Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan Maaf Zahir Batin. Hari ni hari raya ke 3. Barulah dapat berehat sikit. It has been such a joyous but tiring hari raya. Rasanya hari raya paling awesome sejak 3-4 tahun lepas walaupun hati sangat, sangat sayu pada hari terakhir Ramadhan. Menitik air mata bila Ramadhan sampai ke penghujung. Allah... rasa memang tak cukup amalan sepanjang bulan. Masa ni lah uzur punya lama padahal dah 2 tahun lalalala tak payah ganti puasa😔. Tapi bila Hubbs hug dan cakap thank you sebab sebulan siapkan makanan sahur dan berbuka untuk our little family, rasa appreciated sangat😍. Hilang terus penat. Kami balik Melaka hari Sabtu pagi lepas selesai mandikan my mother dan pesan pada dia untuk entah ke berapa ribu kali supaya jangan buat business mengarut ehem, ehem di pagi Raya sebab I tak ada untuk bersihkan dia. Memandangkan highway ke selatan jam agak teruk, Hubbs masuk exit PD dan ikut jalan dalam. Sangat damai dan menenangkan sebab kereta tak banyak dan la

Files Have Arrived

On Wednesday I sent an email to the client asking for some files for me to work on during the Raya holidays. Nah kau! Terus dapat master file yang ada dalam 88 pages! Nanges😢... Deadline 2 minggu. Memang cuti Raya ni akak korang kena kerja la. OK lah tu. Ada gak benda nak buat. Sekarang ni Raya bukan macam dulu. Macam tahun lepas, tak boleh Raya luar daripada kawasan lama-lama. Nak balik Melaka pun cuma boleh satu malam saja. Terima kasihlah banyak-banyak ya. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Doa bulan puasa ni semoga Allah ikhlaskan hati setiap hari. Semoga benda-benda busuk yang I kena hadap hari-hari Allah akan balas dengan bauan sewangi kasturi di kemudian hari. Cari redha Allah tu lagi penting. Anyway, tutup cerita tu. Semalam ambil stock fresh meat untuk customers yang nak masak Raya. Since jalan kecil depan LRT Kg Baru dah jadi one way, kena ikut jalan lain yang, frankly speaking, kalau I pergi sorang-sorang memang tak sampailah! Rezeki lalu depan Masjid Kg Baru. Ada

Waiting Game...

Kerja translation untuk batch pertama dah siap. Tengah tunggu another translator hantar kerja. Proof-reading work pun sedang dalam progress. Baru 21 files yang pendek-pendek. Minggu ni tak ada material baru. Risau ni. Bukan apa. Macam tahun-tahun lepas, deadline dah dekat tiba-tiba berpuluh-puluh files sampai. Pengsan😓. Jadinya, kerja menjahit dah mula semula... First attempt buat drawstring bag yang anak comel order Yang nampak pelik nau ni Hubbs order. Dia nak bantal buat sandar masa driving. Yang ngam-ngam muat kat tengkuk sebab tengkuk selalu rasa lenguh dia kata. Nak buat bentuk cylinder rasa macam belum pandai. Last-last buat boxed top & bottom yang besar dalam 4 inci. Since tak ada strap getah yang lebar tu, ganti guna ribbon dulu😀. I love this fabric! Check out the others ya: IG aniza_creations / carousell.com/nuranizah Bulan puasa kali ni memang masak memanjang. Sementara banyak masa ni. Good thing we are doing the fresh meat side-business. Sebenarnya

Need to Go Out

Kerja translation sudah bermula. Memang duduk rumah saja mengadap laptop. Tengkuk terasa sengal, pinggang pulak macam nak terpeleot. Allah... itulah namanya cari rezeki. Setiap orang ada kesenangan dan kesusahan masing-masing. Sebelum nak senang kena bersusah. Insyaallah. Itu janji Allah. Memandangkan cuti sekolah dah nak habis, pagi tadi ajak anak comel keluar sebab asyik terperap di rumah. Sekali ikut Hubbs keluar kerja. Mana lagi kalau bukan IOI City Mall kan. Dah tak ada tempat lain. Sebenarnya nak cari hadiah sempena Father's Day. Minggu depan takut lagi busy. Letih bulan puasa ni pusing-pusing cari hadiah. Memang dah set nak cari long sleeve T Shirt with collar. Bukan senang nak cari yang sesuai. Jumpa yang sesuai, harga pulak tak sesuai dengan budget😅. Alhamdulillah akhirnya jumpa. Berjaya surprise kan dia. Semoga Hubbs pakai masa dia kerja. Bukan apa, asyik pakai baju yang sama je! Semoga rezeki dia bertambah murah pakai baju yang isteri dan anak dia hadiahkan sempena

Register Business Baru

Semalam lebih separuh hari dihabiskan untuk uruskan register business baru. Ya, I memang dah ada company tapi sejak decide nak "pencen" ni company tu dah didormantkan. Dah masuk 3 tahun buat kerja free-lance tak guna company dah. Rasanya akaun bank company tu pun dah beku kot lama sangat tak ada transaction. Masalahnya, job urgent hari tu kena bawah company pulak. Selalu bawah individu OK je. Kata orang yang uruskan payment tu lain kali senang nak bagi job lain. Ye lah tu. Memandangkan memang dah lama plan nak bukak satu under sole proprietorship - sendiri punya, sendiri uruskan, sendiri punya akaun, sendiri sign, sendiri jaga, akhirnya semalam pergi register. Memang tak lama sangat prosesnya tapi sebab terus buka akaun itulah yang ambil banyak masa. Lepas register pergi bank pulak tanya akaun yang paling sesuai. Masalahnya bank offer hanya 2 options - savings untuk individu dan current untuk individu/business. Business kecik sorang je pun nak kena bukak current account.

Tiket Murah Datang Lagi!

Baru lepas selesai bayar Jay duit tiket untuk trip akan datang. Tiket murah Airasia datang lagi! Tapi trip lagi 7 bulan. Waahhh... ada lagi trip rupanya😍. Rasanya ada satu last trip tahun ni. Itu pun kalau jadi lah tak confirm lagi. Lepas tu dah tak ke mana dah. Sebabnya Ies dah nak start kerja balik lepas dia selesai viva nanti. Jadi, tak ada geng nak jimba-jimba dan hora-hora. Harga tiket memang agak murah walaupun nanti kena split 2 flight selang sejam. Tak kisah lah kan, janji boleh travel. Sebelum cakap OK pada Jay tadi terfikir jugak - adoiiii... mana nak korek duit pergi travel. Tak apa, stay positive. Insyaallah bila sampai masa segalanya dipermudahkan😎. Doa semoga rezeki murah.

The Search for Tulang

Sejak masuk Ramadhan ni memang setiap hari teringat pada arwah my father. Lama dah tak mimpi dia. Awal Ramadhan ada mimpi yang sipi-sipi dia ada. Dalam mimpi tu he was not around but his presence was felt. Semalam pulak entah kenapa dalam FB dan IG terjumpa 3 postings pasal cara-cara masak sup tulang. Masuk kali ke 3, rasa terliur lah pulak! Jadi, dengan penuh keazaman, pagi ni ajak Hubbs cari gerai jual daging fresh. Alhamdulillah, lalu di tepi Petronas Seri Putra jumpa gerai daging tepi jalan. Tulang nampak kurang berlemak dan banyak daging. Jadinya, kami berbuka dengan sup tulang dengan kicap cili api hari ni. 2 jam atas dapur daging luruh daripada tulang😋 Kenapa beriya sangat cari tulang buat sup? Sebab teringat Raya terakhir my father, I masakkan dia sup tulang dan dia suka sangat. Beberapa hari sebelum Raya, I bagitau yang I will do the cooking for Raya. Dia punya excited terus cakap yang dia tambah beli tulang mintak buatkan sup. Masa tu peluh dingin menitik kat dahi

Hasil Kebun

Kebun sekangkang kera baru nak naik. Pokok pun tak lah banyak. Yang betul-betul sihat - pokok ubi, cili, bawang, ulam raja dan pegaga. Sawi dan sweet peas - nampak macam tak akan berjaya besar sebab asal check pagi-pagi daun kena baham. Suspect kerja siput babi. Rasanya dah berpuluh ekor akak baling sama ada kat luar atau campak je masuk kolam kasi lemas. Geram sungguh! Pokok melon pun mengalami nasib yang sama. Ada 2 pokok yang nampak gemuk. Akak dah bayangkan lagi beberapa bulan boleh kot makan buah melon😍. Semalam pagi dua-dua pokok kena baham. Yang sakit nau hati dia baham kat batang pokok. Dah terpotong dua pokok aku. Haiwan apakah yang dengki sangat tu? Entah-entah tupai dua beradik yang suka main kejar-kejar kat rumah ni. Pagi tadi dok pikir, maybe kena stick to planting chilies lah. Tu je yang rasa selamat. Buat kebun cili awesome gak! Petang semalam sebelum mula masak, bawak gunting dan besen, pusing-pusing kebun sekangkang kera kutip hasil. Penuh jugak satu besen. La