Skip to main content

Day 1: Cherating, Here We Come!

Lambat juga keluar rumah sebenarnya. Lepas settlekan my mother, balik rumah barulah nak packing. Dahlah nak fit semua dalam satu bag😁. Dah siap semua dan keluar rumah, berkejar ke McD sebab anak comel nak breakfast kat situ. Ngam-ngam sampai kat kaunter jam 10.58am. Budak yang kat kaunter pun dah nak tukar gambar menu kat dinding. Dia tanya - "Nak order breakfast ye?". I cakap - "Ha ah, boleh tak?". Tak jadi dia tukar gambar😅. Dapatlah makan breakfast meal!
Lama tak breakfast kat McD. Sedap rupanya😋. Siap dapat extra hash brown! TQ adik kaunter yang baik hati👍

Lepas tu off we go. Lama betul tak ke area Pantai Timur. Last sekali I pergi was that trip to submit sebutharga. Ala, yang tak jumpa exit masuk Kuantan tu!
Rindunya dengan landmark ni
 The sky is always so much bluer along the LPT

We stopped for late lunch at Gambang R&R.
 Dapat jugak makan ikan patin tempoyak😋. OK, gambar diambil selepas ikan tinggal separuh!

We reached Suria Cherating Beach Resort at around 4pm. Sebab trip ni free dan bilik pun free, I memang tak ada nak complain apa-apa. In fact, I think the place was so much better than the reviews I read online. Dia orang ni pun agak-agaklah kan. Kau dah bayar seratus lebih saja semalam takkan nak expect facilities dan service macam yang tiga ratus lebih semalam punya😒. Apa-apa pun, check out Suria Cherating Beach Resort price ya. Suria Cherating Beach Resort ni antara hotel popular di area Cherating dan Kuantan. Harga affordable. Tak pun you all check out harga kat Trivago saja lah. Boleh compare cari yang paling murah😎.

But seriously speaking, the staff was very friendly, courteous and helpful and our room was quite good - toilet working perfectly and very clean, the air-cond worked fine with no noise, every essential things were there without having to call the reception i.e. iron and ironing board, sejadah, towels, semua ada. Thumbs up!
Checking out the beach. Nice... The pool was a bit small, not that we plan to take a dip anyway. On Friday it was full of kids. But it was quite empty on Saturday. Ramai yang datang ni dari Terengganu kot.
Cara dua beranak menghirup udara segar tepi pantai😆
Petang-petang ombak memang kuat sikit... 

We went out for early dinner because Hubbs started his workshop at 8.30pm. I memang dah research tempat seafood sedap di Cherating. We went to Warung Awang Ikan Bakar. Tempat ni memang agak famous. If you plan to eat there, go early say around 6.30pm before the crowd comes. Price wise - memang murahlah berbanding kat Selangor kan...
 Kedai yang sangat simple
Punyalah tamak haloba order sampai dua jenis ikan! Lepas tu pening tak tau nak makan yang mana. We had kerapu tiga rasa, kaci bakar (tak pernah makan ikan ni, so saja nak try. If you are like me yang tak gemar ikan banyak tulang, give the fish a pass. Sedap tapi tulang banyak!), sambal udang, sotong goreng tepung and kailan ikan masin. Worth it!

Lepas makan, balik bilik dan golek-golek kekenyangan dengan anak comel sementara abah dia gi kerja😝.

Next: Cherating Day 2

Comments