Skip to main content

Past Days

Minggu ni anak comel tak sekolah. Sambil-sambil menjahit, sempat keluar dengan dia. Mostly for breakfast and lunch yang melajak kepada merayap dan tengok wayang. Tapi dinner rajin pulak masak😍. Sekarang late afternoons till night hujan memanjang turun. Memang patut sangat dinner di rumah.

Rabu hari tu anak comel tiba-tiba ajak pergi Scrap n Crop. Sejak tahun lepas plan nak pergi tapi tak juga kesampaian. Last year lagi relevant sebenarnya sebab suka buat scrapbook. Tahun ni dah kurang scrapbooking ganti dengan sewing. Tapi pergi jugalah lepas check blog kata they are open. Bila sampai baru tahu yang they operate from home. OK lagi. Tapi pintu depan siap berkunci dengan mangga pulak. Aisey, tak bukak ke? Lepas pusing 2 kali, we left. Tak ada rezeki.

Hari Khamis pulak tengok movie kat Alamanda. Asalnya teman anak comel yang nak tengok Thor: Ragnarok. Mommy dia memang tak minat sangat cerita macam tu. Dah prepare dalam kepala - ni sure tido nih! Dah lah sejuk. Tapi sangkaan meleset sama sekali. Habis tengok siap hantar message kat Hubbs - "I take back my words. Thor best!" 😆. To sum it up - fun, funny and awesome! Apparently the reviews were good. Oleh kerana I kata best, dan oleh kerana ianya datang daripada seorang Mommy yang tak ikut cerita-cerita Marvel superheroes, esok we are going to watch it again. Dengan alasan nak teman Hubbs tengok!

Anyway - cerita minggu ni:
 Atie hantar gambar baby Ilham pakai kasut yang Nek Teh dia jahit 😍.
 Kain flannel ni beli kat Nilai 1 dua bulan lepas. Flannel ni nipis sikit banding dengan flannel di Spotlight. Oleh sebab sekarang selalu sejuk, plan nak buat pajama pants untuk diri sendiri. Baru saja download dan print pattern lounge pants baru yang bercantum - seam cuma di tengah, tepi seamless. Bila tengok size guide, I pakai XL ke? Ish, ish... tapi guntinglah juga. Bila siap jahit seam - alamak, too big. I pakai M kot sebenarnya. Berjaya jual seluar ni pada Ies 😅. Cuma bayar harga kain saja, upah jahit free! Tapi terpaksa tambah kain kat bawah sebab Ies tinggi. Harap-harap dia pakai selesa dan maafkan jahitan huru-hara kawan dia yang baru belajar menjahit ni!
Dua cushion cover dah siap! Tengah nak buat satu lagi untuk satu lagi cushion yang kehilangan teman. Mana tah pergi satu lagi😐? Rumah ni cushions selalunya in pairs.
 Pokok kacang botol dah mengeluarkan buah yang pertama! Yeayy... tapi pokoknya agak kurus. Tak sesuai tanam dalam pasu kot.
Ini pokok peria/kambas. Agak meriah dengan bunga. Harap-harap dapat makan buah peria/kambas fresh!
Rezeki yang tidak disangka-sangka daripada Allah. I jenis yang tak berapa suka check postbox. Dulu-dulu sebab menyampah dapat surat mintak bayar hutang daripada bank. Tak reti-reti kan orang cakap tak de duit 😩. Lepas berjaya membayar hampir semua hutang, masih tak suka check postbox sebab surat I memang tak ada. Tapi pagi semalam rajin pulak check surat. Rupanya dapat cheque. Insurance yang I beli masa mula-mula kerja dulu, dan yang I pernah withdraw duit masa susah dulu, dan berhenti bayar premium bertahun-tahun yang lepas, dah matured rupanya. Walaupun tak banyak berbanding dengan amount yang I patut dapat kalau consistent bayar monthly, amount tu memang mewah lah untuk I😊. Yeayyy... dah plan dengan anak comel minggu depan nak merayap pergi Ikea. Perhaps boleh pergi Spotlight gak beli kain lagi!

Comments