Skip to main content

More This and That This Week

Let's see... The desert challenge results are out.
Walaupun tak berjaya menghabiskan cabaran, still within first 50% of total participants. Macam mana tu 😆?

Semangat awal bulan ni lain macam...
Hari ke-3 dah dapat first badge. Malah lebih awal daripada Hubbs 💪.
Seorang Cinde-Bangla mungkin berlari-lari lalu meninggalkan sebelah boots dia kerana jam telah berdetik 12 malam 😅.

Anak comel and I went to watch Avengers: Infinity War on Wednesday. Right after school terus pergi. I bukanlah seorang yang ikut sangat Avengers et al ni. Tapi adalah juga tengok satu-dua movies. And Thor: Ragnarok last year was awesome! Tetapi I must admit. Sebelum tengok I dah check Wikipedia dulu 😂. I don't care much about spoilers! Yang penting akak paham cerita tu. Anak comel siap menitiskan air mata kesedihan each time a character died. Siap keluar bunyi-bunyi hingus 😅. Untuk pertama kalinya tersentuh jugalah dengan Loki. In the end I think he came out as a good soul 😍.

Today dah siap potong kain untuk jahit the next pair of pajamas. 
Insyaallah dalam 2-3 hari ni siap. 

Semalam my order for 3 pasang kain cotton yang agak murah telah sampai. Memang nak try macam mana jenis kain tu. OKlah cuma nipis sikit. Tapi agak sesuai untuk buat blouse.
Anak comel tanpa diduga (sebab selalu clash taste kain dengan dia!) suka pulak dengan yang hitam bawah sekali. Siap order blouse lengan kembang. Waahhh... ingat Mommy dia terrer jahit sangat? Boleh experiment, no problem 💪.

And lastly, one of my palazzo dah travel overseas 😆
My friend Shake yang beli Sabah batik pants siap pakai pergi holiday ke Hatyai. Masa makan-makan kat Seoul Garden hari tu I bagi dia one small coin purse buat daripada remnants kain batik tu. Itu pun dia bawak sekali 😎!

Comments