Skip to main content

Day 2: Malang-Kota Batu

Destinasi seterusnya ialah Kota Batu. Masih dalam kawasan pergunungan yang udaranya sejuk dan segar. Memandangkan I dah lama tak ke Cameron Highlands, agaknya macam tu kot. Atau Genting Highlands. Udara nyaman tapi tak perlu pakai baju tebal. Suhu dalam 19०C. Kami ke Agrowisata Batu untuk melawat ladang buah-buahan. Buah yang popular di sini ialah epal. Atau "apel" mengikut ejaan di sana.

Setiap kumpulan pelancong yang datang akan ada seorang dedicated tour guide yang akan bagi penerangan tentang cara tanaman dan bawa melawat kawasan ladang. Boleh petik buah-buahan sendiri. Tapi ada kuota - hanya 2-4 biji boleh dibawa pulang. Kami petik strawberries, pink guavas dan apples. Sayuran pun diberi juga. Kami dapat tomatoes hari tu😀.  Lepas melawat ladang, dapat makan pancakes dengan strawberry ice cream topping, juga milkshakes dan yogurt drink. Kenyang terus!
Ini kebun strawberries. Strawberries tak suka hujan rupanya. Kurang buah. Kalau panas banyak buah. Macam tu pulak ye...
Itu tour guide kami yang comel. Dia kata dia suka dengar kami berbual. Dia tanya "comel" tu apa. Kami kata "cute". Dalam bahasa Indonesia, "lucu" tu comel. Ooo....😆
Kawasan ladang apple yang dah dicantas. Nak maintain ketinggian pokok dan supaya bunga baru akan tumbuh. Nampak bunga baru nak mula berputik. Cantik macam cherry blossoms. 
Punyalah seronok petik pink guava. Tamak tau nak cari yang besar je!
Nak patah gigi makan apples. Yang baru petik keras. Kota Batu ialah pengeluar apple paling besar. Siap export lagi. Yang menarik, hasil buah-buahan daripada ladang dia orang buat kerepek or "kripik" as they say. I beli "kripik apel" bawak balik punyalah sedap. Mana nak cari?
Dah penat melawat ladang, balik naik buggy yang panjang.

Sebenarnya masing-masing penat dan tak cukup tidur. Penat naik Bromo belum hilang dah merayau masuk ladang pulak! Melepet je dalam kereta. Lepas jadi pemetik buah, kami makan nasi padang dan terus check-in ke hotel Kartika Raya. Tanya pada reception kalau ada perkhidmatan urut. Oh, bisa dipanggil datang. 

Malam tu achik-achik bertiga kena urut dengan tukang urut yang badan kecil tapi tenaga macam godzilla. Baru picit betis belah kanan dah rasa nak menangis. Tahan je air mata. Kaki belah kiri pulak bila rasa sakit sangat tu memang macam dah naik je nak tendang dia!😂 Lepas urut dapat makan terang bulan dan martabak telur yang super awesome. Sangatlah awesome sampai gambar pun tak sempat nak ambil! Ish... teringat pulak. Sedap betul lah!

Perut kenyang, badan sakit tapi sedap lepas kena urut... achik-achik tidur lena malam tu...

Comments