Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri to you. Alhamdulillah, selesai Ramadan. Lepas ni puasa sunat Syawal pulak ya. As usual, as it has always been for the past years, our Hari Raya is celebrated low-key. Sangat bagus sebenarnya. Quality time for the deserving. Yang penting, ibadah sepanjang Ramadan utuh terjaga. Insyallah...

Bayangkan penat tonggang-tonggek solat Terawih sepanjang bulan, tambah dengan sedekah, baca Quran, zikir segala... sekali tu masuk Hari Raya pertama je kau pegi beraya rumah orang sambil membawang. Bawang tu pulak berpindah ke orang lain sebab orang yang sama-sama membawang tu pergi cerita kat orang lain. Orang lain tu pulak pegi membawang dengan orang lain. Astaghfirullah... itu bukan Boboboi kuasa 3 lagi. Dah berganda-ganda multiply tau. Kalau pahala yang multiply memang sangat best, tapi kalau dosa yang multiply... I yang tengah taip ni pun rasa kecut perut. So, pergi beraya tu ingat-ingatlah... Ini pesanan khidmat masyarakat daripada akak ya 😘.

Anyway... this year Raya di sini dulu. Lepas Hubbs balik solat Raya, terus ke rumah my brother Angah untuk sarapan Raya. Semalamnya kakak ipau tersayang dah pesan masa gi buka puasa rumah dia - esok pagi sarapan sini tau! Tak payah nak masak! OK2... alhamdulillah... 😍.
Gambar official Hari Raya 😁. Phoebe pun dengan sukarela datang baring kat depan tu sama-sama ambik gambar!
Us 😍

Lepas beraya dengan my mother, terus balik Melaka. Agak jam lah juga serentak kot keluar dengan orang-orang yang nak berjalan Raya. Tahun ni join adik-beradik beraya satu rumah saja. Sebab sampai saja dah masuk Zohor, orang lelaki pergi solat Jumaat. Masa tak berapa banyak nak merayap.
Kat Melaka pulak... Balik sehelai sepinggang. Phone charger pun tak bawak!
Farhan asyik photo-bomb!
Beraya rumah Abg Debab 😄. Rumah wajib setiap tahun. Beriya semua orang makan laksa! Minggu depan kerja kawin ada kambing. Waahhhh...
Kat depan tu tengah bicara politik 😅

Malam tadi dekat jam 11 lebih baru sampai rumah. Penat betul rasa dah lama tak travel...

Comments