Skip to main content

1 Feb 2018 - Journey Started

Pagi-pagi ke Sepangar dulu untuk meet-up dengan Abang Jay dan beli provisions untuk bawa ke Tegudon nanti. Abang Jay ni sebenarnya warden asrama masa I di PPP/ITM Shah Alam dulu. Apa tah official designation dah tak ingat. Small world. Tapi dia jaga block lain 😅. Sekarang dia attach dengan UiTM Kota Kinabalu. Hajat hati nak pinjam periuk dan sleeping bags, tapi tak sangka dia bawak private tour ke belakang kawasan asrama mengadap kampung air, Sabah Port dan TLDM base. Bukan senang nak dapat opportunity tu 👍.
Travel kali ni Ies yang banyak bawak kereta. Yeayy.. sebab dia tahu jalan. Dan sebab dia dah jumpa hand brake Alza kat mana 😁!
Breakfast... Namanya soto tapi tak da nasi impit.
Teruja jumpa kedai ni😂.
Kawasan Sabah Port. Opposite tu TLDM base. Imagine looking at this view everyday from your window... Nampak laut... pulau... Untung students UiTM.
Kawasan belakang asrama. Siap dapat air lagi tour guide bagi 😆.

Tengah rehat-rehat di rumah Abang Jay, aisey, dapat WA message pulak daripada client. Ada file nak kena proof-read. Bila tanya: "Puan, deadline untuk file ni bila ya?". "Secepat mungkin". Adehhh... lalu duduk sekejap, bukak email, download file, buat kerja proof-reading pada screen phone yang kecik sementara yang lain settlekan barang-barang yang nak dipinjam. Syukurlah filenya tak sampai 2 page. Tapi kena juga focus, edit dan baca ulang-ulang kali. Tu la kan, sambil holiday pun kena kerja 😅.

We continued our journey ke Tamparuli untuk ke Jambatan Gantung Tamparuli. We didn't stop at Upside Down House walaupun lalu. I memang tak lah minat sangat. Lagipun, kita orang memang jenis yang pergi tempat yang bukan tumpuan ramai kot! Masa ni matahari punyalah terik 😎.
Panas-panas buta naik Jambatan Tamparuli. Jambatan ni besar, walaupun rasa gayat sebab bergoyang-goyang, railing tepi agak tinggi. So, OKlah boleh berpaut. Tapi I memang gayat orangnya. Tetap rasa kecut perut bila naik. Pasal dia orang ni suka betul buat aktiviti kat tempat gayat macam ni?

Destinasi seterusnya ialah Pekan Nabalu. Di situ ada lookout point untuk tengok Gunung Kinabalu. In fact, dalam perjalanan pun dah boleh nampak cuma puncak gunung ditutupi awan yang tebal. Pekan Nabalu ni biasa tempat stopover sebelum ke Kundasang. Tapi kami tak plan untuk ke Kundasang. Dia orang ni semua dah pernah pergi. So, nak pergi tempat lain yang belum dikenali ramai 👍. Pekan Nabalu tempat sesuai untuk beli souvenirs sebab harga agak murah berbanding tempat lain.
Gunung Kinabalu menyorok di belakang awan...
Cantik tempat jual souvenir ni...

Lepas lunch (psssttt... I don't recommend eating here sebab service slow), we continued our journey. We headed for Tegudon Tourism Village di Kota Belud. Tempat yang sangat best, sangat awesome, tempat jatuh cinta pandang pertama 😍.

#travel #kotakinabalu #pekannabalu #tamparuli #tegudon

Next: 1 Feb 2018 - The Less Known Tegudon

Comments