Skip to main content

Almost There!

My translation work is almost done! Alhamdulillah... 2 file saja lagi. Bahu dah rasa tegang dan keras ni. Adehh...

Lepas ni tak nampak bayang kerja baru lagi. Semoga adalah rezeki untuk buat free-lance work lagi. That translation job yang I selalu buat tiap-tiap tahun untuk satu annual report tu, tahun ni memang tak ada. Agensi tu pun dah dibubarkan oleh Govt baru😅. Tak apa... insyaallah ada rezeki lain. Setakat korban satu kerja setahun demi kesejahteraan negara, tak ada masalah. Sedangkan Agong pun ambik pay-cut gaji ok!

Let's see... dalam seminggu ni apa jadi... Nothing much actually. Anak comel start cuti sekolah hari Jumaat (ponteng sebab sekolah satu sesi!). So, ajak dia teman pergi MBSB buat that monthly payment. Lepas tu jalan-jalan kejap di Bangi Sentral. Jalan-jalan 2 blok saja. Sebab mula-mula kosong. Masuk jam 12 orang dah penuh. Bukan ada benda nak beli pun. OKla, anak comel, as usual, mesti ada benda yang dia dapat - shawl Raya.

Last Sunday kumpul adik-beradik di rumah Angah Mas untuk buka puasa. Alhamdulillah semua dapat datang. Potluck yang pada mulanya nampak dalam WA message macam sikit. Tapi bila dah kumpul... punyalah banyak. Berkat tu 😇. Lama kat sana sampai dekat jam 11 malam. Mostly catch up. Solat terawih. Sempat membawang pasal politik dengan adik-adik ipau 😁 sambil kupas mangga!
We were the first to arrive. Tapi kan... gambar ni saja ada! Lupa nak ambik gambar food and kumpul ramai-ramai. Apa la... Rasanya semua orang tak ambik gambar.

Semalam, walaupun kerja banyak, ikutkan saja anak comel ajak pergi MyTown. Ada sale kat Body & Bath Works yang dia nak sangat pegi. Sempat masuk Spotlight kejap. Entahlah, rasa macam yang kat The Mines dulu juga yang best. 
#ootd kat tingkat atas carpark MRT Kajang 😎. Jam 10.30 pagi carpark dah hampir penuh! Itu palazzo yang I jahit untuk dia. Last weekend dia mintak cepat-cepat siapkan sebab dia nak pakai. Dia yang pilih nak elastic waist 2 inches. Punyalah dia puas hati, siap dia insist nak bayar upah jahit. Keluarkan duit seringgit-seringgit duit belanja sekolah yang dia kumpul. Alahai... tak sampai hati Mommy dia nak accept. Last-last I cakap bayar RM5 cukuplah😁

Comments