Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Resepi 7: Sup Ayam Mamak Style

Malam-malam di Restoren Haji Tapah, our favourite lately is Sup Mamak. Hubbs makan Sup Kambing and I pulak Sup Ayam. Memang sedap, pekat, berempah dan pedas. Hirup sudu yang pertama wajib tersedak 😅. Anak comel pun suka, cuma dia tak tahan sangat rasa rempah. Kadang-kadang dia cecah roti telur dengan sup tu.

So, hari ni I nak share home-made sup ayam mamak style. I buat semalam - anak comel and Hubbs kata sedap memang rasa sup mamak. Sebenarnya ini resepi "accident". My arwah father's last Raya, dia request I masak sup tulang untuk dia. Masa tengah masak tu baru perasan rempah sup dah habis. Nak keluar memang tak sempat. So, I ganti dengan rempah kurma and it turned out delicious. My father finished up a whole pot makan dengan nasi impit 😆.

Anyway, I guna ayam biasa. Orang kata guna ayam pencen sedap. So, anak comel, here's another recipe for you!

Sup Ayam Mamak Style Mommy Style

Tumbuk:
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia

1 biji bawang Holland - s…

Back to Daily Routine

This week, even though sore throat and cough still there, things are starting to fall back into routine. Insyaallah dah sihat. Lagi-lagi semalam dah berjimba-jimba dengan kawan-kawan. Malam tadi rasa nak demam balik sebab Tanjung Karang tu panas betul tempatnya dan letih driving agak jauh. Tapi alhamdulillah this morning rasa OK.

So, sementara menunggu kerja proof-reading yang ada lagi separuh belum dihantar, mood nak menjahit datang. I took an online course to sew palazzo. Tapi cheat sikit tak letak zip. Yang penting nak belajar cara ukur yang betul and draw pattern from scratch. Last week sebenarnya dah try jahit one pair guna kain testing. Agaknya sebab I've lost a few inches here and there, longgar betul seluar tu 😂. Lukis pattern bulan January, bulan ni baru nak potong kain dan jahit!

Hari ni potong kain batik yang dibeli di Sabah hari tu. Patut ada seam allowance 1 to 1.5inches tapi I tak buat sebab nanti longgar. Cuma tambah seam allowance di pinggang saja.
I really love t…

Day Trip to Tanjung Karang

Dah 2 minggu rasanya Mas plan a small gathering di rumah Mak dia - Warung Ibu Nasi Ambeng, Tanjung Karang. Asalnya ramai cakap dah lama tak makan nasi ambeng mak dia yang awesome tu. Kawan-kawan yang tinggal di kawasan Sungai Besar pun ramai yang tak dapat join reunion hari tu. Demi nasi ambeng, gagah semua berkumpul di Tanjung Karang 😍. Agenda kami - makan 😇!

Since esok hari kerja dan hari sekolah, Hubbs and anak comel tinggal rumah. Berbekalkan roti bakery yang dibeli semalam sebagai breakfast dan akan order Pizza Hut sebagai lunch, the two of them were left in good hands! Jam 9 janji jumpa Linda di McDonalds Seri Putra. Lepas breakfast dan isi minyak, we started our journey at 9.50am. Waze estimated the journey to be 1 hour and 45 minutes. Hari ni drive sambil pot-pet-pot-pet dengan suasana yang agak tenang sebab kereta tak berapa banyak.
Baru Mizan announce dia dah sampai, kami pulak sampai. Mizan datang dengan her girls dan Rose.
Dalam masa kurang dari satu jam, satu demi satu …

4 Feb 2018 - Last Day in KK

Hari yang memeritkan terutama untuk Ies and I. Badan rasa tak sihat betul. Asyik berulang ke toilet. Drained sangat. Bila Mall bukak jam 10, I terus turun cari pharmacy beli ubat. Beli sekali oral rehydration salt sebab badan tak cukup air. Naik semula ke bilik, makan ubat tapi still rasa tak berapa OK. Sempat I paksa Ies minum air garam tu sebab dia nampak lesu sangat. 

Shake siap comment I tak nampak sakit pun. Muka selamba je. Siap turun sendiri pergi beli ubat. Yang best, masa check out dia hulur kunci kereta mintak I drive. Oit, aku sakit kot! I told her - kena jadi Mak baru tau yang diri sendiri sakit macam mana pun, kau still kena bangun, hantar anak sekolah, siapkan makan dia 😅. Come to think of it, sebenarnya kita orang patut pergi klinik sebab dah tak sihat macam tu. Tapi achik-achik ni memang semangat waja betul. Harung je.

So we checked out, terus ke Pasar Filipina untuk jalan-jalan. I memang tak berapa minat nak beli souvenirs. Weather pulak panas, memang bahang betul da…

3 Feb 2018 - Pulau Sapi & Gaya

Hari ni plan ialah ke Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Untuk sarapan, teringin nak cari makanan biasa iaitu roti canai dan nasi lemak. Emmm... tengah fikir ni, I think it was a bad idea. Mula-mula cari kedai mamak untuk roti canai dan teh tarik. Tapau sekali kari kambing dan murtabak. Lepas tu on the way nak balik ke kereta, jumpa gerai yang jual nasi lemak kuning dalam plastik. Pun beli juga buat bekalan. Maklumlah, seharian plan nak duduk di pulau kan.

Untuk ke pulau, kena ambil boat di Jesselton Point Ferry Terminal. Tak lah jauh sangat tapi parking penuh sebab hari Sabtu. Oleh sebab tak ada langsung parking, pusing one round dan park di satu mall ni yang agak dekat dengan terminal. So, cara beli tiket ialah - pilih saja daripada beberapa kaunter yang ada. Ada tulis terang-terang pada kaunter tu destinasi boat. Agak-agak sajalah mana yang OK. Masa beli tiket, dia akan tanya nak balik jam berapa. Pastikan punctual ya bila nak balik tu sebab boat akan tunggu.
Perjalanan ke Pulau Sapi dalam…

Long Time Unwell

I've not been well. Last week was the worst. Minggu ni on and off. Today, for the first time in days, I feel better. But the cough is still there. Clinic dah pergi 2 kali. Ubat batuk dan lozenges beli di farmasi dah silih berganti. Macam-macam jenis. Semalam jumpa ubat sakit tekak yang spray kat tekak tu pun beli. So far, sama saja.

I think I've not had this kind of cough for a couple of years now. Adeehhh... ingat dah baik terus. Night time is the worst. Every hour akan bangun batuk macam nak mati. Masa tu teguk air, ubat batuk, ada masa hisap lozenge sampai terlelap. Alhamdulillah setakat ni tak tercekik 😅!

Allah... sesekali Allah uji dengan penyakit memang huru-hara hidup. Semoga Allah berikan kesembuhan...

My Samsung Global challenge memang dah jauh ketinggalan. Hubbs dah berenang-renang di lautan, I'm still half-way through. Lama dah tak jogging ever since balik dari KK. Rasa macam tak cukup nafas je nak jog. So, right now sambil usaha untuk kembali sihat, I'm tr…

2 Feb 2018 - Back to KK

Dari Tegudon, kita orang kembali ke Kota Kinabalu. Back to civilization. Tapi, kena pulangkan barang-barang yang dipinjam kepada abang Jay dulu.
On the way singgah kejap makan Lokan Bakar di Salut. Waahhh... memang sedap! (Walaupun abang Jay dah pesan jangan makan takut sakit perut, tapi degil jugak!) Macam-macam saiz lokan ada. Lokan tu diletak bumbu-bumbu dulu lepas tu dibakar sampai airnya kering. Bila makan, cicah dengan sos. Kawasan ni banyak betul gerai lokan. Lupa pulak nama gerai ni!
Lepas pulangkan barang-barang, perjalanan disambung semula. Destination - homestay di Imago Mall. Atas apartments, bawah shopping mall. Sepanjang perjalanan barulah hujan turun.  Bosan gak sebab stuck dalam traffic jam dan hujan...
Sebelum ke homestay, kita orang singgah KK wet market dulu. Malam tu Chef Ibuk Jay nak masak shell out. So, kita orang pun round pasar basah yang betul-betul di tempat bot nelayan berlabuh. Bila tengok harga seafood... waaahhh murahnya! Ikan tenggiri seekor siap potong …

2 Feb 2018 - Awesome Tegudon

Pagi-pagi, benda pertama yang dibuat apabila matahari keluar ialah tengok Gunung Kinabalu. Even from afar, the mountain presents itself majestically under the morning sun. Bukan selalu dapat rasa pengalaman macam ni.
The scenery we woke up to... Such a pleasure watching this while sipping a cup of hot hazelnut coffee 😋 Ibuk Jay dah mula nak buat breakfast. Let's see... telur rebus, scrambled eggs dan tuna chili makan dengan roti.
Lepas dah dapat tenaga, bermulalah aktiviti kami di Tegudon 💪. Mula-mula, cross jambatan gantung untuk ke sawah padi di seberang sungai. Mula-mula kena seberang titi buluh dulu. Lepas tu kena panjat bukit sikit, baru sampai kat jambatan gantung. Railing dah lah cuma sampai bawah pinggang, bergoyang-goyang pulak tu 😅. Adehhh...
Kampung Tegudon ni dah diwartakan sebagai tempat perlancongan. Menjelajah sawah pagi tu sebahagian daripada aktiviti yang boleh dibuat di sini. Masa ni sawah tengah menghijau. Cantik betul sawah padi kat sini... Pondok kat belaka…

Not Well

I've not been well. Four days now. Demam. Batuk teruk. Phlegm rasa penuh dalam chest sampai bernafas pun rasa sesak. Dada pun rasa sakit sebab asyik batuk. Semalam badan siap sakit-sakit. Lama tak demam teruk macam ni.

Tapi, still kena bangun. Walaupun tak larat... Ada tanggungjawab.

Allah. Kesakitan itu penghapus dosa kan? Allah, ampunkanlah semua dosa-dosaku.

My global challenge kena letak tepi. One badge already gone.

1 Feb 2018 - the Less Known Tegudon

From Pekan Nabalu we headed to Kampung Tegudon, Kota Belud, specifically Tegudon Tourism Village. Kata Jay, Tegudon ni orang tak ramai tahu lagi. Melangkap lagi famous. Kalau Google gambar Melangkap, lagi terang dan nyata nampak Gunung Kinabalu. Kita orang kan suka pergi tempat yang belum famous kan 😎.

Sepanjang perjalanan nampak orang jual durian. Masing-masing memang teringin nak singgah tapi macam ada saja halangan. Sampai ke sudah tak makan durian 😅! Anyway, perjalanan ke Tegudon ambil masa dalam sejam. Kiri kanan jalan view sangat cantik. Setiap kali nampak kelibat sungai yang lebar, cantik dan jernih, masing-masing komen - kalau kat tempat kita ni, mesti kereta dah penuh tepi jalan orang pakat pegi mandi sungai!

Tegudon ni orang kata bagai jatuh cinta pandang pertama. Kami sampai, keluar saja daripada kereta, terus terpaku dengan keindahan tempat ni. Betul! Amazing!
Tempat kami berkampung 2D/1N... Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Dah hampir senja baru Gunung Kinabalu …