Skip to main content

Waiting Game...

Kerja translation untuk batch pertama dah siap. Tengah tunggu another translator hantar kerja. Proof-reading work pun sedang dalam progress. Baru 21 files yang pendek-pendek. Minggu ni tak ada material baru. Risau ni. Bukan apa. Macam tahun-tahun lepas, deadline dah dekat tiba-tiba berpuluh-puluh files sampai. Pengsan😓.

Jadinya, kerja menjahit dah mula semula...
First attempt buat drawstring bag yang anak comel order
Yang nampak pelik nau ni Hubbs order. Dia nak bantal buat sandar masa driving. Yang ngam-ngam muat kat tengkuk sebab tengkuk selalu rasa lenguh dia kata. Nak buat bentuk cylinder rasa macam belum pandai. Last-last buat boxed top & bottom yang besar dalam 4 inci. Since tak ada strap getah yang lebar tu, ganti guna ribbon dulu😀.
I love this fabric!
Check out the others ya: IG aniza_creations / carousell.com/nuranizah

Bulan puasa kali ni memang masak memanjang. Sementara banyak masa ni. Good thing we are doing the fresh meat side-business. Sebenarnya customer tak lah ramai pun. Tapi ada 2-3 regular customers yang rajin order. Sekarang dalam 2 minggu sekali ambil stock. Bila ambil stock, of course sekali dengan our own orders. Nak kata untung sangat tu memang tak lah. Sebab customer-base tak ramai. Tapi yang bagusnya, every time we buy stock, Alhamdulillah our own orders tu dah kira paid for. Jadinya, dalam fridge selalu ada barang nak masak especially ayam dan lamb shoulder cubes.

Setelah one of our regular customers, Dr Marisa, share gambar Nasi Arab Kambing dia masak yang telah berjaya membuat I rasa inspired, untuk buka semalam I masak Nasi Arab Kambing suka hati aku. Dalam freezer ada 6 ketul lamb shoulder cubes yang I pun tak tau kenapa pergi simpan 6 ketul je! Sangat sesuai gitu. I tak guna rempah arab pun. I mixed rempah kurma dengan garam masala sikit. Rebus lamb shoulder cubes (20 minutes pun dah cukup sebab New Zealand lamb shoulders sangat lembut), then guna air rebusan untuk buat Nasi Arab. 

Guna minyak sapi satu sudu besar + minyak, fry sliced bawang besar dengan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Lepas tu masukkan sliced bawang kecil, bawang putih dan halia plus serai yang diketuk. Next, masukkan rempah kurma + garam masala. Bila dah garing sikit, masukkan beras Basmati yang dah direndam setengah jam. Then masukkan air rebusan kambing tadi + daun pandan. Susun lamb shoulder cubes tu kat atas. Masaklah sampai butang rice cooker tu naik ke warm ye😁. Bila dah masak, tabur chopped coriander leaves. Itu Nasi Arab paling simple.
Hasilnya... Serve dengan yogurt sauce (guna recipe tzatziki sauce tapi guna chopped cucumbers and tomatoes) dan lebihan air rebusan kambing tadi yang dijadikan sup - tambah rempah sup, bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk.
Oleh kerana kambing cuma ada 6 ketul comel, I tambah ayam masak merah. Masa pergi beli yogurt semalam, natural yogurt cuma ada bekas besar saja. I asked Hubbs - nak buat apa yogurt punya banyak ni ek? And he said - awak sure boleh guna untuk masak apa-apa punya... 
True to his words, masa masak ayam ni tiba-tiba dapat ilham mentol LED menyala terang atas kepala untuk letak yogurt satu sudu besar. Hasilnya, sedap!

Comments