Skip to main content

These Past Days

Anak comel finished her final exam on Wednesday. On Thursday, memandangkan kelas Form 4 lain ada exam dan kelas dia dah merdeka, dia pun mencutikan dirinya sendiri. Kasi chance lah kan. Stress exam ni 😅. So I took her to complete that "birthday present" mission yang tidak kesampaian minggu sebelum tu.

We went to IOI City Mall, as usual (I think the mall management needs to allocate a parking spot for me!). First pit stop was lunch. Anak comel ni agak up-to-date jugak dengan food craze terbaru. We tried K Fry - urban korean restaurant. Apparently, this is the restaurant yang dia orang gulung-gulung ayam dengan mozzarella cheese tu! The verdict? Sedaapppp sangat weh.
 Mula-mula sampai macam ni. Cheese tu raw lagi.
Then cik waitress ni panaskan dan mix. Lepas tu dia masukkan ayam (thighs with no bones) dan gulung-gulung dalam cheese tu.
 Bila makan, jadilah macam ni... Masyaallah... sedap😋
Oleh sebab tak tau portion besar mana, order satu lagi dish chicken wing. Akhirnya tapau dua-dua dish sebab tak habis dan cukup untuk dinner kita orang 3 beranak kat rumah!

K Fry ni macam fusion Korean dan Western food. Seriously excellent kalau you kaki makan cheese. Lain-lain dishes pun ada tapi yang ni memang recommended!

Tapi Khamis tu sempat merayap kejap saja sebab Hubbs message cakap nak balik awal from work. Hadiah anak comel pun sempat dapat 2 barang saja. Jadinya, kita orang sambung misi tersebut semalam. Haaa... memanglah I deserve a dedicated parking spot di IOI City Mall kan! 😂 

Semalam punya lunch - Sushi King - anak comel's favourite place. Sekarang dia tengah gila makan cheese pudding. Cheese lagi... (Tu la dulu masa dalam perut memang dia dah start mintak cheese!). 
Lama dia tak makan Tempura Udon. Sekarang ni sebab dah besar dan dah pandai guna chopstick, mommy dia boleh makan dengan aman damai. Masa kecik-kecik dulu asyik menyuap dia makan ja😒.

Pusing IOI City entah berapa kali. Ikut saja lah. Selesai beli birthday present dia. She got herself 2 shirts and some makeup/skincare stuff from Innisfree. Punyalah dia berjimat-cermat dok calculate how much she spent from that "allocation" we gave her. Ada balance sikit ni dia kata carry forward to next year!

Before balik singgah Gula Petite (cawangan Gula Cakery) makan the most sedap cake in the world.
Cake pandan gula melaka. Memang awesome! Cake ni selalu jadi "cake of the day". Kalau beli satu, the next cake (of any choice) dapat 50% discount. So tapau one slice for Hubbs. Malam tadi dia makan... haaa... baru tau sedap macam mana!😀

So, cukuplah mengukur mall selama dua hari berturut-turut. Duit pun dah kering. Weekend ni duduk rumah saja. Mesin jahit pun dah masuk 3 hari tak switch on. Macam-macam benda plan nak jahit ni!
Sebelum start, saja test jahit ala-ala quilt untuk buat zipped pouch.
Ok la tu😎.

Updated: Dah siap! 
Tapi senget sikit la pulak... Memang akan jadi gift untuk sapa-sapa yang bertuah😍

Comments