Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

More Sewing

Semalam siapkan pajama pants for Hubbs. Kali ni advanced sikit. Ada 2 side pockets. Project experiment buat pockets namanya ni. Sebab ada request daripada my nephew Ijul mintak jahitkan seluar sempoi-sempoi tapi nak pockets. Hasilnya - berjayalah juga. Hubbs was quite happy. Guna kain pelikat yang lama terperuk dalam wardrobe tak pakai-pakai. Cuma "lokasi" pockets tu kena turunkan dalam 2 inci. Kali ni trace guna seluar sample. Pattern yang I ada tu ladies punya. Alhamdulillah jadi😍 Sambil-sambil tu buat girl's skirt. Kain ni cotton biasa saja. Tapi sekali tengok ada macam Thai silk pulak!

Buat Duit Secara Sambilan

I nak share satu cara untuk jana pendapatan sambilan. Sejak jadi full-time home-maker dan free-lancer ni, memang banyak source of income yang I explore. So, I dah ada banyak experience dengan macam-macam online programs yang offer ways to make money from home. Ada yang genuine, ada yang scam. One of the ways yang I personally use dan I can vouch yang ianya adalah genuine ialah  Involve Asia . Tak semestinya untuk yang work from home saja, yang nak cari duit part-time atau secara sambilan, ini satu cara untuk buat duit. Orang kata cara mudah untuk jana pendapatan sambilan. Caranya ialah dengan menulis dan share links tentang products. I suka affiliate program ni sebab alang-alang I suka tulis pasal products dan experience, might as well I promote sekali dan dapat income. Memang banyak merchants yang berdaftar dengan  Involve Asia  ni antaranya ialah  Lazada   dan  Zalora . Untuk products  Lazada   dan  Zalora , komisyen yang kita boleh dapat untuk setiap product yang kita promot

These Past Days

Anak comel finished her final exam on Wednesday. On Thursday, memandangkan kelas Form 4 lain ada exam dan kelas dia dah merdeka, dia pun mencutikan dirinya sendiri. Kasi chance lah kan. Stress exam ni 😅. So I took her to complete that "birthday present" mission yang tidak kesampaian minggu sebelum tu. We went to IOI City Mall, as usual (I think the mall management needs to allocate a parking spot for me!). First pit stop was lunch. Anak comel ni agak up-to-date jugak dengan food craze terbaru. We tried K Fry - urban korean restaurant. Apparently, this is the restaurant yang dia orang gulung-gulung ayam dengan mozzarella cheese tu! The verdict? Sedaapppp sangat weh.  Mula-mula sampai macam ni. Cheese tu raw lagi. Then cik waitress ni panaskan dan mix. Lepas tu dia masukkan ayam (thighs with no bones) dan gulung-gulung dalam cheese tu.  Bila makan, jadilah macam ni... Masyaallah... sedap😋 Oleh sebab tak tau portion besar mana, order satu lagi dish chicken wi

Pajama Pants Siap!

Seluar yang nombor 7 rasanya ni. OK, pajama pants for anak comel siap! Alahai comelnya😍. Flannel fabric beli di Spotlight at 50% discount. Dapat RM15 semeter. Ada balance lagi sikit ni tengah fikir nak buat apa... Topi baby boleh kot...  Sesi potong-memotong... Flannel fabric ni bidang dia pendek sikit daripada biasa. Dalam 108-109cm. So, ngam-ngam untuk anak comel. Corak fox😊. Sesuai sangat untuk persediaan hujung tahun yang selalunya sejuk sikit. Malam tadi dia dah pakai pun.

Made My First Sale on Ebay!

I made my very first ebay sale this morning! Setelah sebulan list barang, akhirnya dapat juga satu sale😊. Oleh sebab ini first ebay sale, nervous jugak sebab process tahu theory saja. Prepare barang, masukkan dalam plastic, print invoice, print sekali satu Thank You card, lepas tu seal plastic. Ni baru balik dari Post Office settlekan shipping. Beli pre-paid Flexi International envelope size yang paling kecik sebab nak hantar Japanese Knot Bag saja. Tambah sikit untuk registered post dan tracking number. Then, update status dalam ebay, add tracking number, dan... settled! Lepas tolak PayPal fee, ebay fee, shipping cost dan material cost, I can say memang untung. The exchange rate now is 4.22😊. Terus bersemangat nak jahit bags lagi! I sold this knot bag... Need to make more!

Buat Duit Dari Rumah

Last week I shared about making extra money through answering survey kan. In case you missed it, one of the surveys yang I selalu buat ialah ini -> Get Paid for Your Opinion . Like I said before, kerja sambil-sambil saja. Bukan boleh kaya pun. Kerja seharian tetap kena buat. Cuma dapat extra money. Orang kata - duit lebih atau duit belanja dapur. Kalau ada PayPal account, boleh convert points jadi cash. Surveys ni bayar guna US Dollar. Kalau masa nak cash out tu US Dollar tengah naik mencanak, memang untung👍. I baru cash out RM100 last week. Sebab tengah pokai 😅. Ada lagi satu survey I nak suggest - PanelPlace .  Sama saja konsepnya iaitu jawab survey . Yang bagusnya, survey macam ni memang tak susah. Select saja jawapan daripada senarai yang diberi untuk setiap soalan. Pejam sebelah mata pun boleh jawab😂. Habis jawab, make sure submit survey tu. Kalau ada survey baru, akan dapat notification. Agak-agak tak best topic survey tu, tak payah jawab. I kalau dapat survey pasal in

Working Weekend

The proof-reading and editing work has started. On Thursday dapat first batch of documents. Semalam a few more. Masih ada dalam 10-12 documents yang belum sampai. Nama saja documents tapi each file adalah dalam 2-3 pages saja. Not something yang too overwhelming. So, it's a working weekend for me. Sambil-sambil buat bila free ni dah tinggal lagi dalam 6 documents yang belum siap. By Monday morning, dah boleh email semua💪. Plan nak buatkan lazy pants untuk Aliyah terpaksa disimpan tepi dulu. Dia pilih fabric flannel masa pergi Spotlight last week. Tapi dengan weather yang panas sekarang ni, even malam pun bahang, flannel really is not a good garment!  Lepas berjaya buat lazy pants, I buat girl's skirt pulak😊. Lagi senang sebenarnya. Ada extra kain buat pants untuk Kak Ros hari tu ngam-ngam boleh buat skirt untuk age around 4-5 years old. Tadaaaa... punyalah cute😊. Cakap dengan Kak Ros - kalau dapat cucu girl boleh lah pakai sedondon sama-sama! Yang ni jual murah s

It's Anak Comel's Birthday!

I can't believe she's now 16 😅... Her day started with brunch at McD with her friends. Her friend, Izdihar, yang dah masuk MRSM tu came back for the holidays. So, they met up with a few others. I can imagine sure havoc suasana di McD masa tu. Macam Mommy dia jumpa kawan-kawan jugak lah😀. After Zuhur, we went to IOI City for birthday lunch at Soopong. (Gambar tak sempat ambik sebab masing-masing lapar!) Hari ni Abah dia cuti. Last year he was in Brunei on anak comel's birthday, jadinya hari ni dia tak nak miss out. Lepas lunch lepaskan anak comel untuk pilih sendiri hadiah apa dia nak. Shop whatever she wants (ehem... within certain budget lah). Tapi pusing-pusing 3-4 of her favourite shops tak jumpa pulak yang dia berkenan. Sebenarnya bukan apa, she has just started wearing specs, pening sikit. So I told her why not we come back after her exams. The present still stands. It was also a relief because I'm kinda limping. Semalam hiking di MCP terpeleot lah pulak. Ank

Sold My Lazy Pants!

I sold 2 lazy pants to the most wonderful person in the whole wide world - my SIL Kak Ros😍. Adik ipau dia belum pandai jahit pants pun dia dah order! Terus dapat semangat untuk belajar dan practice. The pants I sold her are the 4th and 5th I made.  Yang ni agak mencabar kesabaran sebab kain licin Yang ni pulak kejap je sebab dah terrer sikit😄 Amboi... comel betul pakai dengan matching blouse. Dia kata nak seluar untuk pakai kat rumah saja!

Around the House

It's going to be a lonely day today. Aliyah ada Add Maths extra class pulak... Petang baru balik. Selalunya Fridays are our time together. Either pergi makan ke... shopping ke... most of the time merayap saja😅. Pagi-pagi morning dapat WA message daripada favourite contact person yang nun jauh di Bumi Kenyalang. Katanya proof-reading work tu belum dapat dihantar lagi sebab semua staff busy. OK, tak pa... Walaupun dalam hati - ala... lambat dapat kerja, lambat dapat payment... Sempat juga dia hantar short text dalam 3 paragraphs minta tolong buat CSR (atau nama Islamiknya - kerja sedekah) work. No problem... lepas makan nasi lemak depan TV, copy and paste text masuk dalam Notes, proof-read, edit, check grammar dan spelling, lepas tu copy and paste balik masuk WA dan send. 10 minit saja. Bagus betul teknologi zaman sekarang ni kan. Semua buat dalam phone saja. Sebabkan hari gerimis, keluar kejap jenguk kebun sambil ambik udara segar. Ada anak pokok yang dah boleh alih tapi kena b

My #MyCyberSale Picks - Books, Books, Books

Kinokuniya is also having its #MyCyberSale. Time macam ni memang rambang mata tengok buku. Here are my picks of books that I just love. Kot la ada yang tengah cari buku apa nak beli kan... 1. Kazuo Ishiguro was awarded the Nobel Prize in Literature for 2017. Murakamians are again disappointed. Bila lah agaknya Haruki Murakami punya turn? I have read only one book by Ishiguro i.e. Never Let Me Go . Quite a thought-provoking story. Perhaps time to read his other books. 2. I am a true fan of Haruki Murakami . Walaupun lately hobby membaca agak kurang berbanding hobby menjahit, I always have his books on my side table. Ya, masih membaca What I Talk About When I Talk About Running . Uisshhh... rasa dah berbulan baca buku ni. I started reading Murakami's Norweign Woods and I just got hooked. He's simply brilliant without having to try to be brilliant😎. Buku tu dah baca 4-5 kali kot. Another favourite is Kafka on the Shore . Story-telling at its best! First time I baca buku, ha

My #MyCyberSale Picks

#MyCyberSale is here😎! Asyik survey barang dan harga macamlah nak shopping sakan. Seronok tengok barang tengah sale ni. I'm just going to join in the fun and list my picks. Barang yang I dah pernah beli dan guna dan I rasa sangat berbaloi if you buy them these few days during #MyCyberSale. 1. Brother JA1400 Sewing Machine I memang researched betul-betul dulu sebelum beli my very first sewing machine. As a person yang tak pernah pegang sewing machine, I need a machine that is user-friendly, durable, have enough functions yang boleh take me from being a newbie to a beginner. Sekarang daripada jahit simple tote bags, I can now sew lounge pants! Haaa... achievement kan? So, I recommend Brother JA1400 Sewing Machine if you are keen to start sewing. The price now is really cheap. I bought it at around RM599 I think. No need to buy the extension table  just yet. Familiarize yourself with the machine first. Later you will know when you need to buy the extension table . 2. Karrimor

Hiking After Months of Hibernation

OKla, maybe hibernation is not the correct term 😅. More of being lazy. And blaming the weather - hujan lah, panas sangat lah. Paling tepat sebenarnya - tak da kawan nak hiking yang boleh ikut my time. Nak organise hiking activity dengan kawan-kawan boleh saja tapi I pulak yang ada problem nak pergi pagi-pagi. Sekarang ni dah kira simpul mati dah ni. Nak gerak jauh sikit pun payah😒. Tapi semalam dapat semangat baru. WA dengan my good friend Mas pasal kejayaan I jahit lazy pants semalam (dia masih belum jahit lagi dan kain yang dia beli untuk jahit pants tu hubby dia dah guna buat penutup printer!😂), dan dia bagitau dia tengah target nak lose weight by December. Terus commit untuk join sekaki dan start the program. Bukanlah official program, cuma bila ada kawan ni adalah semangat sikit. Jadinya, semalam makan mula jaga sikit. Hari ni pulak berjaya hiking di MCP dengan Hubbs. Sangat impressed dengan suasana MCP sekarang - bersih, clear, ada trails baru, chicken loop pun ada kot tak

Sewed My First Lounge Pants

I sewed my first lounge pants today! Teruja sangat 💃😎. Lounge pants ni ada orang panggil lazy pants. Orang melayu mungkin panggil seluar katok. Jenis seluar yang biasa dibuat daripada kain cotton atau kain flannel yang pakai di rumah saja buat tengok TV sambil menjalar atas sofa. Atau buat tidur as pyjama bottom. Atau buat berkebun. Atau untuk pergi pekena teh ais dan roti telur di kedai Mamak. Atau untuk pergi pasar beli ikan. That kind of pants. Very comfortable. Siap boleh buat jumping jack kalau nak. Cuma kalau untuk jogging mungkin tak berapa sesuai sebab orang akan toleh-toleh tengok sebab ingat kau ada masalah apa baru bangun tidur tak sempat tukar seluar dah pegi jogging. Tadaaa! Berjaya juga jahit seluar. Bought this fabric very, very cheap at TeeWah. Memang khas untuk experiment buat lounge pants ni. I guna pattern Martha Stewart. Cara jahit pun ikut tutorial dia campur-campur dengan Joann Fabric & Craft di YouTube. Martha Stewart buat drawstring. Tapi I ikut final

Kerja Dari Rumah

I started working from home a few years ago. Jadi free-lancer. Buat part-time jobs. Ada masa dapat projek yang kena station myself at client's office. Ada masa dapat projek yang boleh work from home. Ada masa pulak tak ada projek langsung😅. Jadinya, I buat kerja-kerja yang boleh dapat duit dari rumah. Antara kerja yang I buat ialah - jawab survey 😀. Mula-mula dulu I buat survey sebab boleh dapat vouchers. Bila cukup points, boleh redeem vouchers KFC la, McDonalds la, Giant la, Watson la... Memang best. Bila I buka PayPal account, jawab survey ni sebenarnya boleh buat duit juga. Mungkin taklah banyak sangat sebab bergantung kepada availability of surveys dan profile kita sesuai ke tidak untuk survey tu. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga earn some money. Then again - depends on the survey that you participate in. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! I jadikan surveys ni satu cabang jana pendapatan untuk savings. Sebab selalunya akan pilih cash, so bila cukup points saja, terus re

Power of Sedekah

I just nak cerita pasal the power of sedekah. The amount of money in my story is irrelevant ya. But then, it was so amazing, and funny at the same time😁. Semalam since Hubbs worked from home, we went out for breakfast at Hj Tapah. Masa Hubbs bayar tu, I keluarkan RM1 dan masukkan dalam box sumbangan untuk rumah anak yatim. I don't think Hubbs saw me doing that. On the way to the car, dia bagi I balance RM2 yang dia dapat lepas bayar makan tadi. Dia kata ambiklah, malas nak simpan dalam wallet. Waaahhh...😊. Dalam masa satu minit, duit RM1 yang I derma tadi jadi double kepada RM2! Subhanallah. Itulah the power of sedekah. Alhamdulillah. Sikit pun duit ya😇. Rajin-rajinlah bersedekah👍.

Pesanan...

Malam tadi terima berita sedih yang seorang rakan TESL2 telah kembali ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un... Jai sebenarnya koma sejak 2 minggu lepas. Keadaan tak berubah malah bertambah teruk 2-3 hari lepas. I'm not actually close to him. Mungkin sebab tak pernah sama kelas sepanjang 6 tahun bersama. Allah... kematian datang tak kira masa atau umur. Terasa sangat sebenarnya di hati. Mungkin sebab kenal. Orangnya memang baik. Mungkin juga sebab di masa I baru celebrate my birthday, seorang rakan pergi buat selama-lamanya. Semoga Allah swt tempatkan Allahyarham Mohd Razali Md Zain atau Jai Zain di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya. Pagi semalam baru saja bercakap dengan Hubbs tentang kematian. Balik dari Bandar Baru Bangi masa lalu di jalan tepi Bangi Villa, Hubbs cakap lama tak ziarah kubur arwah Abah. And I thought that's the best time to br

Hubb's Birthday Pulak...

September is a month full of birthdays. And Hubbs' is the closure. Semalam celebration cuma dinner saja. Rest of the day we just stayed home. Lagi pun Aliyah starts her final exams tomorrow. Kenalah duduk rumah. Geng-geng buat acara makan-makan di rumah Mas pun I tak pergi. Tak pe, next month ada gathering😍. We had dinner at Grato. Anak comel yang nak sangat makan situ sebenarnya! Anyway, Hubbs ordered burger that turned out to be quite huge.  Besar sangat burger ni... (Ceeewah.. komplen!)  Rasa fries dulu...   Sama besar saiz burger dengan muka I... Nak jugak masukkan penuh dalam mulut! Selesai dalam masa 6 minit!😄 Happy birthday dear Hubby💕. Semoga usianya diberkati, diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, halal dan berkat, dan semoga sentiasa di bawah rahmat Allah swt. Loving little gestures...😘 Dia tau wifey dia tengah batuk (yang dekat 2 tahun tak batuk yang teruk macam dulu-dulu tapi balik dari Cherating mula batuk pulak...), dan d