Skip to main content

Day 2: Bromo

Bromo - tempat menyeksa diri dan perasaan. Bila teringat balik kadang-kadang tangan rasa ngilu-ngilu dan mula berpeluh!

Sampai di Bromo jeep kami park di belakang satu garisan. Semua jeep cuma boleh sampai di situ saja. Nampak dari jauh Gunung Bromo megah dengan kepulan asap putih di bawah matahari pagi. Jauhnya dalam 2km. Ada 2 cara nak ke sana. Sama ada jalan kaki atau naik kuda. Kami yang sangat adventurous ni memilih untuk naik kuda.

Memang lebih cepat sampai tapi untuk I itu kali pertama naik kuda. Yang naik suka-suka keliling bulatan tu pun akak korang ni tak pernah cuba, ini naik merentasi padang pasir, lepas tu naik turun bukit yang ada rekahan yang dalam bekas laluan lava gunung berapi. Kuda ditarik oleh penjaganya. Berlari-lari penjaga tu, jadinya ride agak laju. Kuda I naik tu namanya Freddy. Macam hyper sikit asyik goyang-goyang kepala. Aduhh.. perut kecut dibuatnya. Dahlah struggle nak balance badan, laju pulak tu. I tanya penjaganya - kuda ni marah ke? Penjaganya kata - tidak... dia happy sebab baru lepas mandi! Ooo... kau cuba jangan suka sangat Freddy ooiii... 😅
Masa mula nak naik. Nervous...

Kalau naik kuda, ingatlah rupa kuda dan penjaga sebab nak balik nanti senang cari. Kuda akan buat beberapa trip pergi balik bawa orang lain pulak. Turun daripada kuda berdekatan dengan entrance, lepas tu jalan sikit untuk ke kaki tangga naik Gunung Bromo. 
 Sebelum naik... Matahari nampak terik tapi udara masih sejuk.
Kau nampak tangga tu? 250 anak tangga nak naik. In between tak ada tempat flat, terus mencanak. Di tepi-tepi ada dalam 5 tempat berhenti kalau tak larat. Tapi nak sampai ke tempat berhenti tu...😖 

Meh la akak korang nak confess ye. I ni sebenarnya gayat. Orang Bangi kata "acrophobia". Tapi bukan semua tempat tinggi I phobia. Yang paling tak tahan ialah tempat yang nampak berpasir atau licin smooth je, macam kebarangkalian nak tergelincir tu sangat tinggi dan kalau tergelincir, kau akan tergolek rolling-rolling tak akan berhenti hinggalah kau sampai kat bawah. Haaa... extreme kan penerangan I? Bromo macam tu lah!

Masa nak naik tangga tu semangat sangat tinggi. Pakcik dah ke depan. Ies dan Jay masih lagi selfie di bawah. I pun dengan semangat bak adiwira yang dah lama tak selamatkan orang terus melangkah naik. Naik tak sampai 10 steps dah mengah. I memang tak berapa fit tapi takkanlah teruk macam tu? Then it occurred to me - it's the altitude plus the cold temperature. Oksigen tak berapa cukup dan suhu sejuk sangat. Lagi-lagi untuk I yang at times ada lungs problem ni. Jadinya, set target - 15 steps berhenti, sambung lagi 15 steps. Masa I naik tu orang tak ramai kat belakang I, so OK lah. Ala, orang lain pun mengah gak!😝 Tapi penatnya, ya Rabbi... Setiap langkah cuba motivate diri sendiri - I can do this. I can do this. Selang-selang dengan Subhanallah.

Tak pasti berapa minit masa diambil untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah berjaya! Langkah pada anak tangga teratas penuh dengan keyakinan diri yang cukup tinggi. Hahaha... Tapi kan... Bila berdiri di puncak, mata tak boleh lari daripada pandang bawah. Tanah yang berpasir dan berdebu buat tapak tangan serta-merta terasa ngilu dan berpeluh. Ada tembok paras pinggang yang memisahkan antara badan I dengan cerun curam yang tiada nampak penghujungnya. Bunyi yang didengar dari bawah tadi semakin kuat. Oh, bunyi datang daripada kawah gunung berapi yang membuak-buak mengeluarkan asap putih. Sesekali boleh nampak warna oren dari kejauhan. Lava mungkin.

Kaki terus tak dapat nak gerak. Kaku. Keluasan untuk bergerak hanya lebih kurang 5 kaki. Cukup untuk dua orang berjalan berselisih bahu. Rasanya kalau ada yang kurang ajar, sekali siku boleh buat seseorang terus menjunam jatuh ke dalam kawah yang bunyinya semakin menyeramkan. Masa tu dalam kepala cuma satu. I have to document this because I have been here. A place no sane person would come! Lalu dengan tangan yang mengigil, terus keluarkan phone dan ambil gambar. Terasa bila-bila masa saja phone boleh terlepas daripada genggaman dan jatuh dalam kawah😓.
Dapat snap ini daripada tepi tembok... Allahuakhbar...
Video bukti akak korang sampai kat puncak Bromo😅. 

I tak tunggu lama. Otak dan badan tak satu hati. Otak kata nak turun. Badan dok kejung di situ. Lalu perlahan-lahan I pusing. Rasa macam berombak-ombak pulak tempat tu. Pasir hitam berdebu buat kaki rasa macam nak tergelincir saja. Otak kata itu perasaan saja. Badan kata - Tidakkkk... I depankan badan dan capai tiang tangga. Nasib baik tak ada orang lalu yang langgar. Dapat capai tiang, terus badan jadi relax sikit.
Bila dah dapat pegang tiang, confident ada strong footing, baru lega. Terus boleh langkah kaki untuk turun. Another 250 steps down! Sayupnya penghujung tangga. Nampak yang berbaju biru tu? Gayat juga tu kot😆.

Perjalanan turun OK saja. Hilang semua rasa gayat. Separuh jalan jumpa Ies dan Jay yang dalam misi untuk naik. Korang experience lah sendiri ye.
 Dua orang ni berani rupanya. Kat atas siap selfie lagi!
Rehat jap. Yang belakang tu orang kata Anak Bromo

Itulah pengalaman naik Gunung Bromo, sebuah gunung berapi aktif yang berketinggian 2,329m. Namanya berasal daripada perkataan Sanskrit mengambil sempena nama Dewa Brahma dalam agama Hindu. Bromo terakhir meletus pada 2015. Tahun lepas ada memuntahkan debu tapi rasanya tak meletus. 

Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan...

Next: Day 2 - Savannah & Pasir Berbisik

Comments