah pulak. Dah tak keras sangat. Laju je tangan I dan Ies capai apples yang dah siap potong😋... Hahaha... marah ibuk yang potong tu. I panggil safari ni drive-thru zoo. Sebab drive thru je tengok haiwan daripada dalam kereta. Yang mana nampak selamat, boleh buka tingkap sikit dan hulurkan makanan. Sihat dan gemuk haiwan kat sini. Kawasan safari ni dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut jenis dan asal haiwan. Yang best dapat tengok haiwan dekat-dekat!  Ja

Day 4: Pasar Songgoriti

Cepatnya masa berlalu. Tapi rasa macam lama betul kami mengembara di Jawa Timur. Awal pagi kami berjalan ke Pasar Songgoriti. Cuma dalam 5 minit sahaja. Segar dan sejuk betul udara di kawasan kampung. Bila tengok penduduk kampung yang sama-sama bersiar di pasar, rasa aman damainya hidup.  Permandangan daripada bilik. Rumah di sini kecil-kecil dan rapat-rapat... Sekali pandang teringat gambar tepi gunung di Itali atau Brazil. Inilah Pasar Songgoriti. Di luar banyak jual souvenir, barang dapur dan pokok-pokok. Di dalam ada barangan basah, sayur-sayuran dan buah-buahan. Gerai ni best. Macam-macam barangan dapur ada. Lesung batu yang leper tu memang sangat menggoda. Nak beli berat sangat! Lesung daripada kayu tu pun menarik.   Geram betul tengok pokok-pokok yang dijual di sini. Bayangkan pokok lemon tinggi 2 jengkal dah berbuah! I beli baja dan benih sayur. Bersemangat nak berkebun lepas turun dari Bromo. Di Bromo dan di kawasan Kota Batu, kebanyakan halaman rumah penu

Day 3: Museum Angkut

Museum Angkut - jangan terpedaya dengan namanya yang agak membosankan. Bila sebut Museum Angkut, dalam kepala terbayang muzium tentang sistem pengangkutan. Itu memang betul. Tapi cara "penyampaian" muzium ni sangat awesome dan impressive. Salah satu tempat paling enjoyable buat kami sepanjang berada di Jawa Timur. Museum Angkut membawa pengunjung menerokai sistem pengangkutan bukan sahaja di Indonesia tetapi di dunia secara amnya. Daripada sistem pengangkutan yang terawal hinggalah yang akan datang. Mula melangkah masuk ke dewan yang pertama, display agak "formal". Motorsikal terawal yang rupanya lebih kepada basikal nampak agak lucu. Ada dipamerkan kereta Presiden Soekarno serta kenderaan lain beliau termasuk helikopter. Ada kereta kuda seperti diguna oleh kerabat diraja Britain dan lain-lain kenderaan antik. Masa ni kami lebih tertarik dengan adanya wifi percuma sebab quota mobile data dah habis!  Kalau sekarang mungkin orang kata ini hybrid motorsikal dan b