Skip to main content

Posts

Showing posts with the label #recipe4aliyah

Resepi 10: Korean Tofu Stew

Sejak balik dari Jeju, rasanya sebulan at least 2 kali masak Korean Tofu Stew ni. Sementara masih ada lagi Gochugaru dalam simpanan. It's a very healthy meal. Dan senang nak buat. Bila orang tanya rasa macam mana, I cakap - Alaaa... macam rasa asam pedas. Tapi I tak guna kelp sebab tak ada, so ganti dengan kuib ikan bilis. Bila buat sendiri, ikut apa saja yang ada dalam fridge. Selalunya I akan letak soft tofu, ayam dan mushroom. Tapi kalau tak ada, belasah saja apa yang ada. Janji ada rasa stew 😋. OK anak comel dear, here's your Mommy's version of Korean Tofu Stew. Lama betul Mommy tak share recipe for you. Korean Tofu Stew 2 soft tofu (yang square) - cut into bite-size pieces 1 pack enoki mushroom 2 pieces of chicken with bones (thighs/ribs/drumstick/wings) - chopped into small pieces 1/2 white onion (bawang Holland) - sliced 2 garlic (minced) 2-3 tablespoon of gochugaru (Korean red pepper flakes) 1 anchovies cube (selalunya guna Knorr) 1 stalk of green onio...

Menu Sihat

Bila boleh (unless anak comel requests high calories food!), I akan cuba masak healthy food. Nak ganti food entah apa-apa yang makan kat luar 😅. I memang tak berapa jaga makan sebenarnya. Cuba tapi tak berapa berjaya. Macam Khamis lepas anak comel ajak makan jalapeno bombers kat Texas Chicken. Punyalah sedap 😋. Sebab tu kena rajin exercise. Alhamdulillah last week masa timbang kat kelas dah turun. "Officially" I turun 6kgs compared to 1 Jan 2018. OK sangatlah tu. Dan rasanya paling lama bertahan. Dan my visceral fat turun ke 6 daripada 6.5. Best betul rasa 👍. Anyway, nak letak recipe untuk anak comel buat reference tapi macam busy pulak. Dia suka juga makan healthy food I masak ni. I letak gambar dulu. Bila-bila free I letak recipe. Masalahnya recipe bukan susah pun! Later ya. Kot boleh bagi inspirasi to you 😎.  Baked Siakap. Macam steam juga tapi masuk dalam oven. Hasilnya ikan tu garing sikit (sikit sajalah compared to steam) tapi still ada kuah. Half-way cook m...

Sew While I Can

Alhamdulillah dapat good news this morning. Insyaallah that translation work I did some weeks ago will be resumed. It was put on hold for a while to ensure proper documentations were settled. After giving my estimated completion work time to the project owner, it might take a few days to receive the green light. Bila dah start kerja, memang tak boleh buat benda lain. So, hari ni I jahitlah sikit-sikit. Banyak benda pending nak jahit ni, tapi buat benda kecik dulu. Hari ni buat scrunchies guna remnants. Jay mintak buatkan. Bila dah start buat, rasa syok pulak 😆.  Hari ni, surprisingly, Hubbs balik awal. So, dapatlah pergi pasar ramadan. Berpeluh juga menahan diri daripada tunjuk sana tunjuk sini 😅. Bila balik cerita dekat anak comel, terus cakap esok nak pergi.  Nak idea masak apa untuk buka puasa? Meh I share sikit ya. Inilah rupa kuih ketayap yang diusahakan bersama-sama dengan anak comel hari Rabu hari tu. Last minute whipped this up. Sempat pulak tu! Tapi ...

Resepi 9: Begedil Tahu

Dah lama nak cuba buat Begedil Tahu ni tapi baru minggu ni datang kerajinan. Bila tengok resepi memang macam senang saja. Tapi bila buat baru tau nak keluarkan isi tahu kering tu bukan kerja senang 😅. And surprisingly, anak comel suka pulak. Made it for dinner on Tuesday. Ada extra simpan dalam freezer. Semalam goreng untuk dinner. Hari ni anak comel tanya - "Ada lagi tak begedil tahu tu?". Dah habis tapi boleh buat lagi, I said. Petang ni dia nak sama-sama buat 😍. So, here's the recipe. Versi paling simple yang I buat. Kalau rasa macam tak cukup bahan tu maknanya dalam fridge tak adalah tu! Begedil Tahu Mommy Style 10 biji tahu kering 2 biji kentang kecil / 1 kentang besar 1 keping dada ayam - potong kecil-kecil / hancurkan 1 biji bawang besar merah - potong Sedikit daun ketumbar - potong Sedikit white pepper Sedikit garam 1 biji telur - letak garam sedikit dan pukul sekejap Kupas kentang, potong 4 dan rebus hingga empuk. Lepas toskan air, lenyek. Gore...

Resepi 8: Asam Pedas Daging

Asam pedas daging ni favourite anak comel. Dulu-dulu dia suka makan asam pedas ikan pari. Biasanya I beli saja sebab Hubbs and I tak makan sangat ikan pari. Ever since I masak asam pedas daging, dia dah tak minat dengan asam pedas ikan pulak. Any ikan. Kalau masak ni nak sedap memang kena guna daging tetel. Tapi I selalunya kalau dapat Australian beef yang harga sangat OK kat AEON Big, I akan beli either yang cubes atau sliced. Biasanya tak ada lemak sangat. So, kuranglah sedapnya. Tapi cepat masak sebab daging lembut. Semalam I masak asam pedas daging ni. Anak comel masa senduk lauk siap kata - "lama tunggu Mommy masak ni..." 😍. This time around I ikut satu tips by @yatiekitchen. Masa tumis bahan-bahan tumbuk dan cili tu, bila pecah minyak, letak air dan ulang masak pecah minyak sebanyak 5 kali. Haaa kau, remeh sikit dan lama tapi masa I masak, Hubbs dok bersin banyak kali 😂. Tanda sedap tu! So here goes my recipe. Anak comel, lain kali boleh masak sendiri ya. Asam...

Resepi 7: Sup Ayam Mamak Style

Malam-malam di Restoren Haji Tapah, our favourite lately is Sup Mamak. Hubbs makan Sup Kambing and I pulak Sup Ayam. Memang sedap, pekat, berempah dan pedas. Hirup sudu yang pertama wajib tersedak 😅. Anak comel pun suka, cuma dia tak tahan sangat rasa rempah. Kadang-kadang dia cecah roti telur dengan sup tu. So, hari ni I nak share home-made sup ayam mamak style. I buat semalam - anak comel and Hubbs kata sedap memang rasa sup mamak. Sebenarnya ini resepi "accident". My arwah father's last Raya, dia request I masak sup tulang untuk dia. Masa tengah masak tu baru perasan rempah sup dah habis. Nak keluar memang tak sempat. So, I ganti dengan rempah kurma and it turned out delicious. My father finished up a whole pot makan dengan nasi impit 😆. Anyway, I guna ayam biasa. Orang kata guna ayam pencen sedap. So, anak comel, here's another recipe for you! Sup Ayam Mamak Style Mommy Style Tumbuk: 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit halia 1 biji bawan...

Resepi 6: Kobis Goreng dengan Hati & Pedal Ayam

Anak comel sebenarnya bukan kaki makan sayur. Tapi I dulu pun macam tu juga. Hopefully, as she grows, she will gradually start to eat veges. Takutkan dia nanti kulit jadi tak cantik pun tak berkesan 😁! Anyway, this is one of Hubbs' favourite. I ni kalau masak sayur memang make sure still crunchy and juicy. Dan ini satu cara senang nak guna hati dan pedal ayam yang tak berapa nak besar tu. Resepi I ni inspired by the sayur kobis yang biasa jumpa kat restoran mamak nasi kandar. Biasa dia orang letak daun kari dan biji sawi. Sayur Kobis Goreng dengan Hati & Pedal Ayam Hati dan pedal ayam - potong, bersihkan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam 1-2 biji bawang putih - cincang halus 1-2 biji cili api - potong Sedikit daun kari Sayur kobis - potong Carrots - potong memanjang dan nipis  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hati dan pedal ayam dengan daun kari.  Bila hati dan pedal dah masak, masukkan bawang putih dan cili api.  Next, m...

Resepi 5: Chicken Tomyam with Mushrooms

Hari ni masak Tomyam Ayam dengan Cendawan. Ini favourite anak comel. Kalau masak ni, memang bertambah nasi. Nak masak pun sangat senang dan cepat. Yang penting dia suka! So, here goes. Anak comel, next time boleh masak sendiri ya... Tomyam Ayam dengan Cendawan Mudah dan Senang 1/4 ayam potong kecil-kecil (guna bahagian banyak tulang. Kaki ayam pun bagus) 1 batang serai (potong 2 dan ketuk) 2 helai daun limau purut 1 biji bawang besar/bawang Holland potong 4 (quartered) 1 paket cendawan enoki Sedikit cendawan tiram 2 sudu kecil paste Tomyam Knorr 2 sudu kecil paste Tomyam Thai (yang penutup purple tu) Daun ketumbar dipotong-potong Optional: Cherry tomatoes Cili api ketuk  Masukkan ayam, paste tomyam, serai, daun limau purut (carik-carik sikit) dan bawang dalam periuk. Masak sampai air ayam keluar dan kering sikit. Lepas tu masukkan 2 cawan air.   Biasanya guna 2 jenis cendawan ni. Bila ayam dah hampir masak, masukkan cendawan. Bila ayam dan cend...

Resepi 4 - Hot Pot Campur

Sekarang ni cuba untuk selalu masak lauk-pauk yang sihat. Hari ni untuk buka puasa I masak this soup yang tak tahu nak panggil apa. Resepi ikut kepala sendiri. Let's call it Hot Pot lah ya. Sebab dalam tu ada macam-macam. Sekali harung ada ayam, tahu, sayur... semua cukup! Masak pun sekejap saja. Hot Pot ni sesuai sangat kalau dalam fridge barang tak banyak dan nak habiskan stok 😀. Bahan-bahan pun sebenarnya ikut suka. Anak comel kata sedap macam makan steamboat kat Johnny's😍. Hot Pot My Style Bahan-bahan yang ditumbuk: 2 shallots 3 cloves of garlic 1 inch of ginger 1 cili api Optional - sedikit akar daun ketumbar 2-3 pieces of chicken (I used one drumstick cut into 3. Guna kaki ayam pun bagus!) 2 pieces of tahu (goreng whole lepas tu cut into cubes besar ibu jari) 1 packet of mushrooms (boleh guna oyster, enoki atau mushroom jenis lain) Some diced carrots Some broccoli Cherry tomatoes 1 table spoon of oyster sauce 1 ikan bilis cube Some white pepper Some ...

Resepi 3 - Ayam Goreng Style Korea

Next recipe for anak comel is Korean-style Fried Chicken. Sebenarnya resepi ni dah pernah share tahun lepas tapi presentationnya huru-hara 😅. Biasa orang guna kepak ayam. I buat dulu guna drumstick. This time around, guna quarter chicken bahagian peha. Dan yang lain sikit I added shredded carrots - dengan harapan akan buat anak comel makan sayur. Ayam Goreng Style Korea My Style To fry: 4 pieces of chicken - can be wings or drumsticks 3 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar tepung gandum + salt and pepper (mix well) Untuk buat ayam goreng - basuh ayam bersih-bersih. Kalau boleh dab dengan kitchen towel kasi kering sikit lagi bagus. Salut ayam dengan tepung campuran yang kering tu dan goreng. Tepung tu gaul-gaul gitu saja, tak perlu tebal sangat. Lepas goreng, ketepikan. For the sauce: 2 cloves of garlic - chop finely 1 sudu besar cili boh 3 sudu besar cili sos 1 sudu besar cuka (I used apple vinegar) 2 sudu besar madu A dash of sesame oil Optional: ...

Resepi 2 - Spaghetti Bolognese

One of anak comel's favourite food is Spaghetti Bolognese. Sejak kecik itulah yang dia suka makan. But she likes the one that I cook sebab tak masam katanya. So here goes. Spaghetti Bolognese My Style 1 bawang Holland - diced (tapi hari ni guna 2 bawang besar merah sebab lupa nak beli bawang Holland 😅) 2-3 bawang putih - chopped finely 1 packet minced meat 2 sudu besar cili boh 3 sudu besar cili sos 1 tin tomatoes - chopped or whole (bukan tomato puree ya) Oyster mushroom - chopped 1/2 sudu teh dried mixed herbs Sedikit dried parsley, oregano, blackpepper & salt 1/2 packet spaghetti - rebus al dente (not too soft, a bit firm but cooked) Optional - Parmesan cheese Dice and chop 👆 Sediakan periuk. Tuang 2 sudu besar extra virgin olive oil. Saute bawang besar dan bawang putih. Bila bawang dah layu, masukkan cili boh Bila bawang dan cili dah garing, masukkan minced meat. Kacau supaya bahan tumis tadi mix dengan daging. Masak sampai air daging ker...

Resepi 1 - Garlic & Herb Infused Olive Oil

As promised, I'm starting a new label ya - My Recipe with hashtag #recipe4aliyah 😏. So, dear beloved daughter, may the recipes be your reference one day 😍. I'm starting with the most basic and simple but the one that anak comel loves so much. In fact, petang tadi I baru slice baguette untuk dia. Habis 5 big slices! Garlic & Herb Infused Olive Oil Extra virgin olive oil 4-5 cloves of garlic Dried herbs of your choice - I use parsley, oregano, basil and rosemary Prepare a small jar. Pour extra virgin olive oil into the jar. I usually make half of a small jar. Peel and crush the garlic. Add them into the oil. Then add about half teaspoon of each of the dried herbs. Shake well. That's it! To serve: Slice baguette. Pour some of the infused oil into a small saucer. Dip the baguette and enjoy 😋. Or, as anak comel likes it - spread thin layer of butter first, then dip! #recipe4aliyah