Skip to main content

Cerita Minggu Lepas

Seminggu tak update. Agak busy sebenarnya. Siapkan satu lagi cushion cover. Lepas tu kemas-kemas tote bags nak bawa ke reunion pada hari Sabtu. Adalah sikit-sikit kerja untuk aktiviti reunion. Benda kecil-kecil - buat dan print tag untuk door gift, pikir nak buat game apa untuk hilangkan kebosanan (bosan ke?) masa reunion nanti...

Sambil-sambil tu study step-by-step tutorial untuk buat peasant blouse. Tutorial tu ajar ukur badan  sendiri dan lukis pattern. Tapi jadi agak besar pulak. Tak apa, guna kain murah untuk test. Lepas ni nak alter pattern dan cuba jahit betul-betul. Kena kecilkan sikit size dan panjangkan lengan.

Last Friday (24 Nov) was Aliyah's last day of school. Last day of her being a Form 4 student. Aduhh.. as usual, benda-benda macam ni selalu buat Mommy dia sebak 😢. Next year she'll be in Form 5. Her last schooling year. 
Haha... muka sembab dah lama tak pergi sekolah. Kasut semua dah siap basuh dan simpan. Kena keluarkan balik!

Lain-lain kejadian di sekitar rumah:
Masa tengah tunggu Aliyah ambil barang tertinggal kat rumah sebelum dia pergi hangout dengan kawan-kawan, ternampak makhluk ni tengah baik punya tidur dalam longkang! Bila panggil dia menyahut. Tapi muka bengang je!
 Buah kacang botol akhirnya dah cukup besar untuk dipetik!
Ok, it's kambas. Not peria katak. Bila pokok dah naik sebenarnya terlupa - I tanam peria katak ke kambas 😂. 
Musim hujan sekarang ni pokok pudina ni gembira membesar. Kalau buat laici soda sedap ni...

Comments