Skip to main content

Cerita Semalam

Semalam yang agak eventful. Pagi-pagi sebenarnya kena bawa anak comel ke klinik pakar mata. Ketumbit yang dia kena a few months back still ada kat atas kelopak mata. Dah keras sebab tak pecah. Dah jumpa 2 GP dan their advice was - kena operate. Minor surgery saja.

Malam sebelumnya sebab anak comel cakap dia mungkin ada satu ketumbit baru, maka itulah agenda pagi semalam. Tapi, bila kejut dia bangun, kata dia ketumbit tu tak ada pulak. Mungkin semalam mata dia rasa lain macam sebab masuk habuk. Jadinya, back to original plan yang telah dibuat pada hujung minggu hari tu iaitu - untuk pergi makan K Fry! Dah 4 kali rasanya tak dapat nak makan sana. Hari pergi tengok Avengers tu dah siap dapat seat dan minum. Tapi tak ada rezeki nak makan. Service agak slow sebab orang ramai. Since movie dah nak start, we cancelled. Kesian sangat dengan anak comel sebab dia nak makan. So, yesterday we went. Anak comel tak sekolah sebab sekolah dia cuti preparation for election.

Jam 11.05 pagi dah beratur panjang. Tapi alhamdulillah dapat makan 😅. Tunaikan hajat anak kesayangan 😍.
Our favourite - honey mustard bumbuk. Sedapppp... 😋
And... I memang geram dengan Thanos! Cekik dia! Hahaha... kat IOI City Mall ada this "exhibition" of Avengers: Infinity War.

Lepas round-round IOI City Mall sampai jam 3 petang, we met up with Hubbs di Bandar Baru Bangi dan lepas tu ke eye specialist. Pergi jugak sebab nampak ketumbit tu agak menganggu. Tunggu doctor punyalah lama... Salah kita orang juga sebab tak buat appointment😅. Finally bila jumpa doctor, dia kata memang kena surgery. And can do right away. So, we decided there and then! Anak comel cuba mengelak cakap nak datang lepas exam pun both of us tak layan! Might as well get it over with.

The surgery took only 15 minutes. Agak ngerilah sebab involve mata kan... Tapi alhamdulillah anak comel agak berani orangnya. Today she's getting better.
Masa ni dia kata tak sakit. Sebab kena bius. Tapi lepas 10 minutes dia cakap dah start sakit... Kesiannya anak comel I ni... Hope she doesn't get the ketumbit anymore.

Comments