Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Good Day Today

Good day today. Firstly, I completed the Beach Challenge. Hari ni tak pergi jogging pun sebenarnya. Awal pagi tadi hujan jadinya jalan basah. Alasan bagus untuk tidak jogging 😀. Tapi cuma tinggal dalam 4,000++ steps saja lagi, petang lepas kemas garden dan bakar sampah terus dapat badge. Dua bulan tak berjaya complete challenge weh! OKlah, awal 2 hari 💪. My Old Tak Balance shoes. Masih gigih pakai lagi ni! This pair of Karrimor serves me so well these few years. Semalam survey kasut di Al Ikhsan IOI City Mall. Tengah sale sekarang sampai tengah bulan depan. Macam dah tau nak beli yang mana. Tapi nak kena kira duit dalam tabung ayam dulu😅. Satu lagi achievement ialah berjaya siapkan palazzo pants Mizan. Adoiii... lama betul bertangguh. Nak jahit taklah lama mana pun. Kalau slow and steady dalam 2 hari. Kalau rajin dan laju, sehari pun boleh siap. Insyaallah esok nak deliver. Semoga muat dengan selesanya. Bukan apa, Mizan cuma pesan - "alaaa... kau ikut je seluar yang

Back to Sewing Pants

Alhamdulillah Ies punya bags semua dah siap jahit. Guna kain batik tu hingga the benang terakhir 😂! All 5 bags. Yang atas sekali tu ada pockets kat dalam. Yang paling kecik tu untuk isi water bottle. I really enjoyed making these. Lama sangat tak buat tote bags. Yang best the method untuk buat reverseable bag yang dulu rasa susahnya nak buat sebab kena sangat precise, kali ni lalalala saja! Bukan apa, dapat skill untuk adjust kain masa buat pants. Yang penting, use a lot of pins. Akhirnya potong juga kain untuk buat palazzo for my friend Mizan. Lama betul tangguh. Bukan apa, kain ni berat 😅. Guna banyak energy! My orders. Dua dah strike-through. Siap! Yang lain tu work in progress 💪. Kali ni jahit sambil bertemankan alunan piano Yurima. Jumpa secara tak sengaja. Masyaallah, beautiful music 💖!

Challenge Almost Over

July challenge is almost over. I missed the last 2 badges. Kali ni macam susah sikit nak achieve. Algorithm dah tukar sikit kot? Less than 20,000 steps more in 4 days. Insyaallah boleh... Pagi tadi setelah agak lama, berjaya buat 5K. Seksa. Bukan apa, otak asyik nak sabotage saja. Panas lah, nak gi toilet lah... tapi kaki tetap teruskan. Good job legs 😁!  Semalam tak pergi class. Tak da mood. Lagipun tak cukup tidur. Hantar anak comel ke sekolah pun rasa macam melayang-layang. Balik rumah terus tidur. Next week patutnya class dah habis untuk bulan ni tapi rasanya coach nak buat class. My 2 fitness buddies ajak shift ke petang join kelas cikgu-cikgu. Alaaa... I ni kalau petang memang tak keluar rumah dah kot. Pagi paling sesuai. Lepas hantar anak sekolah, settlekan my mother, ngam-ngam timing untuk masuk class 😓. Will see next week how. Tapi rasanya after almost 1 month dah ada improvement. Rasa rajin saja buat workout simple-simple sendiri pagi dan petang. Semalam masa pe

Lama Tak Jahit Tote Bags

Semalam sewing machine bekerja full force 😊. Tiba-tiba tersedar yang banyak orders perlu siapkan. Mula-mula dapat message daripada Nazri lepas I hantar 5 options of fabrics untuk buat pajamas for his daughter. Sekali dia balas - "one each please". So I replied - 5 sets of pajamas? R u sure? He then called to confirm. Apparently daughter dia dah masuk college so need more pajamas. Alhamdulillah atas rezeki dari Allah... So, I got to work. But I am a person easily distracted. Mula-mula dah susun schedule. Nak siapkan palazzo Mizan dulu. Tapi bila belek-belek kain batik Indonesia yang Ies tempah buat tote bags, terus rasa nak jahit bags pulak. Sebab kain dia cantik! So, I made one. Balance kain terus potong sebab Ies suruh habiskan. Bila dah potong dan buat another one tiba-tiba teringat kat "putuku" yang comel. Dapat idea nak buatkan dia that small blanket crinkle toy. Tinggalkan tote bags dan buat research kat YouTube. Lepas tu terus buat crinkle toy tu pulak 😅.

So Be It

Seriously? Thought I wouldn't find out? Banyak lagi cara nak selesaikan masalah. Pasti ada jalan. Kalau bincang betul-betul pasti dapat pertolongan. Pilih jalan paling mudah, but at the same time betray the person you said you love. You might as well be the very person yang aniaya the person you said you love. Sebab sama saja. Tak ada beza.

Makan-makan Hi Tea

Yesterday was another makan-makan day. Awal-awal pagi Linda dah sampai. Memang tak pergi breakfast pun. Perut kena biar sekosong-kosongnya. Jam 10.30 keluar rumah, pick-up Ikin kat MRT Kajang, dan terus ke Sime Darby Convention Centre. Drive rilek-rilek saja sambil borak-borak entah apa-apa 😅. Sementara tunggu yang lain sampai, duduk di lobi dulu. I dok perdajal Linda dan Ikin. Suruh dia orang pergi membuang di toilet. I told them toilet cantik, rugi tak pergi. Bila dua ekor tu balik semula ke lobi punyalah kita orang ketawa sampai keluar air mata. No, don't get me wrong. The place has the coolest toilet. Yang kelakar sebab dia orang berdua ni tak tahu yang dalam toilet tu itself ada cermin keliling. So, bila kau duduk atas toilet seat tu, boleh nampak diri sendiri kat cermin! Adoiii...😂. Yang kelakar sangat Ikin kata - aku pandang bawah je takmo tengok cermin! Memang dah agak dah. Ies dan Jay sampai akan curi-curi ambik gambar kitaorang pas tu post kat group 😒 Tepat j

Makan Weekend

It's makan-makan weekend. Harap-harap tak lah sampai menaikkan berat badan drastically. Penat je aku melompat-lompat dalam kelas minggu lepas 😅. Hari ni kenduri doa selamat di rumah Angah Mas. Alhamdulillah Angah Mas and Man dapat jemputan Haji tahun ni. Lepas Aliyah selesai jamuan (lepas) raya Form 5 dia kat sekolah, terus ke rumah Angah Mas. Jumpa dia sebelum dia berlepas Isnin ni. Ada gak rasa nak hantar kat Kompleks Tabung Haji yang baru tu tapi anak comel sekolah pulak. See how. Dapat jumpa Mie dan Mijah saja. Kili and family datang awal dan lepas tu pergi kenduri lain pulak. Pijal pulak baru nak landing dari KK. Nor and family lambat sikit. Kat kenduri ni membelasah daging salai masak lemak cili api. Walaupun tak berapa pedas, memang sedappp 😋. Petangnya terpaksa jogging untuk menghilangkan rasa bersalah makan banyak kenduri tadi 😅. Sebab dah petang, target buat 3km saja. Itupun dah mengah. Daging salai tak hadam lagi dalam perut! 1) Seluar motif Aztec itu ba

Quiet Week

It's been a quiet week. Nothing much happened. Weather has turned very, very hot. Nak jogging pun tak ada mood 😅. Good thing I have my twice a week classes. Ada gak la aktiviti. Dan sebab coach kata balik kena buat exercises, I downloaded app yang suggest and track workouts. So, rajinlah sikit buat. Sebab kalau tak buat keluar notification! Musim panas ni buat 30mins workout kat depan TV pun berpeluh gila. Alahai... baru 2 hari! Mostly crunches, squats and planks. Rasanya tak dapat 4th badge ni. Lagi sehari je tinggal. Last weekend Hubbs got himself a motorbike. Naik komuter memang banyak buang masa sebab schedule not frequent. Dari Hubbs buat 2 projects in KL, moved to Brunei, balik sini balik, buat Uber for almost a year, then buat project sekarang, service komuter tetap sama 😒. Imagine berapa lama? Can't say I'm all for it. Menambah satu benda I yang perlu risau setiap hari. But then if it makes life easier, then redha sajalah. Setiap hari doa semoga perjal

Fefeeling Jadi Caterer

Semalam Linda order spaghetti aglio olio dan carrot cake untuk potluck Raya office dia. Untuk dua bungkus spaghetti. I punya spaghetti memang dia punya favourite. Puas dah ajar cara nak buat sebab simple sangat. Tapi dia kata dia buat tak jadi 😅. Masa cakap OK kat dia memang laju je. Tapi bila dah start buat terus nervous pulak. Sebab I dah lama sangat, sangat tak masak spaghetti aglio olio dan carrot cake. Makan tahun jugak rasanya.  Satu kuali besar gak! Dekat 1/2 kilo udang besar. Meriah. Nak sedap memang kena guna udang besar yang fresh dan juicy.  Hasilnya... Carrot cake tu setengah adunan saja. Still buat satu adunan macam biasa tapi bahagi dua. Lagi setengah nak makan sendiri!  Ini kita orang punya 😋! Rasa nervous dan risau terus hilang bila Linda cakap "terbaik" 😊! Orait, open for orders 😆!

Makan Sedap Weekend

Makan sedap weekend namanya. Hari Sabtu ada 2 open house invitations. Dapat pergi satu saja. Jalan jam ya amat. Syawal dah sampai penghujung. Dapat pergi rumah Nor saja. Muzz invite ke open house di Cars Kitchen tak berdaya nak ke sana. Cuaca pulak punyalah panas.   Ya la... bokeh effect  Tengah sokseksoksek dengan Mijah Makan sangat sedapppp... kambing golek... nasi beryani kambing (lagi!)... desserts. Memang melantak sakan!  Tak sempat nak jumpa family Angah Mas & Kili Perjalanan balik dah dekat 2 hours sebab jam. Niat di hati nak singgah Cars Kitchen kena simpan jauh-jauh. Mesti traffic sesak. Itupun Waze suruh ikut Rimbayu, jalan yang tak pernah lalu sebelum ni. Jauh sikit tapi kurang jam. Kalau ikut jalan biasa KLIA memang entah pukul berapa sampai rumah. Anak comel ada satu lagi open house kawan dia. Sampai malam dia stay sebab katanya ada bunga api. Memang pun. Dari rumah boleh dengar! Alhamdulillah dapat tapau nasi beryani pulak. Semoga murah reze

Kuasai Tajwid Dalam Masa 2 Hari Saja

*KHAS UTK MEREKA YG TAKDE MASA UTK HADIR KELAS TAJWID DI MASJID-SURAU SETIAP MINGGU* 😔 Nak kuasai tajwid dalam masa 2 hari je ? Info penuh KLIK SINI 👉  ( Seminar Tajwid Luar Biasa 2018 ) Ramai antara kita yang memang bersungguh nak belajar tajwid agar bacaan Quran jadi lebih lancar & hati jadi lebih yakin bila baca Quran sendirian. Tapi masalahnya, banyak kelas tajwid ambil masa berbulan baru habis silibus. Susah pula nak serasikan dengan waktu kita. Kadang-kadang free, kadang-kadang tak. Bila ‘skip’ satu kelas, dah susah nak faham apa yang ustaz/ustazah ajar. Jika anda hadapi masalah di atas, jangan risau, insya Allah hadir 2 hari je seminar Tajwid Luarbiasa, anda akan kuasai seluruh ilmu tajwid dengan cara mudah hingga boleh ajar anak sendiri di rumah. ============ LOKASI & TARIKH SEMINAR ============ Seminar Tajwid Luarbiasa bakal diadakan di 6 lokasi berikut : ➡ Ukm Bangi 4 & 5 Ogos 2018 ➡ Sirim Shah alam 11 & 12 Ogos 2018 ➡ UTM, Skudai Joh

Combat Fitness Class

Memandangkan jati diri dan kekuatan dalaman untuk istiqomah jogging selang sehari tidak begitu kuat, ditambah pula dengan alasan hujan pagi-pagi lately, hari ni I enroll combat fitness class 😅. Mengada kan? Bukan apa, sejak minggu lepas, asal buka FB saja mesti jumpa iklan Combat Fitness yang baru buka di Bandar Puteri. Kalau dah hari-hari disogokkan dengan kata-kata seperti - sweat now and shine later, dan anda bila lagi? - terasa juga hati ni 😆. So, pagi tadi I tekadkan hati dan body untuk masuk kelas. Plannya ialah nak try sebulan saja dulu. Kalau sesuai. Jadinya, pagi-pagi morning seawal jam 8.30 pagi dah masuk class. Hari ni memang kelas pertama untu housewife programme. Group pun baru ada 3 orang. Tapi itulah yang best sebab boleh focus. Menderita jugalah badan dibuatnya walaupun coach kata - alaa... buat light-light je... Group I ni kaki hiking rupanya. Waaahhh... dah set nak join!  Inilah rupa classnya. Tadi panjat kotak kayu tu. Hmmm... lutut memang mintak ampun😅

Tertubuhnya Geng Sukan Malam

Semalam ke rumah Izzat dan Ekin sempena Raya. Setahun sekali pergi rumah dia orang ni. Siap check WA message tahun lepas ada lagi Ekin share address 😁. Alhamdulillah makan sedap - asam pedas ayam dan udang goreng tepung spicy. Berasap juga telinga makan. Semoga Allah murahkan rezeki Izzat dan Ekin 😍. Sebelum balik, sempat Izzul cerita pasal pusat bowling baru di Mesa Mall. Dia kata tempat baru so bola dan kasut semua baru. Orang pun tak ramai. Terus yang lain kata jom jom main bowling ramai-ramai. Dan terus juga Izzul suggest pegi main malam tu jugak. Bagus sebenarnya plan yang impromptu macam tu. Sebab kebarangkalian nak jadi tu sangat tinggi. Jadi, dengan rasminya tertubuhlah Geng Sukan Malam! 😂 Adehh... nama glamer sungguh! Player professional malam tadi! Game baru nak mula. Anak comel dan Atie tunjuk skill! Ini lah juara game pertama. Gaya mesti macam pro 👍. Ini pun pro jugak ni! Kaki-kaki yang main malam tadi. Macam-macam skill ada. Daripada pro