Skip to main content

Corat-coret Reunion

Our WA group masih belum move on lagi dengan cerita-cerita zaman sekolah. Sesekali ada jugak masuk topik reunion hari tu. Alhamdulillah... semua happy dan ucapkan tahniah kepada pihak penganjur. Credit of course goes to Ies and Jay yang banyak susah-payah plan dan kerja keras event hari tu. Job well done lah you two!

I yang tolong sikit-sikit ni pun dapat juga tempiasnya 😇. Paling terharu sebenarnya bila kawan-kawan ucap terima kasih on my part yang organise small charity work. I arranged for Nurkasih Charity untuk datang pick up baju-baju terpakai. Kira hari tu dekat 10 beg besar juga dapat kumpulkan. Alhamdulillah... sebenarnya kerja mudah saja. Remind kawan-kawan bawak baju terpakai yang masih elok dan arrange pick up supaya datang tepat pada masanya ✌. Semua hujung jari saja.

Ni ada corat-coret pasal reunion hari tu yang agak terkesan di hati💖:

1) I sebenarnya bertahun-tahun nak jumpa kawan satu sekolah dulu - Linda Hanet. A few years ago tiba-tiba teringat yang masa Form 5 dulu I pernah hutang dia seringgit. (Ehem, zaman dulu seringgit tu banyak tau!) Ceritanya macam ni: kat sekolah dulu, setiap Jumaat tengahari kena pergi perjumpaan Persatuan Pelajar Islam. Pelajar Islam dikumpulkan rasanya 2 kelas untuk satu group. Group I combine dengan kelas my best friend Mas. Dan tempat perjumpaan selalunya di kelas I. Aktivitinya? Tazkirah. (Bayangkan tazkirah tengahari Jumaat 💤). Satu hari tu daripada jauh dah nampak Ustazah tengah berjalan menuju kelas. Perut lapar berbunyi-bunyi. I cakap kat Mas:
"Mas, kau lapar tak?"
"Ha ah la, lapar jugak ni."
"Mas, aku teringat kat ayam goreng Aunty kantin."
"Aku pun. Sedapnya..."
"Jom kita gi kantin!"
"Jom!"
Lalu kita orang berdua terus ambik beg dan keluar dari kelas ikut pintu belakang, ngam-ngam Ustazah langkah masuk kelas pintu depan, dan terus jalan cepat-cepat menuju kantin. Tapi sebelum keluar tu, I sempat pinjam seringgit dengan Linda Hanet yang duduk kerusi depan sebab dalam poket tak de duit! Adoiii... naughty betul lah kita orang dulu! (Semoga anak comel tak ikut perangai nakal Mommy dia 😅...)

Reunion hari tu dapat jumpa Linda dan I bayar hutang seringgit tu. Hehehe... dia punyalah tak nak tapi I paksa jugak dia terima!
Linda yang berdiri on my right. Lega rasa weh dah bayar hutang orang yang tertunggak puluh tahun!

2) Salah satu daripada soalan trivia yang kita orang buat ialah "Siapakah nama pakcik driver bas Sri Aman?". Semua orang tak ingat! Mas kata - Pakcik Sabri. Musykil betul. Mana punya Pakcik Sabri dia ingat ni!

I memang ingat sangat muka pakcik driver tu. Maklumlah, bertahun-tahun dia bawak kita orang pergi-balik sekolah. Pakcik tu memang baik dan sporting. Tapi kadang-kadang dia naik angin jugak dengan kita orang yang nakal ni. Paling best, hari Jumaat kalau tak ada perjumpaan Persatuan Pelajar Islam, I dengan geng duduk belakang bas akan tunggu bas kita orang tu sampai sekolah untuk hantar budak-budak junior sekolah petang. Biasanya dia akan pergi solat Jumaat dan datang balik pick up kita orang yang sekolah pagi ni untuk balik asrama lepas solat. Masjid yang dia selalu pergi tu dekat dengan 7-Eleven. Kita orang akan naik bas dan cakap kat pakcik tu yang kita orang nak ikut. Biasanya dia bagi je. Kalau tak bagi pun, bukannya kita orang dengar cakap 😆.

Sementara pakcik tu pergi solat Jumaat, kita orang akan pergi 7-Eleven beli slurpee. Lepas tu duduk borak-borak dalam bas sampailah pakcik selesai solat. Tak pergi mana pun! Masa reunion, ada sorang yang dapat jawab soalan siapa nama pakcik tu - orang paling tahu banyak perkara iaitu Rose. Nama pakcik driver kita orang tu ialah Pakcik Hamid. Allah... teringat kat dia. Banyak betul pahala dia drive kita orang pergi-balik sekolah bertahun-tahun. Jauh weh dari Kampung Pandan pergi Petaling Jaya. Masa kita orang ambik SPM, hari-hari dia nasihat dan cakap selamat berjaya. Semoga Allah berikan dia setinggi-tinggi ganjaran atas kebaikan dia.
Ini antara soalan trivia yang kita orang perah otak fikir!

3) Bila dah balik rumah Ahad lepas, dan lepas belek-belek gambar, I terjumpa satu video yang tak sengaja terambik. Adoiyai lawak! Masa tu ambik wefie para AJK yang tengah pastikan semua benda ready sebelum kawan-kawan mula datang. Tak sedar tangan tertekan button video instead of camera. Kikiki... 😂.
Hahaha... cheese, smile, 123!

4) Jay did an excellent job sebagai AJK Audio. Dia download lagu-lagu rock 80an yang famous masa kita orang Form 5 dulu. Throughout the event, lagu-lagu tu memang membangkitkan nostalgia. Ada masanya, sambil-sambil borak tu tiba-tiba ada satu lagu best keluar, terus senyap kejap. Pas tu dok fikir, eh ni lagu apa ha? Adoiii makcik-makcik semua daya ingatan dah tak kuat! Jay plan untuk pasang lagu Warisan dan ajak semua orang nyanyi lepas baca doa. Tapi disebabkan kawan-kawan datang tak serentak, dia tak jadi pasang.

Lagu Warisan ni lagu wajib nyanyi setiap pagi masa Form 1 dan Form 2, lepas aktiviti pagi. Bila dah naik Form 3 sampai Form 5, nyanyi hari Ahad saja sebelum kerja bakti. Dulu-dulu nyanyi saja tak hayati pun lirik lagu. Bila sampai hujung pulak pakat nyanyi kuat-kuat. Sekali dengar macam bersemangat. Tapi sebenarnya sebab dah hujung lagu, nak cepat naik atas pergi minum pagi!

Masa reunion tu, lepas Dibah sebagai emcee close event, Jay pasang lagu Warisan. Masa dia pasang pilih-pilih versi kat dalam bilik sebelum event tak rasa apa pun. Tapi bila dah jumpa kawan-kawan terus rasa sayu dan sebak pulak. Masing-masing secara automatik terus nyanyi sama-sama😍.

Ini versi paling sedap. Adibah Noor nyanyi kot? Macam suara dia.

Comments