Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Lagi Dua Tote Bags

Berjaya buat lagi 2 tote bags. Waaahhh... suka suka 😁. Masih dalam mode belajar dan practise. Ada part OK, ada part huru-hara. Sikit-sikit belajar macam mana nak guna sewing machine ni. Kadang-kadang jahitan jadi berterabur, kena check mana silapnya. Dan masih guna kain perca lebih-lebih buat business baju kurung budak dulu. Tapi dah ada kain yang elok. Bila dah confident nanti baru guna. Siap pergi Spotlight semalam cari kain. Anak comel dah order satu tote bag. Kain pun dia pilih sendiri. Rasanya lagi 2-3 kali practise boleh dah kot.  Hasil no 2. Tengahari tadi pergi hantar barang ke rumah my SIL Kak Ros, bagi sebagai hadiah. Lain kali pergi Tesco bawak ye!😍 Yang ni kain memang banyak ni je. Dapat buat yang kecik. Jahitan huru-hara. Ooo... benang dalam bobbin terlepas. Patut le...

First Sewing Project

Pada yang tertanya-tanya dan ternanti-nanti apa benda akak korang nak buat menggunakan mesin jahit yang paling basic untuk newbie itu. Haaa... ini dia! Berjaya buat ini!  Jangan berani nak mintak sneak peek dalam tote bag tu rupa macam mana ya 😅. Rahsia besar tu.  Inilah projek menjahit yang pertama. Waaa... achievement tau. Tangan I ni biasanya guna untuk menaip project reports, URS/SRS documentations, translations dan yang sewaktu dengannya. Kali ni terkial-kial guna mesin jahit. Fuhhh... susah juga rupanya. Kecik-kecik dulu selalu curi-curi guna mesin jahit my mother buat batu seremban😆. Tapi yang tu manual. Pasal tu orang kata menjahit ni goyang kaki. Yang ni auto. Asyik tertekan pedal laju macam tekan minyak bawak kereta. Maklumlah, selalu tekan minyak speed biasa atas jalan kan 90km/j😝. Lepas ni nak cari kain yang sesuai dan menarik untuk buat lagi. Tapi saiz besar. Yang tu letak botol air boleh la. OK lah kan. Aktiviti orang pencen💪.

Kegilaan Apakah Ini?

Hari ni akak korang buat kerja gila. Dia dapat idea malam tadi. Lepas tu dia buat research nak pastikan yang dia berkemungkinan boleh buat kerja tu. Lepas tu dia buat research model apa yang paling sesuai dengan keupayaan dia yang tak seberapa itu dan bajet yang dia ada. Lepas tu dia ajak Hubbs dia teman dia pergi beli. Akak korang beli ni:  Tak pernah terfikir yang satu hari dia akan beli benda ni! Tadaa... Mesin Jahit Brother JA1400 . Nanti korang tengok saja lah dia nak buat apa!😆

Only One Day Last Week

We only exercised one day last week. Why so malas tak ingat lah. Maybe sebab Aliyah cuti kot. Fitness activities pun cuti sama! After almost a week of being "dormant", we hiked last Saturday. Tempat biasa - MCP. We huffed and we puffed. Sampai 2nd peak my hiking buddy dah tak larat. Kesian lah pulak (ceeewaah!). Kura-kura yang lembab punya stamina OK lagi walaupun bunyi nafas sebatu boleh dengar. Nak teruskan lagi dalam 2.3kms. Patah balik dalam 1.5kms. Tak ada short-cut, tak ada chicken loop. Akhirnya patah balik.   2nd peak. Senyuman paksa tu😁 Inilah route patah balik. Lagi 800m saja cukup target! Minggu ni belum mula lagi. Kaki macam injured lah pulak. Adooiii... 

Kitties, Kitties Everywhere!

Kucing kat rumah ni tinggal Boboi saja. Ya, si Blur itu. Aliyah banyak kali mintak nak bela kucing. Tapi anak comel ada eczema. Mommy pun dah mula ada allergy ni. Dan bila fikir yang kalau ada kucing, Mommy yang akan end up membersihkan litter box kucing tu, rasa agak malas nak start that cycle again. Bukan apa, nanti dah elok-elok sayang, one fine day kucing tu hilang macam kena sorok bunian, Mommy juga yang berendam air mata😭. Hujung tahun lepas hati rasa nak sangat bela kucing pulak. Ada beberapa peluang datang tapi tak juga menjadi. I ni jenis yang nak rescue daripada beli. Jadinya, tunggu saja lah. Sebab nak bela kucing ni kena ada chemistry. Bukan boleh main sauk saja. Ada sekor mak kucing ni, selalu datang rumah ni makan, tapi bila beranak pergi tempat lain. Menyampah juga. Last dia pregnant, dalam 2 bulan lepas, dia dah nak beranak sangat. Kita orang kurung dalam toilet bawah. Tapi dia pandai pulak bukak pintu toilet tu. Kena lepas kan. Esoknya dia beranak entah kat rum

School Hols

The short school holidays is coming to an end. We didn't plan to go anywhere. In fact, exercise pun tak! Sebab apa ya? Pagi-pagi selalu hujan kot? Alasan... But then we did manage to go for a day trip to Tanjung Karang. Semata-mata untuk makan Nasi Ambeng Warung Ibu😋. Mas hantar video mak dia kena interview untuk Selamat Pagi Malaysia. Terus forward pada Hubbs. Dan terus dia ajak pergi esoknya! Punyalah terpesona dengan cara makcik bercerita😍. We went to Tanjung Karang on Wednesday. Sampai sana around 12.45pm. Took us about 1 hour plus. Alhamdulillah orang tak ramai sangat. Sempat tanya khabar dengan mak Mas. Zaman sekolah dulu selalu juga pergi rumah dia. Masa my parents pergi Haji (masa Form 4), seminggu duduk rumah Mas ramai-ramai. Punyalah seronok masa tu😎.  Dah dekat dah... masa ni tengok signboard pun boleh lapar!  Rumah mak Mas yang dah jadi homestay. Susah nak cari rumah macam ni sekarang. Belah kanan tu dah jadi rumah bawah tempat tinggal.   Nasi ambeng

Seminar Tajwid - DVD Tajwid

Seminar tajwid luar biasa yang terakhir untuk suku pertama tahun ini sudah berakhir di Ipoh. Kalau anda salah seorang yang berjaya hadir, dan anda dapat tahu tentang seminar tersebut daripada post saya, atau link yang saya letak dalam FB, alhamdulillah. Semoga mendapat ilmu yang manfaat. Harap-harap dapat selalu ulangkaji ya. (Peringatan untuk diri sendiri juga yang selalu leka!) Setakat ni belum ada lagi jadual baru. Oleh sebab itu, saya nak cadangkan DVD pulak. Kalau ada yang belum dapat hadiri seminar, atau yang dah hadir seminar tapi mungkin rasa nak buat revision atau nak sambung lagi topik baru, ada DVD untuk anda tonton sambil belajar. Ada 3 DVD - rakaman seminar tajwid luar biasa, seminar tajwid pro dan kaedah Jibril. Boleh preview dulu kalau berminat. Mungkin lepas tu tergerak hati nak beli kan. Klik untuk dapatkan maklumat lanjut, preview dan kalau minat untuk beli : DVD 3 Seminar Tajwid .

Mockery

One of the worst feelings is to be mocked. Tak kira lah kalau niat nak bergurau. It's the worst form of "bergurau". Terus hilang mood. Elok-elok try 2-3 helai baju yang sesuai buat berjogging dan nak mintak "professional opinion", dapat satu das ejekan yang I just cannot accept and phantom. Yang buat terkedu sebab ianya datang daripada hati. Sebab nampak pada mata bertapa jujurnya ia. Terus tak jadi beli baju yang dah dipilih. Hati rasa macam kena perah macam orang perah santan tu. Renyuk. Air mata tunggu masa saja nak tumpah. Tak apa lah. Bukan penting pun.

Achieved & Exceeded Target

Hari ni berjaya achieve weekly target. Baru Friday dah dapat 4 hari exercise 💪. Semalam dan hari ni dapat juga masuk MCP. Walaupun ada tempat yang berselut tapi boleh je trail run. Tapi penat trail run ni memang lain macam sikit. Rasa macam dua kali ganda penat jogging 😅. Rasa paling best bila dah sampai satu corner tu, dari jauh nampak apartment dekat area kedai Bukit Mahkota, tandanya tinggal dalam 5 minit je lagi. S-Health ni lembab pulak. Patutnya 4.2km.  Jogging & hiking buddy😀  Tiap-tiap pagi pergi exercise. Lepas tu lepak kedai mamak breakfast. Macam couple pencen ek?😁 Sementara belum ada project ni. Enjoy it while it lasts!

Seminar Tajwid Minggu Ini di Ipoh

Orang-orang Ipoh, kalau ada yang dah lama cari seminar atau kelas tajwid, good news for you. Minggu ni (18 & 19 March) ada seminar tajwid di Institut Tadbiran Islam Perak. Since cuti sekolah pun akan bermula, apa kata angkut sekali anak-anak pergi seminar ni. Insyaallah tak rugi sebab senang faham. Fees untuk seorang ialah RM140. Tapi pergi lah register 3 orang, baru RM90 seorang. Untuk 2 hari, I must say it's worth it! Masih ada seat lagi setakat hari ni.  Register Seminar Tajwid Luar Biasa .

New Week...

Start of a new week. I didn't know running can be addictive. Sekarang bila siap nak pergi rumah my mother memang pakai exercise attire. Rajin sangat. Don't care ada kawan ke tak, pergi saja. That's why I prefer jogging and hiking compared to cycling. Bawak badan saja. Simple! Hari ni berjaya jog 2kms without stopping. Waahh... akak suka, akak suka. Tapi saya kura-kura yang lembab. My jogging partner, si arnab yang pantas, meluru ke hadapan meninggalkan kura-kura jauh di belakang😅. Sementara tunggu jogging buddy finish up his final lap. Pagi yang panas Off topic. Salah satu lauk lunch today - pan fried salmon cubes coated with mexican spice on a bed of sauteed cabbage. Penat kau nak sebut kan? Delicious😋 Salmon cubes ni sebenarnya lebih murah daripada ikan kat pasar sebab dah siap cube besar-besar, dah siap buang kulit, tak ada tulang dan kepala. Semata-mata ikan. Basuh, mix dengan spices, pan fry terus. 10 minit siap masak. Satu bag tu ada dalam 1kg. The

Achieved Target

Finally achieved target for this week. Three days of exercise per week. At least. Minggu ni memang di Tasik Ujana sahaja. MCP masih belum dapat masuk. Hari-hari hujan lebat petang dan malam. Bila kering sikit nanti boleh masuk balik. Setelah berhari-hari solo, semalam berdua😉. Masih tak dapat nak lari non-stop first round. Jin dah keluar dari badan agaknya! Tapi pace bertambah laju👍. Walaupun weight masih belum turun sangat - ratus-ratus gram sahaja - yang akan mencanak naik dengan drastik terutama lepas makan nasi kandar, one good thing is that my blood pressure daripada normal (for my age) sekarang dah jadi "ideal". Alhamdulillah... Pagi tadi sebenarnya dah siap-siap nak jog. Tapi cancel sebab buat delivery lamb loin ribs ke rumah stokist sambal garing. Boleh je nak jog lepas buat delivery, tapi bila jumpa stokist I tu, mesti borak panjang. Ada je topik menarik 😀. Last-last matahari pun dah naik, hari pun dah panas, balik rumah ajak Hubbs gi mamak breakfast!

Tasik Ujana Lagi

Hari ni jogged di Tasik Ujana lagi. Cuaca panas tapi sangat berangin. Best. Sebenarnya pagi-pagi dah dapat berita sedih. Kawan ATPN dan sama sekolah - Ieya - she was diagnosed with breast cancer and underwent mastectomy yesterday. Mas telefon ajak pergi melawat di Hospital Pantai tapi terpaksa decline. Hari ni Friday. Memang hari yang agak busy. Aliyah pulak lepas sekolah ada bowling. Tak boleh nak ke mana. Hanya dapat berdoa semoga Ieya tabah dengan dugaan ini dan semoga dia sembuh 100%. Insyaallah. Aminn... Hari ni set 3kms. Ngam-ngam habis terus stop app. Tak mo jalan lenggang kangkung masuk sekali. Sebab malam semalam dinner kambing grill, pagi tadi tak boleh maintain 1.5kms jog tanpa berhenti. Tapi, overall lagi laju daripada hari Rabu 😆. Hanya bertemankan kasut, kunci kereta dan botol air. Apakah? 😅 Lepas jogging duduk sekejap sambil fikir pasal Ieya. Doa semoga dia sihat. Fikir juga pasal diri sendiri. Lama sangat tak buat medical check-up...

Hari Orang Pompuan

Happy International Women's Day to all ladies out there. Sempena hari yang berbahagia ini, matahari telah memberi kerjasama yang amat memberangsangkan. Pagi ni tak hujan 😍. Jadinya, lepas settlekan the woman of my heart, terus ke Tasik Ujana. Hari ni jogging secara solo. Niat hati memang nak trail run di MCP tapi macam tak kuasa nak layan lumpur atau selut. Yang bagusnya, walaupun dah seminggu lebih tak exercise, stamina macam OK. Jogged 1.5km without stopping. Waahhh... best, best.  Pusing tasik 3 kali... Target 2.5km jog, lagi 700m tu lenggang kangkung lalalala... Matahari dah naik. Panas juga sebenarnya. Better lepas settlekan my mother baru pergi exercise. Walaupun panas sikit tapi hati tenang tak kecoh-kecoh nak cepat balik.

Seminar Tajwid Luar Biasa Yang Awesome

My little family attended the two-day seminar over the weekend at UKM, Bangi. We were joined by Ies and Jay on the first day. Jay replaced Shake yang ada kenduri kahwin. Hari ni dia ada, walaupun datang sedikit lambat (as expected!😅). The verdict? It was awesome. Walaupun sakit punggung dan lutut sebab duduk lama (2 hari weh!), rasa banyak ilmu yang dapat. Seminar tu kira fast track dan compressed. Hukum tajwid disampaikan dengan cara yang berbeza. Bukan ikut hukum yang sangat banyak tetapi disampaikan menurut cara ayat-ayat dibaca. Syllabus dipecahkan kepada 6 bahagian sahaja. Objective seminar pun memang simple - baca Quran dengan betul. Hukum mungkin kita tak berapa nak ingat, tapi yang penting cara baca kena betul. Alhamdulillah dapat identify banyak areas yang baca salah. Kita orang Melayu ni Ustaz Asraff kata tang baris tu semua selalunya betul. Tapi problem tang sebutan. Makhraj huruf katanya. Waahh... pandai akak guna istilah tajwid kan? 😊 Insyaallah nak teruskan. Ilmu

Family Tahlil & Makan-Makan

My laptop is still in the hospital. Tolonggg lah cepat baik! Banyak benda nak buat ni... Two weeks ago we had a small gathering at my BIL Pijal's house. Sejak dia pindah, baru tu lah melawat. Also to visit our little nephew yang dah recover daripada operation. Last Saturday we had a family gathering at my SIL Nor's house. Tahlil and makan-makan.  Pot luck. We contributed grilled lambs. Hubby yang grill. Dah terrer sekarang😀  Surprise belated birthday celebration for Mija.  Makan duduk bersila kat luar lepas hujan memang best. Food. Plenty of food.