Skip to main content

ATPN88 Reunion

Akhirnya tiba juga 25 Nov. Berbulan rasanya Ies dan Jay start plan dan pilih tarikh. Reunion kali ni rasanya yang ke-3 sejak kita orang tinggalkan ATPN pada tahun 1988. Lain-lain gathering kecil-kecil atau yang combine dengan budak ATDI tak kira. Basically, AJK majlis - Jay, Ies, myself, Shake dan Linda. My contribution tak lah banyak. Volunteer untuk design dan print tags untuk ikat pada kotak bunga telur.
Inilah tagnya...

Lepas tu kena plan games. Takut ada yang bosan masa hi tea, walaupun kebarangkalian tidaklah tinggi😄. Nak buat aktiviti yang memerlukan orang bangun like musical chair, etc rasa macam tak ada siapa nak join. Lepas baca messages dalam WA group, terus dapat idea buat soalan trivia - soalan-soalan tentang kehidupan kita orang kat ATPN dulu. So, plan 15 soalan dan siapkan hadiah. Bila kumpul-kumpul dengan AJK yang lain, memang lebih daripada cukup. Berjaya bakar semangat Linda untuk datang reunion lepas dia backed-out last week. Aisey... event happening macam reunion kawan satu asrama takkan nak dilepaskan 😇.

Lepas settlekan my mother, siap-siap dengan anak comel, jumpa Linda di Haji Tapah. Hubbs tinggal rumah for the weekend. Lepaskan anak isteri daripada kandang😅. Right after, terus ke Kinrara Resort. Sampai sana dalam jam 11 pagi terus tuju pool. Boleh agak dah Ies dan Jay ada kat dalam tu! Lepas tu siapkan door gifts, finalise soalan trivia, selesai Zohor terus ke venue.
 Dewan yang agak besar. Seating untuk 50 orang walaupun kehadiran dalam 40 termasuk kids.
AJK tengah check venue. Yang baju kelabu kat tengah tu kerjanya test makanan 😏!

Our friends started to come at around 2.30pm. Lepas sorang, sorang sampai. Setiap kali sorang sampai, memang menjerit yang di dalam dewan! Peluk, cium tu jangan cerita lah. Our last reunion was in 2014 at Bangi Golf.
Mula-mula penuhkan satu meja dulu. Lepas tu bertaburan buat geng kat meja lain.
Ini contoh kekecohan yang berlaku. Uiihhh... kat belakang siap kirai tudung nak beli!
Masa ni dah ramai yang datang. Pot pet pot pet sambil makan.
Dibah emcee of the day. Yang ni sumbangan hasil collection untuk sahabat kami Ieya yang tidak sihat. Semoga Ieya sembuh sepenuhnya daripada penyakitnya. Aminn...
Ada slot pengisian jugak. Mize baca doa dan bagi short tazkirah.
Masa ni I tengah paksa Lela cakap Tamil. Hahaha... cakap Tamil berhabuk rupanya kawan kita orang ni!
Uiii... tengah ukur gelang emas sapa paling tebal!
Kawan yang lama sangat menghilangkan diri akhirnya datang. Bila Toncet masuk dewan, Jay pasang bunyi kompang😆
Sesi soalan trivia. Adoii... entah apa yang berlaku I pun tak tau. Ini soalan paling susah tak ada siapa boleh jawap kot!
Kulat busut dengan kulat roti tengah catch up😁. Dulu-dulu kita orang berdua peminat kartunis Kulat!
Mereka-mereka yang dapat hadirkan diri. Rasanya dalam 28 orang. Allah... memang happy betul dapat jumpa kawan-kawan yang sama-sama membesar di asrama Yayasan Selangor. We were together 1984-1988.
Geng sekolah Sri Aman, PJ
 Yang ni pulak geng sekolah CBN
Yang ni spesis terancam - geng sekolah Pavilion😂. Ye la kan, BBGS kan dah kena roboh! 

Alhamdulillah, the event was a success. Berjaya kumpulkan kawan-kawan dan rapatkan ukhwah. Lepas habis event, rasa penat betul. Padahal tak buat apa pun! AJK tidur di Kinrara Resort, sekali dengan Eda. Malam belasah saja makanan yang ditapau masa hi tea tadi. Banyak betul leftovers. Maklumlah, bila dah berborak sebenarnya cepat kenyang. Angin masuk!

Esoknya, lepas breakfast sesi berendam dan bersiram di pool.
Mak ai, punyalah sejuk...
Geng Makcik Bawang tengah kupas bawang 😁
Anak comel cukup suka ikut aunty-aunty ni semua.

Insyaallah ada plan untuk rapatkan lagi silaturrahim dan kalau ada peluang, nak tubuhkan committee untuk jaga kebajikan sesama kawan. Tengah fikir ni. Memang kena buat post-gathering gathering pulak lepas ni! Tunggu cerita reunion habis dulu dalam WA group.

Kredit: Gambar daripada kawan-kawan😍

Comments