Skip to main content

Day 1: Air Terjun Madakaripura

Masa buat research sebelum ke Surabaya ada orang kata - bawa bekal sekurang-kurangnya roti untuk dimakan dalam perjalanan. Dalam kepala fikir kenapa perlu bawa bekal? Singgah sajalah makan. Takkanlah tak jumpa gerai atau kedai. Tapi I ni memang selalu bawak oat biscuits dalam beg. Just in case... Sekarang dah alami sendiri meh la akak korang ni nak bagi nasihat - sila bawa bekal makanan dan minuman untuk alas perut dalam kereta.

Kenapa? No 1: Macet! Jalan selalunya jam. Perjalanan juga jauh dari satu tempat ke satu tempat. No 2: Supir tak berapa nak layan kalau kau sibuk nak makan. Bukan bermakna supir tu tak bagus. Sebenarnya mereka orang yang jujur. They have the obligation to make sure you arrive at the destination at the designated time. Dan mereka akan pastikan itinerari ikut yang ditetapkan. Bagi mereka itu lagi penting daripada layan kau memekak kat belakang cakap perut kau lapar!😂

Perjalanan ke Probolinggo ambil masa dekat 3 jam rasanya. Macet sebab Indonesia cuti hari Jumaat untuk Good Friday. Selesai lalu jalan town, masuk jalan kampung berbelok-belok pulak. Tapi tenang mata memandang tengok sawah padi, dusun dan kebun sayur. Cuaca pun semakin sejuk.

Air Terjun Madakaripura terletak dalam lingkungan Taman Nasional Bromo Tengger. Tempatnya jauh ke dalam, penuh mistik dan sejarah. Dikatakan ianya tempat istirehat terakhir pembesar Majapahit, Gadjah Mada. Air terjun Madakaripura ni ialah yang ke 2 tertinggi di Indonesia. Ketinggiannya dalam 200 meter.

Tiba di Madakaripura kami solat dulu. Ada bilik air dan surau serta gerai makan. Untuk ke air terjun kena ambil guide atas faktor keselamatan. Mereka adalah experts. Tahu mana air dalam, mana ada batu dan bagusnya mereka sendiri offer untuk tolong ambil gambar. Lokasi air terjun lebih kurang 2km ke dalam dan perlu naik ojek - motor yang dibawa oleh penduduk di situ. Perjalanan ambil masa 5 minit tapi melalui jalan tanah merah yang beralun-alun. Sepanjang perjalanan mata terpaku tengok keindahan luar biasa gunung yang menghijau dengan sawah padi bukit. Mungkin perjalanan rasa agak tidak selesa tetapi worth it.
 Entrance air terjun ada patung Gadjah Mada
Masa ni dah rasa sejuk. Jam 4 petang tapi dah macam jam 6. Tengoklah pakaian masing-masing. Memang tak sesuai!

Daripada entrance kami perlu berjalan menuju air terjun. Senang cerita macam hiking juga. Dekat 1km. Elok pakai selipar getah atau crocs sebab tanah lembab dan banyak tempat yang ada air mengalir. Kalau tak nak baju basah kuyup, bawak baju hujan. Tapi beli dekat situ pun boleh. Murah jugak.
Lalu jambatan buluh...

Sepanjang perjalanan mula terasa macam gerimis. Titisan air daripada atas kawasan pergunungan. Mist. Dari jauh dah mula nampak air terjun tersorok di celah-celah gunung. Bila sampai... Masyaallah, tak boleh nak gambarkan. Heaven on earth mungkin description paling tepat.
Pakai baju hujan sebab tak nak lencun. Tapi rasa nak bukak dan nikmati limpahan air yang turun. Tips - guna dry bag untuk simpan barang kalau tak nak basah. Untuk phone, gunalah plastic case. Ada dijual di entrance. Errr... kalau guna S7 Edge, selamba je ambik gambar dalam air😝
Pergunungan kawasan air terjun membentuk satu bulatan dan air turun dari sekeliling. Kalau hari panas pelangi boleh terbentuk. Kami orang terakhir yang sampai. Selepas itu hanya kami. Tiada orang lain di situ selain kami di tempat antara paling indah dalam dunia. 
Ciptaan Tuhan yang terlindung di celah pergunungan

Air yang mengalir ke hulu sebenarnya sedikit keruh. Guide kata semalamnya hujan lebat dan air naik. Memang nampak kesannya. Kami sebenarnya tak sampai betul-betul di bawah air terjun paling tinggi. Kena panjat sikit batu untuk ke sana. Hajat dihati memang nak panjat saja batu tu sebab air terjun terakhir cuma di sebelah batu tu. Tapi jeans basah dan berat. Kasut getah pun dah licin dengan air dan pasir. Tak jadi.

Lama juga kami habiskan masa di situ. Rasa terpaku dengan keindahan tempat tu macam gelombang. Tak habis-habis! Tapi hari mula gelap. Hati pun mula rasa lain macam😅. Madakaripura telah sentuh hati kami. Ada sesuatu magikal tentang Madakaripura yang kami bawa pulang.

Next: Day 1-2 - Menuju Bromo

Comments