Skip to main content

Election Day #GE14

It's election day! Bangun pagi dengan agak berdebar-debar. Nombor 1 - sebab nak laksanakan tanggungjawab berat sebagai seorang rakyat Malaysia. Sangat berat. Nombor 2 - sebab tanda pangkah yang dibuat oleh setiap rakyat Malaysia yang menunaikan tanggungjawab tu akan menentukan landskap politik dan corak pemerintahan negara untuk 5 tahun akan datang. Pada saat ini, tiada siapa yang tahu akan apa yang bakal berlaku. Ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup. Selepas tanggungjawab dilaksana, kita hanya mampu berdoa.

I went to cast my vote a bit late. Dalam jam 2.30petang baru keluar dari rumah. Baca di WA groups dan FB punya panjang line orang queue. Alhamdulillah, dalam 5 minit siap mengundi di SK Bangi 👍. Ramai yang dah mengundi pagi.
Inai di jari tanda telah mengundi 😎

Ada sebab juga kenapa lambat sikit keluar mengundi. Dari jam 11 pagi sibuk buat pulut kuning dan rendang hijau ayam. Anak comel request. I call it tanda kesyukuran dan meraikan kerajaan baru. Siapa saja yang menang, itulah yang terbaik. Insyaallah. Kita semua dah berdoa.
Lepas mengundi baru makan 👍

Malam ni akan picnic depan TV. Ya Allah, selamatkanlah negaraku. May the best Goverment win!

Comments