Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Around the House

I've been working really hard these 2 days. Which is something that doesn't happen often nowadays😅. Semalam seharian bekerja siapkan supplies untuk Kak Ira, my niece, yang akan buka booth esok. Quite a lot juga - tote bags, zipped pouches, bookmarks (something last minute I churned out) dan sambal garing. Malam tadi hantar kat dia. Doakan semoga jualan laris! Aminn... Simple bookmarks. Since I own a Laminating Machine , might as well use it to earn extra money kan... Most of the words are from some websites I researched reflecting the thoughts I have in my head. Yup, I now care less about people and I am happy 😍. [Updated: Ada orang tanya beli Laminating Machine  / Laminator kat mana? I beli kat Lazada saja. Mine is quite cheap tapi so far sangat OK and reliable. Guna pun senang. Walaupun user manual dalam Bahasa Cina, alahai buka saja YouTube. Tengok video cara guna lagi senang! Check out: Soonye Laminator . Review other users pun OK.] Today pulak worked on copy wr

Day 3: Back Home

Pagi-pagi macam semalam Hubbs turun bawah ke meeting room untuk bengkel dia. Baru setengah jam dia naik semula. Rupanya semalam tu kira semua dah settle dan pagi tu bengkel cancel. Cepat-cepat siap untuk pergi breakfast gerai semalam. Ingat nak try nasi dagang pulak. Sampai dalam 9.30am banyak yang dah habis😔. Sebab hari Ahad kot. Makan nasi minyak jugak. Memang sedap walaupun dengan ayam goreng kunyit saja. Gerai yang we all pergi tu just about 500 meters from jalan masuk ke Suria Cherating. Ada 2 gerai sebelah-sebelah. Lepas tu balik semula ke hotel, kemas barang dan check out. Banyak tempat nak singgah lagi. First stop ialah gerai keropok lekor dan satar. Betul-betul opposite jalan masuk ke Suria Cherating. Sebenarnya balik daripada breakfast tadi dah beli keropok lekor sikit tapi macam mahal pulak. Beli kat gerai-gerai besar berderet-deret. Yang ni authentic sebab ada makcik tengah uli keropok dan rebus dalam periuk besar. Hmmm... entah-entah gerai yang kita orang beli tadi makc

Day 2: Around Cherating

Hubbs started his workshop early in the morning. After he left, I just slept in. Since it's been such a long, long, long time since I actually have the chance to just sleep in without having anything waiting for me to do, I didn't even set wake-up alarm. Sedar-sedar dah 10.30am😲! So, kejut anak comel dan terus siap-siap untuk pergi cari breakfast. Semalam dah nampak banyak gerai kat area Suria ni, so I drove up east and let anak comel select gerai mana dia nak. And yes, she chose the one yang ada roti canai😒. Dah sampai Cherating pun nak breakfast roti canai! I had this super delicious but simple looking nasi minyak with gulai ayam. Nasi minyak warna pink! Lepas perut kenyang, we went to visit Turtle Sanctuary just 4kms away. Small but interesting place. Bangunan rumah kayu lama. Admission is free tapi digalakkan menyumbang. Banyak juga information pasal penyu yang kita boleh baca, tapi anak comel ni terus nak tengok the real deal - nak tengok penyu.   Comel pen

Day 1: Cherating, Here We Come!

Lambat juga keluar rumah sebenarnya. Lepas settlekan my mother, balik rumah barulah nak packing. Dahlah nak fit semua dalam satu bag😁. Dah siap semua dan keluar rumah, berkejar ke McD sebab anak comel nak breakfast kat situ. Ngam-ngam sampai kat kaunter jam 10.58am. Budak yang kat kaunter pun dah nak tukar gambar menu kat dinding. Dia tanya - "Nak order breakfast ye?". I cakap - "Ha ah, boleh tak?". Tak jadi dia tukar gambar😅. Dapatlah makan breakfast meal! Lama tak breakfast kat McD. Sedap rupanya😋. Siap dapat extra hash brown! TQ adik kaunter yang baik hati👍 Lepas tu off we go. Lama betul tak ke area Pantai Timur. Last sekali I pergi was that trip to submit sebutharga. Ala, yang tak jumpa exit masuk Kuantan tu! Rindunya dengan landmark ni  The sky is always so much bluer along the LPT We stopped for late lunch at Gambang R&R.  Dapat jugak makan ikan patin tempoyak😋. OK, gambar diambil selepas ikan tinggal separuh! We reached

My Birthday... 2 Days Ago

It was my birthday on Wednesday. Middle of the week. So nothing much happened. Got well wishes and doa from my family. Friends? Nope. Ever since I disabled my birthdate on FB, I seldom get birthday wishes anymore. See how lazy we are nowadays. Birthday member pun harapkan FB😑. Semalam baru kira celebrate. After school I took anak comel to IOI City Mall. Main reason sebab nak survey storage for my sewing stuff yang dah bersepah tu. Semak kepala sebab kain perca or balance ada macam-macam size. I need space to organise the materials by size and maybe by colour too. Punyalah mengamalkan information architecture akak korang kan! Berjaya jumpa drawers yang dicari tapi belinya mungkin minggu depan. Tak larat la nak pikul kotak sorang-sorang😅. Anak comel ambil kesempatan belanja cake kat Gula Cakery. Dah bosan dengan Secret Recipe, nak try cake lain pulak. Dulu my good friend Mas yang introduce dekat area Alam Impian. Tengah beratur nak order tu terserempak dengan ex-uni mate Izzat, yan

Kebun Updates

Sejak selalu hujan ni, kebun agak terbiar. Rumput dah mula tinggi. Semak! Tak ada tanam pokok baru pun. Sayur sawi semua dah habis. Kalau nak makan sayur, harvest ulam raja dan pucuk ubi buat kerabu. Yang baru cuma pokok kacang botol yang dah mula naik sampai ke tembok. Semoga menjadi👍. Minggu ni cuba semai benih cili dan tomato. Minggu lepas masak tomato buat omelette. I memang tak makan tomato yang ada biji😖, jadinya biji-biji tomato tu semai dalam pasu. Sebenarnya bukan tak semai benih untuk tanam pokok baru. Rasanya dekat 4-5 kali semai benih sawi dan kailan. Bila pucuk-pucuk dah elok naik, tiba-tiba habis semua mati. Pelik betul. Masa tu ingatkan I yang tak siram. Tapi ada satu hari tu terserempak dengan Boboi yang tengah elok bertenggek atas pasu dan kencing dalam tu! Hah! Patutlah anak pokok habis mati😡. Cissss... bertuah punya kucing! Sekarang pindahkan pasu yang ada benih ke tempat lain. Semoga dia tak buat hal lagi. Pagi tadi, saja tengok-tengok pokok melon yang rajin

Jom ke Seminar Tajwid

Akak letak announcement ya. Untuk yang tak pernah lagi hadiri seminar tajwid oleh Ustaz Asraff ni, akak sangat, sangat galakkan. Kira dua hari seminar tu revision kelas tajwid dulu-dulu. Insyaallah, banyak tips dan short-cuts. Pergi dengan anak-anak pun bagus. Kira satu family belajar tajwid👍 👇 KHAS UTK MEREKA YG TAKDE MASA UTK HADIR KELAS TAJWID DI MASJID-SURAU SETIAP MINGGU 😔 . Nak kuasai tajwid dalam masa 2 hari je ? . Info penuh KLIK SINI 👈 . Ramai antara kita yang memang bersungguh nak belajar tajwid agar bacaan Quran jadi lebih lancar & hati jadi lebih yakin bila baca Quran sendirian. . Tapi masalahnya, banyak kelas tajwid ambil masa berbulan baru habis silibus. Susah pula nak serasikan dengan waktu kita. Kadang-kadang free, kadang-kadang tak. Bila ‘skip’ satu kelas, dah susah nak faham apa yang ustaz/ustazah ajar. . Jika anda hadapi masalah di atas, jangan risau, insya Allah hadir 2 hari je seminar Tajwid Luarbiasa, anda akan kuasai seluruh ilmu tajwid deng

House Guest

We have a regular house guest in the form of a fat cat whom we call "Mok". Sebabnya? Sebab dia gemuk! Mula-mula dulu memang liar sikit tapi sekarang kalau buka pintu grill dia akan masuk. Tapi dia seekor kucing yang sangat berbudi bahasa. Dia masuk sikit saja dan kalau tuan rumah jalan menghala pintu nampak macam nak keluar, dia akan keluar. Dia makan pun sangat sopan. Slow and steady. Tak sepah. Cuma mulut suka sangat mengomel. Selalu I duduk dekat dia dan cakap - "Tak paham la apa kau cakap Mok!". Macam ada benda yang dia nak mintak tolong. Entah-entah dia nak mintak tolong cari mana rumah asal dia? (Dalam hati teringat kucing kesayangan Bubu dan Kiki yang hilang...) Atau mungkin dia memang seekor kucing yang suka membebel. Musuh utama dia - Boboi. Selalu bergaduh kat patio ni. Tapi bunyi saja yang kedengaran macam havoc. Selalunya bunga-bunga silat saja dua ekor tu. Mok ni memang cukup pandai berlakon. Kalau kita jerit suruh dia stop kacau Boboi, immediately

Ngada Naik MRT

Semalam boleh dikategorikan sebagai Hari Makan Sedunia. Mula-mula breakfast di rumah. Anak comel masak pancake guna resepi yang Mak Ngah Mas dia bagi. Awesome rupanya pancake dia😋! Patutlah dia selalu buat. Letak butter dan Hungry Jack syrup punyalah sedap. Dia pulak lagi over - letak whipped cream! Lunch pulak kat kenduri kahwin neighbour selang 3 rumah tapi buat di Putrajaya. Deko dewan dan pelamin yang sangat cantik. Baju pengantin perempuan pun cantik daripada belakang nampak macam pakai gaun pengantin, daripada depan nampak sangat tradisional. Haa... macam mana tu?😅  Konsep simple dan elegant👍 Terus pening fikir bila anak comel kahwin nanti berapa pulak belanjanya?😓 Memandangkan Hubbs ada, malam ajak makan satay Kajang. Sejak Ies dan Jay tayang gambar dia orang pekena satay minggu lepas, memang teringin sesangat! Tapi malam semalam malam minggu. Sure semua tempat sesak. Anak comel tekak dia sesuai dengan satay Hj Samuri saja. Nak makan di Seksyen 16 kat situ ada pa

More Tote Bags and Such

These past weeks agak rajin membuat sewing work. Nak prepare untuk my niece, Kak Irah, yang kata kolej dia ada sambutan jubli perak hujung bulan ni. So, dia nak jual my tote bags macam dulu. Waahhh... seronok dia jual bag😍. My SIL Mijah pun dah booking nak jual tote bags untuk event kolej dia next month. Semangat nak siapkan supply. Semalam pos 4 bags ordered by one customer via Carousell. Dia order Japanese knot bags. Then she asked whether I could also sew wristlet. Bila dah jadi buat, jadi ketagih pulak jahit zipped pouches. Best pulak jahit benda yang berzip ni! Maka gali balik kain-kain perca balance daripada buat tote bags, jahit coin purses pulak. Dah sebeban. Tapi ya ampun malasnya nak ambik gambar individually letak dalam IG dan Carousell😅. Bukan apa, lighting malap je sekarang. Tadi dapat message from my very first male customer. Sebelum ni customer semua perempuan😀. Bila dah communicate, orang Bdr Seri Putra rupanya! Hehehe... malam ni nak ajak Hubbs COD. Le

Long Weekend

It's a really , really long weekend. Mula dengan Hari Raya Aidiladha hari Khamis, sambung dengan Hari Kebangsaan, dan esok, Isnin, cuti sebab Malaysia menang overall Sea Games 2017. Tapi duduk rumah saja. Hubbs kerja. Memang tak ke mana. Tak balik Melaka pun. In fact, adik-beradik semua either Raya rumah mertua atau raya rumah sendiri, like us. So, rumah Melaka kosong. As usual, untuk Raya masak nasi impit + rendang ayam tapi Raya kali ni ada satu extra dish iaitu pulut kuning. Dulu-dulu orang tua-tua saja yang masak pulut kuning ni. Rasa macam susah sangat. Bila kita pulak dah jadi tua ni, sebenarnya bukan payah sangat pun😊. In fact, hari ni masak balance pulut yang tinggal hari tu untuk makan dengan balance rendang ayam yang I simpan dalam freezer👍. Cuti Raya kali ni suasana kat Seri Putra ni memang sunyi betul. Cuti panjang punya pasal. Kedai banyak yang tutup. Haji Tapah hari ni baru bukak😅. Semalam masak saja apa yang ada dalam fridge. Memandangkan anak comel tak nak ma