Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Day 2: Malang-Kota Batu

Destinasi seterusnya ialah Kota Batu. Masih dalam kawasan pergunungan yang udaranya sejuk dan segar. Memandangkan I dah lama tak ke Cameron Highlands, agaknya macam tu kot. Atau Genting Highlands. Udara nyaman tapi tak perlu pakai baju tebal. Suhu dalam 19०C. Kami ke Agrowisata Batu untuk melawat ladang buah-buahan. Buah yang popular di sini ialah epal. Atau "apel" mengikut ejaan di sana. Setiap kumpulan pelancong yang datang akan ada seorang dedicated tour guide yang akan bagi penerangan tentang cara tanaman dan bawa melawat kawasan ladang. Boleh petik buah-buahan sendiri. Tapi ada kuota - hanya 2-4 biji boleh dibawa pulang. Kami petik strawberries, pink guavas dan apples. Sayuran pun diberi juga. Kami dapat tomatoes hari tu😀.  Lepas melawat ladang, dapat makan pancakes dengan strawberry ice cream topping, juga milkshakes dan yogurt drink. Kenyang terus! Ini kebun strawberries. Strawberries tak suka hujan rupanya. Kurang buah. Kalau panas banyak buah. Macam tu pulak y

Day 2: Savannah & Pasir Berbisik

Lepas turun, regroup, kami kembali ke jeep dengan kuda yang sama. Kali ni dah pandai sikit balance badan atas kuda. Destinasi seterusnya dipanggil savannah. I baca ada orang panggil Bukit Teletubbies. Keadaan jalan untuk ke sana sama macam sebelumnya - beralun-alun. Masa ni masa hampir jam 8.30 pagi. Matahari dah mulai terik. Dah rasa hangat sikit jadinya dah boleh buka satu lapis baju dan fleece jacket. Tapi udara tetap nyaman. Dalam perjalanan lalui lagi padang pasir hitam yang sangat luas. Itulah yang dipanggil Pasir Berbisik. Orang kata kalau betul-betul dengar, bunyi tiupan angin membawa pasir tu macam bunyi orang berbisik. Tapi sebab tanah lembab sikit, tak ada bunyi bisik tu. Sebenarnya bagus juga sebab kalau berdebu dan berpasir kena pakai face mask. Kami tak singgah Pasir Berbisik. Lalu saja. Savannah satu tempat yang sangat, sangat indah dikelilingi oleh bulatan gunung yang menghijau. Lawatan ke Bromo biasanya akan diakhiri dengan stopover di sini. Siapa yang kaki ambil g

Day 2: Bromo

Bromo - tempat menyeksa diri dan perasaan. Bila teringat balik kadang-kadang tangan rasa ngilu-ngilu dan mula berpeluh! Sampai di Bromo jeep kami park di belakang satu garisan. Semua jeep cuma boleh sampai di situ saja. Nampak dari jauh Gunung Bromo megah dengan kepulan asap putih di bawah matahari pagi. Jauhnya dalam 2km. Ada 2 cara nak ke sana. Sama ada jalan kaki atau naik kuda. Kami yang sangat adventurous ni memilih untuk naik kuda. Memang lebih cepat sampai tapi untuk I itu kali pertama naik kuda. Yang naik suka-suka keliling bulatan tu pun akak korang ni tak pernah cuba, ini naik merentasi padang pasir, lepas tu naik turun bukit yang ada rekahan yang dalam bekas laluan lava gunung berapi. Kuda ditarik oleh penjaganya. Berlari-lari penjaga tu, jadinya ride agak laju. Kuda I naik tu namanya Freddy. Macam hyper sikit asyik goyang-goyang kepala. Aduhh.. perut kecut dibuatnya. Dahlah struggle nak balance badan, laju pulak tu. I tanya penjaganya - kuda ni marah ke? Penjaganya kata

Day 2: Penanjakan

Perjalanan bermula dengan menaiki jeep ke Gunung Penanjakan. Ada juga orang jalan kaki tapi sangat jauhlah. Dan berdebu. Bagusnya sehari sebelum hujan turun, jadi persekitaran kurang berdebu. Dah namanya pun naik jeep kenalah bertabah dengan kondisi perjalanan yang sangat mencabar. Kau nak pegang mana pun tak tau sebab melambung-lambung dalam jeep. Lepas kawasan yang beralun-alun, naik gunung pula. Gradient lebih daripada 45 darjah mungkin. I pandang je Jay yang mula-mula duduk saling berdepan. Selang beberapa minit dia dah beralih ke belakang! Hehehe...  Dalam jeep. Bertabahlah wahai badan😅. Perjalanan tak sampai sejam. Kami perlu jalan kaki jauh sikit ke atas sebab berpuluh-puluh jeep dah park di tepi jalan. Ada gerai makan dengan unggun api untuk panaskan badan. Kami solat dan terus hike naik ke puncak. Suhu sangat sejuk dan suasana gelap. Jadi, bawalah lampu suluh. Tiba di atas tak tau nak expect apa sebab tak nampak apa-apa kecuali bulan. Ada orang offer sewa tikar untuk

Day: 1 - 2: Menuju Bromo

Dari Madakaripura kami terus ke Bromo. Pakaian yang lembab tidak ditukar. Masing-masing punyalah malas. Perut berkeroncong minta diisi tapi dijanjikan makan bila sampai di Bromo. Supir berhenti di Indomaret untuk kami beli roti dan minuman untuk bekal esok. Dapatlah alas perut. Maka bermulalah perjalanan melalui jalan berliku-liku menaiki kawasan pergunungan. Hari gelap walaupun jam baru 6.30 petang. Memang tak nampak sangat apa yang ada di sekeliling. Yang pasti, jalan asyik menegak dan engine Avanza mengaum-ngaum membawa kami yang berat ni naik gunung😂. Setelah hampir sejam, kami sampai. Sepanjang perjalanan ada saja orang buat "roadblock". Supir kami abaikan saja. Cuma bila dah sampai di atas baru dia berhenti bila ada sekumpulan orang tahan. Suspen juga. Rupanya memang mereka yang menunggu tetamu berkumpul di situ. Wakil homestay akan lead the way bawa tetamu ke tempat penginapan. Kami menginap di Tony's Homestay. Homestay comel 2 bilik dengan attached bathroom.

Day 1: Air Terjun Madakaripura

Masa buat research sebelum ke Surabaya ada orang kata - bawa bekal sekurang-kurangnya roti untuk dimakan dalam perjalanan. Dalam kepala fikir kenapa perlu bawa bekal? Singgah sajalah makan. Takkanlah tak jumpa gerai atau kedai. Tapi I ni memang selalu bawak oat biscuits dalam beg. Just in case... Sekarang dah alami sendiri meh la akak korang ni nak bagi nasihat - sila bawa bekal makanan dan minuman untuk alas perut dalam kereta. Kenapa? No 1: Macet! Jalan selalunya jam. Perjalanan juga jauh dari satu tempat ke satu tempat. No 2: Supir tak berapa nak layan kalau kau sibuk nak makan. Bukan bermakna supir tu tak bagus. Sebenarnya mereka orang yang jujur. They have the obligation to make sure you arrive at the destination at the designated time. Dan mereka akan pastikan itinerari ikut yang ditetapkan. Bagi mereka itu lagi penting daripada layan kau memekak kat belakang cakap perut kau lapar!😂 Perjalanan ke Probolinggo ambil masa dekat 3 jam rasanya. Macet sebab Indonesia cuti hari Jum

Day 1: Surabaya Here I Come!

Akhirnya D-day tiba! Lama tak travel jadinya hati agak excited. Hubbs hantar ke KLIA2 dalam jam 5.45 pagi. Subuh di sana. Walaupun flight jam 9.05 pagi, terpaksa datang awal sebab Hubbs kena hantar Aliyah sekolah. Bagus juga sampai awal. Buat apa-apa pun dalam mode slow motion😄. Termasuklah aksi menarik beg. Hati excited tetapi bercampur-baur. Kalau dah hari-hari buat benda yang sama, sehari ditinggalkan rasa bersalah pula. Lalu bercakap kepada diri sendiri - I need the break. I deserve the break. Lalu bermulalah waktu liburan pengubat jiwa. Mulai saat itu sehingga 5 hari mendatang, tanggungjawab aku hanyalah kepada diri aku sendiri. Aku tak perlu fikirkan tentang hal orang lain yang perlu aku jaga. Hanya aku. Kalau jatuh, aku bangun sendiri. I am on a break. Bridge menghala Balai Pelepasan pada jam 6.30 pagi Flight delay. Jam 9.45 pagi baru berlepas. Entah apa yang ditunggu tak tahulah. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam 20 minit. Setelah mengutip habuk yang agak tebal, buku W

Kelas / Seminar Tajwid Menjelang Ramadhan

Seminar Tajwid datang lagi 😇. DAFTAR SEKARANG - DAH BUAT PREPARATION UTK 'PULUN' BACA QURAN RAMADHAN INI? Takkan asyik nak 'repeat' kesalahan tajwid yang sama kan ? Jika anda nak polish ilmu tajwid yang agak berkarat, Jom sertai Seminar Tajwid Luarbiasa yang bakal diadakan di 4 lokasi 'khas' sempena ramadhan ini : Melaka ( 29 & 30 April 2017 ) Johor ( 5 & 6 Mei 2017 ) Shah Alam (12 & 14 Mei 2017 ) UKM Bangi (20 & 21 Mei 2017 ) Dalam 2 hari, kami akan bagi 'crash-course' agar anda kuasai ilmu tajwid yg penting-penting agar bacaan Al-Quran Ramadhan ini lebih mantap. Agar anda baca Al-Quran dengan lebih yakin. Yakin yg salah tajwidnya dapat dielakkan. Bacaan Al-Qurannya lebih teratur. Pahalanya lebih berganda. P/S : Jangan lupa kongsikan dengan sahabat dan saudara anda yang mahu fahami semua ilmu tajwid. Semoga usaha baik anda untuk menyebarkan perkara ini mendapat ganjaran dan pahala yang berlipat ganda 📩Info lanjut &am

Recuperating from an Adventure

I'm back people! The trip was to Surabaya-Bromo-Malang-Kota Batu-Surabaya. Jay bought the tickets so long ago I thought the day would never come! We went, we conquered, we tortured ourselves, we did things we never dreamed we would do (in normal or "sane"circumstances) and we survived. Most importantly, we enjoyed ourselves. It truly was an adventure. I'll be writing about it. And share some tips for you brave souls who might want to take up the challenge. I thought I prepared myself (ok, actually I didn't research enough!), but seemed the preparation was not sufficient. Especially physical preparation. Being fit would have made some of the adventure much more "enduring". It's going to take some time to tell my story. So, photos first! Jay bought tickets for 5 but only 3 could make it  Our itinerary was quite packed. After touched down at Juanda Airport we went straight to Madakaripura Waterfall.  We have a bee amongst the roses. Jay