Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Friends and Such

Lama sangat tak jumpa kawan-kawan. Stress betul rasa. So I arranged to meet up with Mas. Semalam i.e. hari Rabu sebab anak masing-masing ada ko-ko di sekolah. Managed to get Ies to join. Plan asal - jumpa di rumah Mas, breakfast, lepas tu pergi meronggeng kat mana-mana shopping complex. Masalahnya bila jumpa kat rumah kawan ialah - akan makan, minum, rehat, borak, minum, makan, borak sampailah nak keluar pun berat je😅. Akhirnya memang tak keluar pun. Borak daripada sampai sana dalam jam 10.50am right till the very last minute i.e. 3.45pm. Mau tak lenguh mulut kan... Ies macam tau-tau je kawan dia suka buat scrapbooking dan planner. She gave me the cutest planner. Akak suka akak suka😍. Sebenarnya dia bagi sebab kawan dia ni selalu tak tau cuti bila.  Inilah plannernya... Dah start tulis dan tampal-menampal😎 Hari ni trail running lagi. Kali ke 3. Berjaya trail run the first kilometer without stopping. Wahhh... OKla, not run so much. More of jogging. Dah selalu masuk MC

Kasi Summary Lah

Laptop masih di hospital. Minggu ni baru boleh tau whether boleh guna screen biasa atau kena jugak touch-screen. Patah bahu rasa tak ada laptop ni! Let's see... We have started trail running at MCP. Tak lah all the way, tapi cuba mana larat. First trail run - melepek seharian kat rumah. Memang lain macam penatnya. Second one - walaupun dah lapse satu minggu, dan masa mula-mula macam tak berdaya nak lari, once we started running macam OK pulak 💪. Dan penat tak seteruk minggu sebelum tu. Tapi run light-light lah kan. Muka OK kan, kan, kan...😜.  Plannya - Monday till Thursday - panjat MCP. Friday rehat - sebab pergi beli stock dan buat delivery work. Saturday - hike MCP or somewhere else. Sunday - rehat. Insyaallah.

Kelas Tajwid Minggu Ini di Melaka

Kelas/Seminar tajwid pertama akan berlangsung hujung minggu ni. Di Melaka ya. Sempat lagi siapa nak register tu. So, kalau ada yang tengah cari kelas belajar tajwid cara mudah dan santai, cubalah attend. I pun baru nak pergi 4 & 5 Mac nanti di UKM Bangi.  Insyaallah. Kawan yang pernah pergi kata bagus. Normal price RM280 per person. Sekarang RM140 per person only. Nak lagi jimat, register 3 orang terus. Ada diskaun per person hanya RM90. Klik sini untuk daftar:  Seminar Tajwid 18 & 19 Feb 2017: Perpustakaan Awam Melaka 25 & 26 Feb 2017: Experimental Hall, UIA Gombak 4 & 5 Mac 2017: Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi 11 & 12 Mac 2017: Dewan Auditorium, SIRIM Shah Alam 18 & 19 Mac 2017: Dewan Saidina Omar, Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh

Halal Beef, Lamb & Salmon

We have created the FB page for our new business venture:  Halal Beef Lamb Salmon . Silalah visit dan like ya. Alhamdulillah, so far so good. Best-sellers - lamb shoulders, lamb loin ribs dan salmon. Setakat ni customer semuanya family members dan kawan-kawan. Thank you so much for your support. Pelan-pelan nak cuba expand the reach. One thing we love doing retail macam ni ialah seronok dapat rapatkan silaturrahim. Besides bawa produk halal dan toyyiban, memang seronok jumpa customer masa deliver. Ada yang kawan-kawan lama tak jumpa, sedara yang jumpa cuma masa kenduri, adik-beradik duduk jauh... Bila buat delivery adalah sebab nak jumpa dan tanya khabar. Tapi macam business lain kena usaha lah. Since we buy stock every Friday morning dan buat delivery lepas solat Jumaat, we usually close order Thursday afternoon. Kadang-kadang terlajak juga ke malam. Monday we don't do much marketing. Tuesday mula hantar messages and brochures mostly via WhatsApp and Telegram. Wednesday dan Thur

Cerita Last Week

Laptop I demam sebenarnya ni. A few days before CNY, screen tiba-tiba flicker once. Lepas tu screen tukar jadi pinkish red. Sakit mata tengok merah je. Hantar kedai untuk repair tapi selang 2-3 hari kedai call cakap screen tak ada stock. Kalau ada pun mahal sebab touch screen. Itulah pulak masalahnya dengan touch screen. Jarang guna touch screen dok guna mouse saja. Jadinya kena hantar balik kedai Lenovo tempat beli dulu. Masih lagi tunggu diagnose. Doa semoga harga repair tidak membocorkan purse 😓. Let's see... on Sunday I derma darah. Bertahun-tahun tak derma. Dulu-dulu masa muda-muda rajin juga. Lepas tu macam tak jumpa tempat yang ada blood donation drive. I selalu monitor FB Pusat Darah Negara. Finally last weekend ada donation drive di Bangi Gateway. Rasa satu achievement yang sangat besar dapat derma darah😍. Tapikan, dah derma baru teringat yang I ni sebenarnya ada sedikit anemic. Tu yang rasa dizzy sikit. This week lepas exercise rasa penat lain macam. Tak taulah ada ka

Kelas Tajwid Mudah

Kelas Tajwid dah ada untuk orang Ipoh. Kalau ada yang tengah cari kelas belajar tajwid cara mudah dan santai, inilah tempatnya. Insyaallah. Kawan I yang pernah pergi kata bagus. Senang faham. Normal price RM280 per person. Sekarang RM140 per person only. Nak lagi jimat, register 3 orang terus. Ada diskaun per person hanya RM90. Klik sini untuk daftar: Seminar Tajwid 18 & 19 Feb 2017: Perpustakaan Awam Melaka 25 &  26 Feb 2017: Experimental Hall, UIA Gombak 4 & 5 Mac 2017: Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi 11 & 12 Mac 2017: Dewan Auditorium, SIRIM Shah Alam 18 & 19 Mac 2017: Dewan Saidina Omar, Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh

Minggu Exercise Sedunia!

Last week I actually exercised 5 days in a row! Waahhh... Hari Jumaat, plan dengan Hubbs nak cuba hike MCP tapi sampai awal sangat (right after sending Aliyah to school). At 7.30am suasana masih gelap dan berkabus. Tak jadi. So we drove to Nilai Impian. Nak try jogging kat tasik yang selalu nampak kalau on the way ke Giant Nilai tu. Tasik Ujana namanya. Such a nice place. On a weekday morning memang sangatlah sesuai. Very nice view. Park yang sangat bersih. Parking banyak, siap ada toilet lagi... I pusing 2 kali je 😊. One round is about 1.1km. Esoknya, pergi sekali lagi. Kali ni bawak Aliyah. Tapi matahari dah naik lepas settlekan my mother. Panas sikit. Aliyah looked like she enjoyed running there. Next time senang nak ajak dia teman I jogging.  Gambar kasut kena ada... I just started using S Health. Selalunya guna app Endomondo. So far macam best! Hari Ahad akhirnya berjaya juga mendaki MCP. Ajak Ijul dan Atie sekali. Dulu-dulu pernah cuba masuk dengan basikal t

Ada Geng Pergi Seminar Tajwid

Alhamdulillah berjaya convince kawan-kawan join seminar tajwid nanti. Adalah geng nak merangkak-rangkak ikut Ustaz baca Quran 😊. Akak suka, akak suka. How about you? Jom lah join. Kita belajar tajwid cara mudah dan santai. Normal price is RM280 per person. Now it's RM140 per person only. Nak lagi jimat, buat macam I. Register 3 orang terus. If 3 orang, per person is only RM90. For 2 whole days, mind you! Register Here:  Seminar Tajwid Luarbiasa 2017 . You can choose the venue of your convenience. Seminar Dates: 18 & 19 Feb 2017: Perpustakaan Awam Melaka 25 & 26 Feb 2017: Experimental Hall, UIA Gombak 4 & 5 Mac 2017: Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi 11 & 12 Mac 2017: Dewan Auditorium, SIRIM Shah Alam

Seminar Tajwid Luar Biasa

I nak promote seminar ni - Seminar Tajwid Luar Biasa. Insyaallah I'll be attending the one to be held in UKM Bangi on 4 & 5 March. Dah lama cari seminar tajwid macam ni - yang santai dan tunjukkan teknik mudah nak baca Al Quran. Paling penting, insyallah nak baca Al Quran dengan tajwid yang betul. Seminar ni tak tekankan pada nama-nama hukum macam kita belajar masa sekolah dulu. Lebih kepada cara praktikal nak baca Al Quran dengan betul. Katanya confirm Ustaz tak garang 😁. Pembimbing seminar ialah Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz. Kalau berminat, boleh dapatkan info dan register kat bawah ni. Yours truly dah register jadi affiliate. Sambil cari pahala, sambil cari rezeki 😇. Jom belajar tajwid. Jom belajar baca Al Quran dengan betul. Seminar Tajwid Luarbiasa 2017 Jadual Seminar: 18 & 19 Feb 2017: Perpustakaan Awam Melaka 25 & 26 Feb 2017: Experimental Hall, UIA Gombak 4 & 5 Mac 2017: Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi 11 & 12 Mac 2017: D

Pelan-pelan Jalan...

Hari ni berjaya sambung semangat semalam. Lepas hantar Aliyah sekolah terus ke Vista. Walaupun agak gelap, hari tak hujan. Hari ni jalan sahaja. Bukan apa, macam malas nak lari. Lagipun, ada 2 ekor anjing pulak kat situ tengah tidur. Aishh... kalau lari nanti takut anjing tu terkejut bangun daripada tidur dan terus ada adegan kejar-mengejar. Half way through ada sorang Chinese guy (ke Malay ek? entah!) started his walk. Sebelum start dia halau anjing tu dulu. Siap baling batu. Berterabur anjing tu lari. Mula-mula I rasa irritated jugak. Kenapa nak kacau anjing tu tidur. But then... bagus jugak sebenarnya dia halau. Kita mana nak tau macam mana anjing liar ni respond kan. Tadi elok tidur, tiba-tiba bangun kejar orang pulak!  Hari ni start awal. Dapat exercise 32 minutes. I'm putting this "fitness tracker" in my scrapbook. Kira macam pledge to myself. Sebelah tu cerita pasal I habis baca the first book of the year end January. Target juga tu. Nak baca satu buku sa

Around the Lake Twice

Pagi ni plan nak hike MCP tak jadi. MCP tu mountain bike trail dekat Bukit Mahkota. Itu yang nak cuba hike. Around 5kms juga katanya. I really need to find hiking trail yang boleh pergi selalu dan selamat untuk pergi sendiri. Kat mana lah agaknya. Anybody nak jadi my hiking buddy? I really need one. Yang boleh spare time weekdays during school hours. Please, please...  Lepas settlekan my mother, terus ke Vista. Tapi hari ni park tu ada budak-budak sekolah tahfiz tengah buat aktiviti pulak. Today first time I pergi lepas settlekan my mother. Selalunya sebelum. It was around 8.45am. I guess memang itu time dia orang guna park tu. Workers yang bersihkan park pun dah start buat kerja. Maknanya, kalau lepas jam 8 pagi, that park is not so suitable to jog anymore. I drove to Bukit Mahkota Club House pulak. Nak try jog kat tasik. It was quiet. Masa mula sampai nampak 2 orang tengah jog. Bila I turun, dah tak ada orang. Sunyi juga. It was OK but then ada certain places air bertakung seb

Our 17th Anniversary

Hubbs and I celebrated our 17th wedding anniversary on Monday. Unlike last year, we didn't hike anywhere. Planned to but then the weather really is not so good these few weeks. It rained almost every day. Tak kuasa nak hike meredah selut bagai. So, I suggested to explore KL. Since it's still CNY holidays, sure tak jam dan orang tak ramai. My little family agreed but anak comel wanted us to start with KLCC because she wanted to survey poetry books at Kinokuniya. OK lah. After Kinokuniya, lunch at Chili's. Of course lah di Chili's sure makan portion banyak. Bila dah kenyang, segala plan yang kononnya nak explore KL, pergi Islamic Arts Museum, jalan-jalan Central Market, semua tu terus tak jadi. Pusing-pusing KLCC kejap, then we headed back home. Macam mana nak serapkan sense of adventure pun tak tau lah...😖.  Us... 17 years dah...

Cat Cafe Concept

Our little family just stayed home during the CNY holidays. Macam-macam aktiviti plan nak buat tapi tak berapa nak menjadi. Hampir setiap hari hujan. Plan nak hiking dengan Aliyah tak kesampaian. Anak comel sudah agak terbuka hati dan mindanya nak ikut pergi hiking😍. We did venture out to go somewhere new - Cat Signature Cafe. Aliyah dah lama ajak pergi. Dekat saja - Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Baca reviews katanya coconut ice cream sedap. So we went. On Saturday. Ingat kosong ya? Nak kata ramai sangat tu tak lah. Tapi dalam 20 orang juga. Kalau tak makan di cafe pun tak apa. Boleh saja bayar untuk naik atas main-main dengan kucing. Tapi kena cari kucing di celah-celah manusia. Ini my personal opinion ya. I don't think cat cafe is a good concept. That kind of concept in particular. I remember dulu pernah baca cafe @Johanandhiscats ada limit - how many can enter at one time and the time frame. Yang ni I think can just pay and enter. I'm not sure on age limit though.