Skip to main content

Tertubuhnya Geng Sukan Malam

Semalam ke rumah Izzat dan Ekin sempena Raya. Setahun sekali pergi rumah dia orang ni. Siap check WA message tahun lepas ada lagi Ekin share address 😁. Alhamdulillah makan sedap - asam pedas ayam dan udang goreng tepung spicy. Berasap juga telinga makan. Semoga Allah murahkan rezeki Izzat dan Ekin 😍.

Sebelum balik, sempat Izzul cerita pasal pusat bowling baru di Mesa Mall. Dia kata tempat baru so bola dan kasut semua baru. Orang pun tak ramai. Terus yang lain kata jom jom main bowling ramai-ramai. Dan terus juga Izzul suggest pegi main malam tu jugak. Bagus sebenarnya plan yang impromptu macam tu. Sebab kebarangkalian nak jadi tu sangat tinggi. Jadi, dengan rasminya tertubuhlah Geng Sukan Malam! 😂 Adehh... nama glamer sungguh!
Player professional malam tadi!
Game baru nak mula.
Anak comel dan Atie tunjuk skill!
Ini lah juara game pertama. Gaya mesti macam pro 👍.
Ini pun pro jugak ni!
Kaki-kaki yang main malam tadi.
Macam-macam skill ada. Daripada pro kepada yang asyik melongkang 😁
Si kecik Ilham pun ada 😍

Next activity? Badminton kot. Tapi sukan waktu malam saja!😄

Comments