Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Sewing Projects

Finally finished sewing Iteq's palazzo. Satu kain yang agak susah sebenarnya. Tapi yang bagusnya terfikir cari info pasal kegunaan tapak jahit yang ada ni dan satu tapak ni agak senang guna untuk kain yang licin tu. Tapak khas untuk satin. Barulah kain tu tak menggelongsor saja. Insyaallah next week nak dating dengan Iteq. Suruh dia try dulu palazzo tu. Kalau OK baru bayar πŸ˜….

Minggu ni alhamdulillah rezeki agak murah. My friend Nazri ordered 3 palazzos and another one set of pajamas for his daughter. Sebelum ni dia order 3 set pajamas. As usual, I ni kalau kerja banyak, memang jadi malas! Asyik tangguh je. Nak sit down potong kain tu memang seksa. Jadinya, sementara nak dapatkan mood jahit seluar, mengada pergi jahit table cloth untuk coffee table. Ngam-ngam kain yang guna untuk cushion cover tu ada lebih untuk buat 2 table cloths.
 Belajar jahit mitered hem ni kat YouTube 😊. Mula-mula macam susah, tapi bila dah try, sekejap je dah siap!  Inilah rupa kejadiannya 😎 Kira satu set…

Start Jogging Again

After 1.5 months, rasanya, today started jogging again. Putus nafas dibuatnya. Bunyi breathing macam ribut taufan πŸ˜…. Walaupun pada mulanya nak give-up after 3.5kms, tapi gagahkan juga.
Oklah kan. Ada gak berjalan ni! Tak best betul bila jalan dan nak jog balik. Hari ni berjaya mendapat badge ke-5! Pelik juga bulan puasa boleh pulak dapat semua badge. Lagi 6 hari lagi ni insyaallah boleh complete challenge.
Malam tadi masak rendang hijau dan nasi impit sebab anak comel ajak kawan-kawan datang rumah buat homework kerja kursus Add Maths sambil beraya. Havoc bunyi kat bawah tadi bila 4 anak dara berjumpa! Sambil I masak malam tadi, anak comel try buat bread pudding. Hari tu masa buka puasa, Pak Usu Mie dia buat bread pudding agak sedap. Chef hotel lah katakan...  Dia sendiri cari recipe dan buat. Pagi tadi dia buat custard sauce pulak. I dah pesan, cari recipe yang tak guna tepung custard sebab tak sedap. Dia guna recipe Martha Stewart katanya. Quite nice, tak manis sangat! Pandai anak d…

Another Movie

Semalam tengok wayang lagi dengan anak comel. Incredibles 2. Kasi chance lah dia tengok wayang sementara cuti ni. Pagi-pagi breakfast dulu, then straight to Jakel Ostia. Cari kain lycra tebal untuk buat palazzo. Ada 2 orang geng order ni. Sampai jam 10.40 kedai baru bukak. Tunggu sekejap dalam kereta sementara pekerja angkat barang πŸ˜…. Rupanya bukan kita orang saja yang sampai awal. Ada lagi yang pintu bukak saja terus masuk 😁.
Alhamdulillah kain ni ada stock. Mintak kurang dapat diskaun lagi. Terus beli 8 meter. Habislah kawan-kawanku akan pakai palazzo yang sama! Meantime, kat rumah tengah buat 2 palazzo - satu untuk Iteq, satu lagi saja. Mungkin pakai sendiri, mungkin jual. Tunggu siap dulu 😎.
Lepas ke Jakel Ostia, terus ke IOI City Mall. Sampai jam 11.30 parking memang kosong lagi. Tapi kat GSC queue punyalah panjang. Siap ada yang pakai baju Raya siap bersongkok dok beratur beli tiket πŸ˜„. So, the movie? Anak comel enjoyed it very much. I pulak so-so saja. Bukan apa, I bukan suk…

Aktiviti Raya

Orang lain beraya kat rumah orang, kita orang beraya kat mall 😎. Semalam plan nak ke rumah Angah Mas dan Pijal tapi dua-dua keluar pulak. So, proceed dengan plan asal iaitu tengok wayang! I told Aliyah - orang zaman tahun 50an dan 60an dulu Hari Raya memang dia orang pergi tengok wayang. Tapi cerita Hindustan la 😁.

We went to watch Ocean's 8. Memang since last year target nak tengok. I memang fan of Ocean's 11, 12 and 13. This time around - all female team. Startnya memang dah sangat best. The shoplifting and hotel scam were brilliant! But then, lepas tu things started to go downhill. Bukan tak best. Ok. Tapi tak cukup going round, back and forth macam previous Oceans. Things were so smooth. Ocean's 8 lacks those moments when you really can't tell whether the team was really acting or they were really doing stuff. Still entertaining but... I guess can't beat the guys especially the fantastic George Clooney and Brad Pitt cool and nonchalant partnership.

Today pula…

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri to you. Alhamdulillah, selesai Ramadan. Lepas ni puasa sunat Syawal pulak ya. As usual, as it has always been for the past years, our Hari Raya is celebrated low-key. Sangat bagus sebenarnya. Quality time for the deserving. Yang penting, ibadah sepanjang Ramadan utuh terjaga. Insyallah...

Bayangkan penat tonggang-tonggek solat Terawih sepanjang bulan, tambah dengan sedekah, baca Quran, zikir segala... sekali tu masuk Hari Raya pertama je kau pegi beraya rumah orang sambil membawang. Bawang tu pulak berpindah ke orang lain sebab orang yang sama-sama membawang tu pergi cerita kat orang lain. Orang lain tu pulak pegi membawang dengan orang lain. Astaghfirullah... itu bukan Boboboi kuasa 3 lagi. Dah berganda-ganda multiply tau. Kalau pahala yang multiply memang sangat best, tapi kalau dosa yang multiply... I yang tengah taip ni pun rasa kecut perut. So, pergi beraya tu ingat-ingatlah... Ini pesanan khidmat masyarakat daripada akak ya 😘.

Anyway... this year Ra…

Work Completed

Alhamdulillah... semalam kerja translation siap! Dah email tapi senyap saja tak da respond. Semua dah cuti raya kot! Terus rasa lega bahu ni bila kerja dah siap. Baik terus sakit πŸ˜….

Bila dah free ni, back to sewing. Hari ni patut nak potong kain untuk buat palazzo my friend Iteq. Untuk diri sendiri pun nak potong buat satu lagi seluar buat pakai kat rumah. Tapi asyik tangguh. Bila dah malam tak syok pulak sebab kurang terang. Esok lah... Lepas siap masak.
 Hari ni try buat turban headband. Buat ni untuk Jay. Guna lebihan kain buat blouse my mother hari tu. Kain lycra yang degil ya amat tu. Lepas tu buat another one for myself. Exactly the same. Esok Yuna nak masak rendang pakai turban headband ni 😎!
Walaupun bulan puasa, my steps challenge is on track. So far dah collect 3 badges. Lagi sikit nak dapat 4th badge ni.  Esok kalau aktiviti memasak dan mengemas agak hebat, memang boleh sangat dapat 4th badge!

Almost There!

My translation work is almost done! Alhamdulillah... 2 file saja lagi. Bahu dah rasa tegang dan keras ni. Adehh...

Lepas ni tak nampak bayang kerja baru lagi. Semoga adalah rezeki untuk buat free-lance work lagi. That translation job yang I selalu buat tiap-tiap tahun untuk satu annual report tu, tahun ni memang tak ada. Agensi tu pun dah dibubarkan oleh Govt baruπŸ˜…. Tak apa... insyaallah ada rezeki lain. Setakat korban satu kerja setahun demi kesejahteraan negara, tak ada masalah. Sedangkan Agong pun ambik pay-cut gaji ok!

Let's see... dalam seminggu ni apa jadi... Nothing much actually. Anak comel start cuti sekolah hari Jumaat (ponteng sebab sekolah satu sesi!). So, ajak dia teman pergi MBSB buat that monthly payment. Lepas tu jalan-jalan kejap di Bangi Sentral. Jalan-jalan 2 blok saja. Sebab mula-mula kosong. Masuk jam 12 orang dah penuh. Bukan ada benda nak beli pun. OKla, anak comel, as usual, mesti ada benda yang dia dapat - shawl Raya.

Last Sunday kumpul adik-beradik di rum…

Masuk Putrajaya Today

This morning I masuk Putrajaya for the first time since the new Government took over. IOI City Mall dan Alamanda tak kira! Tujuan utama ialah nak withdraw ASB sikit. Err... bukan nak belanja sakan raya ya. Nak bayar tunggakan biasiswa yang dah agak banyak. Even payment dapat untuk translation work yang tengah buat ni pun 100% pergi ke bayar tunggakan tu.

Boleh saja nak mintak tangguh dan buat rayuan lagi. Tapi bila fikir balik... my arwah father's name is in the letter as penjamin pertama. Allah... tak sanggup pulak rasanya. Mulanya pening kepala cari duit. Last resort memang kena keluarkan duit investment yang niat simpan untuk Haji. Sambil tu doa banyak-banyak minta Allah mudahkan urusan untuk bayar hutang. Minggu lepas, alhamdulillah, kerja translation tu client bayar habis. Terus. 100%. Belum start kerja dah bayar! Imagine that! Allah mudahkan urusan. My ex-colleague kata he trusts me. Bayar terus senang dia kata. Tak payah buat 2-3 kali payments. Lepas tu entahlah... ada saja…

Challenge Ended

Lavender challenge has ended. As expected, sekali lagi tidak berjaya menghabiskan challenge. Maklumlah, bulan puasa...
Dalam 20,000 steps saja lagi... Hubbs pun tak habis πŸ˜… Challenge bulan ni namanya Broccoli challenge πŸ˜…. Semalam dah dapat first badge πŸ’ͺ. Maklumlah, weekend pergi merayap cari kasut raya anak comel. Beribu-ribu steps kita orang jalan. Last Friday Hubbs ajak buka puasa kat TGIF Alamanda. Sementara tunggu berbuka, bertekak dengan anak comel phone sapa ambik selfie lagi OK 😁.  
Sebenarnya dah masuk 3 hari tak masak untuk buka puasa. On Saturday anak comel berbuka puasa dengan classmates. Since berbuka berdua saja, Hubbs and I ke pasar ramadan Seri Putra beli nasi lemak sotong paling sedap dalam dunia πŸ˜‹. Siap tambah lauk sambal ikan bilis petai lagi! Semalam pulak, Izzul belanja buka puasa nasi beryani Anje. Alhamdulillah... semoga murah rezeki anak sedara aku ni.
Hari ni? Pun tak masak ni kot. Nasi beryani semalam ada satu bekas lagi Kak Ros bagi. Boleh makan tiga ora…

Separuh Ramadan

Kan betul I cakap... pejam celik pejam celik dah 16 Ramadan. Alaa... cepatnya.

I told my brother Angah this morning, Ramadan kali ni bersepai sikit ibadahnya. Bukan apa. Since the new Government took over, hari-hari ada saja news yang selalunya mengundang kemarahan. Contohnya, ada this person yang dulunya berani hina dan maki hamun PM sekarang, hari ni dah lari sebab takut kena tangkap πŸ˜‚. Tau pulak takut! Terbaru, the Government launched Tabung Harapan sebab rakyat sangat perihatin nak bantu pulihkan negara tercinta. Bukan nak sangat bukak tabung pun. Rakyat yang request. Tak ada paksaan pun. Tapi ada pulak spin kata Government mintak duit rakyat lah, mengemis la... Adeehhh... cubalah bukak minda tu sikit. Tak nak bantu, tak apa. Ramai lagi yang nak bantu. Tapi janganlah hina usaha orang lain yang sayangkan negara.

Hari ni mula zero GST. Alhamdulillah. Semoga harga barang akan jadi lebih mampu beli terutama kepada yang berpendapatan rendah. Yang asyik komplen pasal kerajaan semua tak…