Skip to main content

Makan Weekend

It's makan-makan weekend. Harap-harap tak lah sampai menaikkan berat badan drastically. Penat je aku melompat-lompat dalam kelas minggu lepas 😅.

Hari ni kenduri doa selamat di rumah Angah Mas. Alhamdulillah Angah Mas and Man dapat jemputan Haji tahun ni. Lepas Aliyah selesai jamuan (lepas) raya Form 5 dia kat sekolah, terus ke rumah Angah Mas. Jumpa dia sebelum dia berlepas Isnin ni. Ada gak rasa nak hantar kat Kompleks Tabung Haji yang baru tu tapi anak comel sekolah pulak. See how.
Dapat jumpa Mie dan Mijah saja. Kili and family datang awal dan lepas tu pergi kenduri lain pulak. Pijal pulak baru nak landing dari KK. Nor and family lambat sikit. Kat kenduri ni membelasah daging salai masak lemak cili api. Walaupun tak berapa pedas, memang sedappp 😋.

Petangnya terpaksa jogging untuk menghilangkan rasa bersalah makan banyak kenduri tadi 😅. Sebab dah petang, target buat 3km saja. Itupun dah mengah. Daging salai tak hadam lagi dalam perut!
1) Seluar motif Aztec itu baru beli minggu lepas kat Aeon Big. Seluar sukan lelaki sebenarnya. Tapi kain dia macam best, lembut dan paling penting murah. So beli nak buat seluar tidur 💤. Tadi saja pakai untuk jogging. Kelakar la pulak 😅.
2) Tapak kecik pada kasut tercabut lagi dua. Patutlah bila lari belah kanan macam rasa dan bunyi tak best. Adusss... nak kena beli kasut baru nih.

Esok insyaallah akan jumpa kawan-kawan untuk hi tea kat Sime Darby Convention Centre. Sebenarnya Linda nak belanja I sebab buatkan dia recommendation letter untuk dia apply kerja dia sekarang ni. Haaa... baik punya ex-boss buat surat power punya. Kalau hi tea kat situ, memang beli voucher dari Fave lah. Fave ni dulu Groupon. So, daripada harga asal RM75, tinggal RM45 saja... Masa kita orang pergi dulu, memang excellent. 

Anyway, I pun promote lah kat geng-geng yang lain. Dapatlah gather dalam 8 orang. Since dah beli voucher untuk 10 orang, dan geng-geng lain banyak urusan minggu ni, I akan bawak anak comel dan kawan dia sorang. Havoc lah... makan sambil borak 😂.
Barang-barang yang akan dibawak esok - I jahitkan Mas lazy pants satu as birthday present. Yang lain-lain tu bagi kat sapa-sapa yang nak.

Comments