Skip to main content

Long Weekend

It's a really , really long weekend. Mula dengan Hari Raya Aidiladha hari Khamis, sambung dengan Hari Kebangsaan, dan esok, Isnin, cuti sebab Malaysia menang overall Sea Games 2017. Tapi duduk rumah saja. Hubbs kerja. Memang tak ke mana. Tak balik Melaka pun. In fact, adik-beradik semua either Raya rumah mertua atau raya rumah sendiri, like us. So, rumah Melaka kosong.

As usual, untuk Raya masak nasi impit + rendang ayam tapi Raya kali ni ada satu extra dish iaitu pulut kuning. Dulu-dulu orang tua-tua saja yang masak pulut kuning ni. Rasa macam susah sangat. Bila kita pulak dah jadi tua ni, sebenarnya bukan payah sangat pun😊. In fact, hari ni masak balance pulut yang tinggal hari tu untuk makan dengan balance rendang ayam yang I simpan dalam freezer👍.

Cuti Raya kali ni suasana kat Seri Putra ni memang sunyi betul. Cuti panjang punya pasal. Kedai banyak yang tutup. Haji Tapah hari ni baru bukak😅. Semalam masak saja apa yang ada dalam fridge. Memandangkan anak comel tak nak makan rendang dah, dan dalam fridge tinggal drumstick ayam saja, I masak ayam goreng spicy Korea. Waahhh... dah macam KyoChon pulak kan. Sebelum ni memang dah pernah try buat ikut resepi jumpa kat Google. Tapi bila dah rasa authentic Korean spicy wings itu hari, barulah boleh agak macam mana nak dapatkan rasa yang betul.
 Sos dia kena sticky, tak cair dan tak terlalu banyak. Cukup-cukup nak salut ayam saja. Ini my own version of ayam goreng pedas Korea👇. Punyalah senang nak masak, rugi lah makan mahal-mahal kat restoren Korea😄.

Guna chicken wings atau drumstick. Tepung jagung mix dengan garam dan black pepper. Salut ayam dengan tepung yang kering tu (just nice saja, tak payah tebal sangat) dan goreng. Lepas tu angkat dan tos.

Kupas bawang putih dalam 3 biji, chop finely. Lepas tu make sure get all these ready kat tepi kuali sebab masak sos ni main tuang-tuang saja. Sos cili, sos tomato, cuka (I guna apple vinegar sebab I ada tu je!), madu (siap guna madu kelulut Along Iwan okeh!), cili boh (optional), cili powder (yang Korea punya tu. I used chili flakes sebab tak jumpa pulak cili powder Korea kat Tesco), garam dan toasted sesame seeds.

Masak sos ni ikut tekak sendiri. If nak spicy, lebihkan cili. Sebelum ni I masak spicy tapi anak comel suka yang manis sikit so kali ni lebihkan madu. The trick is to balance pedas, manis dan masam. Tumis bawang putih. (If nak pedas guna cili boh, bila bawang putih dah garing sikit, masukkan cili dan masak sampai terbit minyak. The worst taste for any dish is bila cili boh tak cukup masak😖). Masukkan sos cili, sos tomato, cuka, madu dan cili powder. Tumis sampai sos jadi pekat likat. Masukkan ayam goreng, kacau supaya sos salut ayam tu. Last sekali, tabur toasted sesame seeds. Siap!

Comments