Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Corat-coret Reunion

Our WA group masih belum move on lagi dengan cerita-cerita zaman sekolah. Sesekali ada jugak masuk topik reunion hari tu. Alhamdulillah... semua happy dan ucapkan tahniah kepada pihak penganjur. Credit of course goes to Ies and Jay yang banyak susah-payah plan dan kerja keras event hari tu. Job well done lah you two! I yang tolong sikit-sikit ni pun dapat juga tempiasnya 😇. Paling terharu sebenarnya bila kawan-kawan ucap terima kasih on my part yang organise small charity work. I arranged for Nurkasih Charity untuk datang pick up baju-baju terpakai. Kira hari tu dekat 10 beg besar juga dapat kumpulkan. Alhamdulillah... sebenarnya kerja mudah saja. Remind kawan-kawan bawak baju terpakai yang masih elok dan arrange pick up supaya datang tepat pada masanya ✌. Semua hujung jari saja. Ni ada corat-coret pasal reunion hari tu yang agak terkesan di hati💖: 1) I sebenarnya bertahun-tahun nak jumpa kawan satu sekolah dulu - Linda Hanet. A few years ago tiba-tiba teringat yang masa Form 5

ATPN88 Reunion

Akhirnya tiba juga 25 Nov. Berbulan rasanya Ies dan Jay start plan dan pilih tarikh. Reunion kali ni rasanya yang ke-3 sejak kita orang tinggalkan ATPN pada tahun 1988. Lain-lain gathering kecil-kecil atau yang combine dengan budak ATDI tak kira. Basically, AJK majlis - Jay, Ies, myself, Shake dan Linda. My contribution tak lah banyak. Volunteer untuk design dan print tags untuk ikat pada kotak bunga telur. Inilah tagnya... Lepas tu kena plan games. Takut ada yang bosan masa hi tea, walaupun kebarangkalian tidaklah tinggi😄. Nak buat aktiviti yang memerlukan orang bangun like musical chair, etc rasa macam tak ada siapa nak join. Lepas baca messages dalam WA group, terus dapat idea buat soalan trivia - soalan-soalan tentang kehidupan kita orang kat ATPN dulu. So, plan 15 soalan dan siapkan hadiah. Bila kumpul-kumpul dengan AJK yang lain, memang lebih daripada cukup. Berjaya bakar semangat Linda untuk datang reunion lepas dia backed-out last week. Aisey... event happening macam reu

Cerita Minggu Lepas

Seminggu tak update. Agak busy sebenarnya. Siapkan satu lagi cushion cover. Lepas tu kemas-kemas tote bags nak bawa ke reunion pada hari Sabtu. Adalah sikit-sikit kerja untuk aktiviti reunion. Benda kecil-kecil - buat dan print tag untuk door gift, pikir nak buat game apa untuk hilangkan kebosanan (bosan ke?) masa reunion nanti... Sambil-sambil tu study step-by-step tutorial untuk buat peasant blouse. Tutorial tu ajar ukur badan  sendiri dan lukis pattern. Tapi jadi agak besar pulak. Tak apa, guna kain murah untuk test. Lepas ni nak alter pattern dan cuba jahit betul-betul. Kena kecilkan sikit size dan panjangkan lengan. Last Friday (24 Nov) was Aliyah's last day of school. Last day of her being a Form 4 student. Aduhh.. as usual, benda-benda macam ni selalu buat Mommy dia sebak 😢. Next year she'll be in Form 5. Her last schooling year.  Haha... muka sembab dah lama tak pergi sekolah. Kasut semua dah siap basuh dan simpan. Kena keluarkan balik! Lain-lain kejadi

Past Days

Minggu ni anak comel tak sekolah. Sambil-sambil menjahit, sempat keluar dengan dia. Mostly for breakfast and lunch yang melajak kepada merayap dan tengok wayang. Tapi dinner rajin pulak masak😍. Sekarang late afternoons till night hujan memanjang turun. Memang patut sangat dinner di rumah. Rabu hari tu anak comel tiba-tiba ajak pergi Scrap n Crop. Sejak tahun lepas plan nak pergi tapi tak juga kesampaian. Last year lagi relevant sebenarnya sebab suka buat scrapbook. Tahun ni dah kurang scrapbooking ganti dengan sewing. Tapi pergi jugalah lepas check blog kata they are open. Bila sampai baru tahu yang they operate from home. OK lagi. Tapi pintu depan siap berkunci dengan mangga pulak. Aisey, tak bukak ke? Lepas pusing 2 kali, we left. Tak ada rezeki. Hari Khamis pulak tengok movie kat Alamanda. Asalnya teman anak comel yang nak tengok Thor: Ragnarok. Mommy dia memang tak minat sangat cerita macam tu. Dah prepare dalam kepala - ni sure tido nih! Dah lah sejuk. Tapi sangkaan meleset s

Baby Set & Cushion Cover

Nek Teh berjaya jahit hadiah untuk Muhammad Ilham - pajama pants dan fabric shoes. Last week merayap ke IOI City Mall cari hadiah untuk cucu sedara paling baru ni tapi pulang dengan tangan kosong. Sebab tak jumpa hadiah yang sesuai. Last-last, jahit sendiri😍. Guna kain flannel beli di Spotlight hari tu. Comel betul bila dah jadi seluar dan kasut. Very soft and comfortable fabric. Terus Nek Teh snap gambar dan letak kat Instagram, Carousell, Shoppee dan paling baru eBay😉. Check out lah ya. Kalau nak customise sebagai gift pun boleh. I boleh pack dalam kotak. Semalam project jahit cushion cover pulak. Belek-belek cushion yang dah melepek kat sofa tu. Gunting sikit cushion tu dan sumbat dengan isi perut bantal lama anak comel yang dulu-dulu I guna buat pin cushions. Kasi cushion lama tu kembung semula. Lepas tu belek-belek cushion cover lama dan try ikut. Sekarang dah ada skill baru - jahit buttonholes. Senang saja sebenarnya cuma nak dapatkan mesin tu untuk jahit at the very ex

Pre-Gathering Gathering

Semalam keluar jimba-jimba dengan the usuals - Ies, Jay dan Shake (yang berjaya mencutikan dirinya). Ies ajak teman beli door gifts untuk gathering insyaallah 24/11 ni. Mana lagi kalau tak Nilai 3. Plan lunch di area Giant BB Nilai dulu. Berjaya jugak surprisekan dia orang dengan mengajak Linda join sekali. Memang lama betul tak jumpa. Dekat 1.5 tahun rasanya dia orang tak jumpa! Cuma plan nak surpise tak berapa menjadi. Ingatkan plan meeting point supaya dia orang jumpa secara tak sengaja, tapi Linda pergi merayap kat Mr DIY pulak. Spoil😅. Ies belanja makan di Steak House. I memang dia niat membelanja sebab tolong buat translation excerpt thesis dia yang dia dah selamat viva minggu lepas. Alhamdulillah dah settle kerja thesis PhD dia. Tapi tahun depan dia dah start kerja balik. Ala... kurang kawan nak jimba-jimba hari biasa... Itu aksi "fake lah sangat". Bila jumpa mestilah keluar macam-macam cerita kan😁. Ini sebenarnya sesi perbincangan agenda gathering nanti. Tapi

Bila Duduk Rumah

Anak comel unofficially dah start cuti. Starting this week, dia cuma sekolah sehari seminggu. Semalam kelas dia sekolah, the rest of the week cuti. Biasanya bila SPM start memang begitulah. Bila dia ada rumah, panjang langkah Mommy dia sebenarnya! Ini baru balik dari The Mines. Semalam Spotlight start sale. Bila tengok harga kat website... memang tak boleh tahan. Malam tadi siap tak sabar nak menjelang pagi! Target - kain light canvas yang biasa beli untuk buat bags yang dah turun ke RM8.99 per meter. Flannel lembut turun ke RM15.00 daripada RM29.90/RM39.90. Hasil tangkapan. Belah kiri atas bawah tu dapat kain kat Teewah. Cari cotton yang agak murah. The rest tangkapan daripada Spotlight. Ikut hati mau 3-4 bag bawak balik, tapi sedar diri yang purse tak berapa ada isi 😂! Dapat 2 kain flannel - gambar fox dan cartoon animals tu. Semangat Nek Teh nak cuba jahitkan something untuk Baby Ilham. Tak leh bagitau dulu, takut tak jadi! Semalam pos wristlet yang customer hari tu order

Cucu (Sedara) Baru

Semalam hari yang meresahkan. Memang tak senang duduk dibuatnya. Pagi dapat berita yang Atie masuk wad untuk bersalin. Dah overdue 4 hari sebenarnya. Lepas Asar hantar message pada Kak Ros tanya condition Atie. 8cm, doakan, balas Kak Ros. Dalam jam 6 petang dapat berita Atie dah selamat lahirkan baby boy. Alhamdulillah😍. Lepas Maghrib, dinner awal, dan terus ke Az-Zahrah. Tu belum sampai 3 jam bersalin lagi tu 😅. Ada complications sikit tapi alhamdulillah Atie kuat semangat. Siap compare cerita masa bersalin anak comel dulu. Banyak persamaan 😀. Dah jadi nenek! I am so happy for this wonderful lady. Inilah orang yang paling gembira. And that beautiful baby boy is so lucky to be born into such a loving family. Berebut ankel dan antie nak gomol dia💖. Nek Teh (ehem...) doakan semoga Ilham sentiasa sihat dan membesar menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Yang pasti, jadi permata hati kepada Atok dan Nenek 😊. 

Baby Dress and Repeat Order

Dari semalam cuba jahit first ever baby dress. Jumpa satu free pattern yang nampak macam boleh jahit sendiri ikut steps dalam blog. Dia tak buat video YouTube pulak... kena lah baca betul-betul😅. Yang bagusnya, dia orang ni (I mean the Minah Sallehs yang kaki menjahit ni) baik hati bagi free patterns. Tapi biasanya akan bagi untuk certain age sajalah. Contohnya untuk baby umur 3 bulan. Kalau nak untuk 6 bulan ke atas kena beli. Harga sebenarnya OK tapi sebab US$ bila convert terasa jugaklah! Ini lah hasilnya. Huru-hara sikit sebab:  1) Guna kain perca lebih jahit seluar testing. Kain bukan 100% cotton, so susah sikit nak maneuver. Dah gosok pun alignment asyik lari je. 2) Getah untuk leher dan lengan guna apa yang ada. Getah terlampau besar. Patutnya lengan yang lagi besar dan puffed up.  Tapi OKlah kan untuk cubaan pertama. Ni nak study pattern tu dan cuba besarkan proportionately untuk dapatkan a few sizes. Pagi tadi dapat repeat order untuk bag. Alhamdulillah... Dia