Skip to main content

Around the House

It's going to be a lonely day today. Aliyah ada Add Maths extra class pulak... Petang baru balik. Selalunya Fridays are our time together. Either pergi makan ke... shopping ke... most of the time merayap saja😅.

Pagi-pagi morning dapat WA message daripada favourite contact person yang nun jauh di Bumi Kenyalang. Katanya proof-reading work tu belum dapat dihantar lagi sebab semua staff busy. OK, tak pa... Walaupun dalam hati - ala... lambat dapat kerja, lambat dapat payment... Sempat juga dia hantar short text dalam 3 paragraphs minta tolong buat CSR (atau nama Islamiknya - kerja sedekah) work. No problem... lepas makan nasi lemak depan TV, copy and paste text masuk dalam Notes, proof-read, edit, check grammar dan spelling, lepas tu copy and paste balik masuk WA dan send. 10 minit saja. Bagus betul teknologi zaman sekarang ni kan. Semua buat dalam phone saja.

Sebabkan hari gerimis, keluar kejap jenguk kebun sambil ambik udara segar. Ada anak pokok yang dah boleh alih tapi kena buat esok nampaknya...
 Cabe rawit a.k.a. cili albino dah tukar colour sikit jadi orange. Tapi kena petik terus sebab nampak macam dah mula tak berapa elok. Saja biarkan nak tengok dia akan tukar jadi merah ke tidak. OK, ianya memang confirm albino. Next time bila dah besar terus petik!
 Melon yang entah akan besar atau tidak. Kita tunggu saja lah...
 Kacang botol dah mula keluar bunga! Yeayyy!
First time pokok kunyit naik dan besar. Tanah kat sini lagi sesuai berbanding kat belakang.

Selesai kat bawah, naik atas dan sambung siapkan lazy pants untuk Aliyah. Tinggal nak jahit hem di kaki saja. 
Ini lazy pants yang ke 3. First two I jahit experiment untuk diri sendiri. Yang ni dah pandai sikit jahit tali ikat ribbon kat depan. Untuk tanda saja mana depan, mana belakang.
Semalam merayau ke Nilai 1 cari kain. Kakak ipau tersayang order 2 lazy pants. Lepas ni nak buat untuk dia pulak. Uisshh... percaya betul dia dengan adik ipau dia yang baru experiment menjahit ni 😁.

Comments