Skip to main content

Files Have Arrived

On Wednesday I sent an email to the client asking for some files for me to work on during the Raya holidays. Nah kau! Terus dapat master file yang ada dalam 88 pages! Nanges😢... Deadline 2 minggu. Memang cuti Raya ni akak korang kena kerja la. OK lah tu. Ada gak benda nak buat. Sekarang ni Raya bukan macam dulu.

Macam tahun lepas, tak boleh Raya luar daripada kawasan lama-lama. Nak balik Melaka pun cuma boleh satu malam saja. Terima kasihlah banyak-banyak ya. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Doa bulan puasa ni semoga Allah ikhlaskan hati setiap hari. Semoga benda-benda busuk yang I kena hadap hari-hari Allah akan balas dengan bauan sewangi kasturi di kemudian hari. Cari redha Allah tu lagi penting.

Anyway, tutup cerita tu. Semalam ambil stock fresh meat untuk customers yang nak masak Raya. Since jalan kecil depan LRT Kg Baru dah jadi one way, kena ikut jalan lain yang, frankly speaking, kalau I pergi sorang-sorang memang tak sampailah! Rezeki lalu depan Masjid Kg Baru. Ada khemah agihan bubur lambuk. Sekarang kena letak sumbangan sikit tapi jumlah sumbangan tu memang sangat kerdil dibandingkan dengan bubur lambuk yang kita dapat. Hubbs ambil 5 bungkus. One for us, yang lain-lain nak agih-agihkan.

Yang buat hati berbunga-bunga bukan apa. We delivered fresh meat to our regular customer, Dr Marisa, sekali dengan sebungkus bubur lambuk. Bila message dia, punyalah dia suka sebab dia memang dah lama teringin nak rasa tapi belum berkesampaian. Lepas berbuka dia hantar message lagi ucapkan terima kasih sebab lepaskan hajat dia nak rasa bubur original Masjid Kg Baru 😍.

Semalam juga terjumpa gambar ni di FB Bottled Hope😁. Dah sebulan baru nak upload!
Masa ni dah sampai finishing. Jalan lalalala saja sambil ambil selfie!

Comments