Skip to main content

First Sewing Project

Pada yang tertanya-tanya dan ternanti-nanti apa benda akak korang nak buat menggunakan mesin jahit yang paling basic untuk newbie itu. Haaa... ini dia!
Berjaya buat ini! Jangan berani nak mintak sneak peek dalam tote bag tu rupa macam mana ya 😅. Rahsia besar tu. 

Inilah projek menjahit yang pertama. Waaa... achievement tau. Tangan I ni biasanya guna untuk menaip project reports, URS/SRS documentations, translations dan yang sewaktu dengannya. Kali ni terkial-kial guna mesin jahit. Fuhhh... susah juga rupanya. Kecik-kecik dulu selalu curi-curi guna mesin jahit my mother buat batu seremban😆. Tapi yang tu manual. Pasal tu orang kata menjahit ni goyang kaki. Yang ni auto. Asyik tertekan pedal laju macam tekan minyak bawak kereta. Maklumlah, selalu tekan minyak speed biasa atas jalan kan 90km/j😝.

Lepas ni nak cari kain yang sesuai dan menarik untuk buat lagi. Tapi saiz besar. Yang tu letak botol air boleh la. OK lah kan. Aktiviti orang pencen💪.

Comments