Skip to main content

Achieved Target

Finally achieved target for this week. Three days of exercise per week. At least. Minggu ni memang di Tasik Ujana sahaja. MCP masih belum dapat masuk. Hari-hari hujan lebat petang dan malam. Bila kering sikit nanti boleh masuk balik.
Setelah berhari-hari solo, semalam berdua😉. Masih tak dapat nak lari non-stop first round. Jin dah keluar dari badan agaknya! Tapi pace bertambah laju👍.

Walaupun weight masih belum turun sangat - ratus-ratus gram sahaja - yang akan mencanak naik dengan drastik terutama lepas makan nasi kandar, one good thing is that my blood pressure daripada normal (for my age) sekarang dah jadi "ideal". Alhamdulillah...

Pagi tadi sebenarnya dah siap-siap nak jog. Tapi cancel sebab buat delivery lamb loin ribs ke rumah stokist sambal garing. Boleh je nak jog lepas buat delivery, tapi bila jumpa stokist I tu, mesti borak panjang. Ada je topik menarik 😀. Last-last matahari pun dah naik, hari pun dah panas, balik rumah ajak Hubbs gi mamak breakfast!

Comments