Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Crazy 2 Weeks

It's been more than 2 weeks now since PH takes over the government. From day 1, we, the rakyat, have been kept on our toes with happenings that at times can be labelled as total madness. Bags filled with millions of ringgit, Birkin bags - not one, not two but 284, jewellery and luxury watches, top guns resigning or being stripped off their office, clowns feigning stupidity, idiots continuing to be arrogant... Every day we wonder what new revelations will be unveiled the next day. Frankly, I stopped watching and reading mainstream news years and years ago. Now, Astro Awani live is on constant play on my laptop. Like people say nowadays - Astro Awani is the new Netflix! Who would have thought that the news lately can be very entertaining 😎. Sambil layan news, I sewed this bunch of scrunchies! Today I officially start that translation work. Since I actually did some work weeks before, I'm quite ahead of deadline. So, hari ni menghabiskan jahit blouse, yang mulanya u

Sew While I Can

Alhamdulillah dapat good news this morning. Insyaallah that translation work I did some weeks ago will be resumed. It was put on hold for a while to ensure proper documentations were settled. After giving my estimated completion work time to the project owner, it might take a few days to receive the green light. Bila dah start kerja, memang tak boleh buat benda lain. So, hari ni I jahitlah sikit-sikit. Banyak benda pending nak jahit ni, tapi buat benda kecik dulu. Hari ni buat scrunchies guna remnants. Jay mintak buatkan. Bila dah start buat, rasa syok pulak 😆.  Hari ni, surprisingly, Hubbs balik awal. So, dapatlah pergi pasar ramadan. Berpeluh juga menahan diri daripada tunjuk sana tunjuk sini 😅. Bila balik cerita dekat anak comel, terus cakap esok nak pergi.  Nak idea masak apa untuk buka puasa? Meh I share sikit ya. Inilah rupa kuih ketayap yang diusahakan bersama-sama dengan anak comel hari Rabu hari tu. Last minute whipped this up. Sempat pulak tu! Tapi ada nama

More Menu Bulan Puasa

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-6 puasa. Nanti pejam celik, pejam celik, dah masuk setengah bulan. Tengoklah 😅. Masih lagi bertabah tak pergi pasar ramadan. Ingat hari ni nak cuba tapi hujan lebat pulak... Tengah fikir nak makan kuih apa la pulak buka nanti... Hari Ahad hari tu anak comel buat kuih buah melaka. OKlah, jadi juga. Banyak lesson learned masa buat kuih tu. Next time kalau buat lagi, dah terror lah dia! Memang sedap dan lembut sebab guna tepung pulut sesaja. Cuma dia terlebih air sikit, so I tambah tepung gandum 2 sudu. Bila lah dia nak buat lagi ni... Sedap la pulak😋. Rupa agak bersepai. One lesson learned - bila air dah mendidih dan ready barulah kita bulat-bulatkan doh ya puan-puan 😁... Abahnya pun datang tolong. Yang besar penumbuk tu abah dialah yang buat! Menu berbuka - kuih buah melaka sedap lembut yummy anak comel buat, lebihan serpihan kuih bingka pandan yang I buat hari tu, kari ayam, bayam tumis air dan nenas comel yang manis dan sedap gila

Menu Bulan Puasa

Puasa dah nak masuk hari ke-3. Setakat ni masih tabah masak untuk berbuka 😅. Kot nak cari idea nak masak apa untuk berbuka, meh I share menu. Menu semalam: Paru goreng berlado yang tak berapa pedas, sayur stir fry lebihkan kuah, ayam sweet sour tak jadi sebab sos plum dalam fridge dah expired rupanya bulan lepas tukar kepada ayam tomato, dan kambing masak rempah leftover semalamnya. Menu hari ni: tak ada gambar! Dah buka dan kenyang baru ingat nak ambik gambar 😂.  Salah satu dish - masak lemak cili api perut dengan rebung. Fuh, first time masak ni! Alhamdulillah jadi. Gambar ni hantar WA kat Hubbs sebab nak tunjuk I masak jadi 😁. Dia makan punyalah banyak! Dishes yang lain - sup cendawan letak ayam, kentang dan suhun, dan goreng berlada tempe dan ikan bilis. Dah 2 hari puasa belum beli kuih lagi kat pasar ramadan. Oleh kerana malam semalam ada orang balik surau lepas Terawih dok melaung cakap dia lapar, hari ni I try buat kuih paling senang dan cepat. Bingka pan

Selamat Berpuasa...

Esok 1 Ramadan. Selamat berpuasa untuk semua. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah swt. Insyaallah. Petang tadi sempat jogging last kopek dengan Hubbs kat retention pond. Lepas mandi ni baru rasa penat ya amat sebab dah lama tak jogging. Mata rasa nak katup je💤... Pusing retention pond 10 kali. Masa yang agak OK memandangkan I dah lama sangat tak jogging. Tapi Hubbs kata ikut Garmin dia, I actually ran 6kms not 5kms. Waaa... serious? OK kasut dah boleh masuk store. Duduk diam-diam sebulan ya. Tapi tahun ni ada azam baru. Ingat nak masak awal sikit. 1 jam sebelum buka nak walk keliling taman 😎. Iyalah tu! Pagi tadi siap jahit pajamas yang ke-2. Baju yang ni agak jinx lah. Ada saja problemnya. Dah last-last nak siap pun button hole buat hal. Adehhh... Tapi alhamdulillah siap jugak. Now nak move on to the next project! Akhirnya... Semalam lepas pergi MBSB singgah Gio kejap yang selang 2 kedai saja. Jumpa kain hitam ni yang sangat sesuai buat seluar. Terus a

Our Little Conversation

Lama betul cuti lepas election ni. 5 hari starting Wednesday. Anak comel pulak extra one day since Tuesday. I told anak comel yesterday - I am so glad Monday is finally here so you will go to school, Abah will go to work and I will have some time to myself. Anak comel buat merajuk saying - bukan Mommy suka ke Aliyah ada kat rumah? I said - memang la Mommy suka tapi stressful tau. Pasal pulak, she asked. OK, let me illustrate, I said (and I acted out the dialogue below 👇). Two hours after breakfast... Anak Comel (AC): Mommy, lunch kita makan kat rumah ke luar? Mommy (M): Luarlah ya. Malas nak masak. AC: Kita nak makan kat mana? M: Haji Tapah je lah, malas nak drive jauh. AC: Alaaa... boring la. Tempat lain? M: Nasi campur kat Selera Impian? AC: Alaaa... tak da rasa nak makan nasi. M: KFC lah macam tu. AC: Alaaa... tak da rasa nak makan KFC. M: Habis tu nak makan apa? AC: Tu la, tak da idea. Mommy suggest laa... M: McDonalds? AC: Haaa.... McDonalds lah👍 30 minutes late

Quiet Mother's Day

Yesterday was a very quiet Mother's Day for us. Sebab mother in the house, which is me, migrain sejak malam sebelumnya. This time was very intense and painful. I spent almost the whole day in bed. Makan panadol berbiji-biji, tambah lagi dengan muscle relaxant Hubbs punya. Tak ada perubahan. By dinner time alhamdulillah dah kurang walaupun still berdenyut-denyut. Agaknya I ni overdose watching news kot. Kat bawah tengok Bernama, kat atas tengok Live Astro Awani. Bertahun-tahun tak tengok news tau!  Topi teddy bear dah selamat dipakai oleh cucu comel 😍. Rasa macam nak buat macam-macam topi lagi kasi dia pakai! Baked mac and cheese @Grato for Mother's Day dinner 😋

New Government

Ya Allah... who would have imagined this would happen. For the first time since our country's independence, the Government is no longer Barisan Nasional. While we have been "brainwashed" for eternity to believe that the country will be thrown into chaos if the opposition (now Government) wins, the opposite just happened. We are celebrating. It's the beginning of a new era. The voice of the rakyat is finally heard after years and years of being shut out. I only slept a couple of hours after the election results were out. Itu pun just light sleep. Some how the mind wouldn't rest. It kept on disturbing and poking the body with excitement 😁. But I woke up feeling so energized. The air was so fresh, the weather so beautiful. Like my friends said - macam ada extra oksigen pagi ni! But then, when we should be rejoicing, the country was shrouded with tension due to the delay in swearing in of the new PM. It was not until 10pm, when Tun M was officially declared as the

Saving a Nation

I'm still up at this hour waiting for the election results. While the official results are not out yet, at this point of time, Negeri Sembilan and Selangor (alhamdulillah) are for PH to rule. Meantime, the number of PH candidates winning Parliament seats is rising. Want to know what I feel now? I feel like crying. That finally the rakyat has made the "used-to powers-that-be" know what's in their mind. That our voice is finally heard. And I pray that we have a new Government which will take us into better times. When I cast my votes today, I closed my eyes for a moment and pray. Ya Allah, I'm doing this for the sake of my daughter. I want her to have a better future. My "Xs" are my small contribution to this wave of spirit towards saving a nation. And I am so proud that I made a difference. Today is a new beginning. And while the results are still pending with rumours of recounts and what-nots, I'm actually "re-studying" how to make

Cerita Semalam

Semalam yang agak eventful. Pagi-pagi sebenarnya kena bawa anak comel ke klinik pakar mata. Ketumbit yang dia kena a few months back still ada kat atas kelopak mata. Dah keras sebab tak pecah. Dah jumpa 2 GP dan their advice was - kena operate. Minor surgery saja. Malam sebelumnya sebab anak comel cakap dia mungkin ada satu ketumbit baru, maka itulah agenda pagi semalam. Tapi, bila kejut dia bangun, kata dia ketumbit tu tak ada pulak. Mungkin semalam mata dia rasa lain macam sebab masuk habuk. Jadinya, back to original plan yang telah dibuat pada hujung minggu hari tu iaitu - untuk pergi makan K Fry! Dah 4 kali rasanya tak dapat nak makan sana. Hari pergi tengok Avengers tu dah siap dapat seat dan minum. Tapi tak ada rezeki nak makan. Service agak slow sebab orang ramai. Since movie dah nak start, we cancelled. Kesian sangat dengan anak comel sebab dia nak makan. So, yesterday we went. Anak comel tak sekolah sebab sekolah dia cuti preparation for election. Jam 11.05 pagi dah beratu

Election Day #GE14

It's election day! Bangun pagi dengan agak berdebar-debar. Nombor 1 - sebab nak laksanakan tanggungjawab berat sebagai seorang rakyat Malaysia. Sangat berat. Nombor 2 - sebab tanda pangkah yang dibuat oleh setiap rakyat Malaysia yang menunaikan tanggungjawab tu akan menentukan landskap politik dan corak pemerintahan negara untuk 5 tahun akan datang. Pada saat ini, tiada siapa yang tahu akan apa yang bakal berlaku. Ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup. Selepas tanggungjawab dilaksana, kita hanya mampu berdoa. I went to cast my vote a bit late. Dalam jam 2.30petang baru keluar dari rumah. Baca di WA groups dan FB punya panjang line orang queue. Alhamdulillah, dalam 5 minit siap mengundi di SK Bangi 👍. Ramai yang dah mengundi pagi. Inai di jari tanda telah mengundi 😎 Ada sebab juga kenapa lambat sikit keluar mengundi. Dari jam 11 pagi sibuk buat pulut kuning dan rendang hijau ayam. Anak comel request. I call it tanda kesyukuran dan meraikan keraj

More This and That This Week

Let's see... The desert challenge results are out. Walaupun tak berjaya menghabiskan cabaran, still within first 50% of total participants. Macam mana tu 😆? Semangat awal bulan ni lain macam... Hari ke-3 dah dapat first badge. Malah lebih awal daripada Hubbs 💪. Seorang Cinde-Bangla mungkin berlari-lari lalu meninggalkan sebelah boots dia kerana jam telah berdetik 12 malam 😅. Anak comel and I went to watch Avengers: Infinity War on Wednesday. Right after school terus pergi. I bukanlah seorang yang ikut sangat Avengers et al ni. Tapi adalah juga tengok satu-dua movies. And Thor: Ragnarok last year was awesome! Tetapi I must admit. Sebelum tengok I dah check Wikipedia dulu 😂. I don't care much about spoilers! Yang penting akak paham cerita tu. Anak comel siap menitiskan air mata kesedihan each time a character died. Siap keluar bunyi-bunyi hingus 😅. Untuk pertama kalinya tersentuh jugalah dengan Loki. In the end I think he came out as a good soul 😍. T

This and That This Week

Fitness wise, I failed the Desert Challenge. Ala... 8122 steps saja lagi😅. Tapi stars all 5 I dapat. Adehh... Plan pagi last day tu nak jog tak kesampaian sebab drizzling. Tak apa lah. Last month memang banyak ponteng! Today the new challenge started. Kali ni namanya Lavender Challenge. Seawal hari pertama berjaya jog dan lepas tu merayap sekejap ke IOI City Mall. Hari ni punya steps dah boleh cover 2.5 hari punya effort 💪. Pagi tadi dok pusing tempat yang sama sebab panas. Jog kat tempat yang ada pokok 😎. Setakat malam ini... If you jog along the roads, rasa sakit mata tengok botol dan tin air bersepah-sepah tepi jalan. Rasa nak organise plogging je. Ada siapa-siapa nak join? Lepas keluar peluh ke Haji Tapah lah macam biasa 😁... Hari ni siap jahit pajamas yang pertama. Ni tengah tunggu delivery kain cotton baru beli online semalam. Ingat kalau kain sesuai nak try guna kain yang baru tu. Buat bias tape sendiri untuk leher yang tak berapa menjadi sebenarnya...