Skip to main content

Need to Go Out

Kerja translation sudah bermula. Memang duduk rumah saja mengadap laptop. Tengkuk terasa sengal, pinggang pulak macam nak terpeleot. Allah... itulah namanya cari rezeki. Setiap orang ada kesenangan dan kesusahan masing-masing. Sebelum nak senang kena bersusah. Insyaallah. Itu janji Allah.

Memandangkan cuti sekolah dah nak habis, pagi tadi ajak anak comel keluar sebab asyik terperap di rumah. Sekali ikut Hubbs keluar kerja. Mana lagi kalau bukan IOI City Mall kan. Dah tak ada tempat lain. Sebenarnya nak cari hadiah sempena Father's Day. Minggu depan takut lagi busy. Letih bulan puasa ni pusing-pusing cari hadiah. Memang dah set nak cari long sleeve T Shirt with collar. Bukan senang nak cari yang sesuai. Jumpa yang sesuai, harga pulak tak sesuai dengan budget😅. Alhamdulillah akhirnya jumpa. Berjaya surprise kan dia. Semoga Hubbs pakai masa dia kerja. Bukan apa, asyik pakai baju yang sama je!

Semoga rezeki dia bertambah murah pakai baju yang isteri dan anak dia hadiahkan sempena Father's Day (minggu depan sebenarnya!). Semoga dia sentiasa dibawah lindungan Allah selalu. Dan semoga Allah cukupkan keperluan kami sekeluarga malah berlebih-lebihan. Aminnn... Doa yang baik-baik bulan Ramadhan ni semoga Allah makbulkan.

Now, back to my work...😅

Comments