Skip to main content

Seminar Tajwid Luar Biasa Yang Awesome

My little family attended the two-day seminar over the weekend at UKM, Bangi. We were joined by Ies and Jay on the first day. Jay replaced Shake yang ada kenduri kahwin. Hari ni dia ada, walaupun datang sedikit lambat (as expected!😅).

The verdict? It was awesome. Walaupun sakit punggung dan lutut sebab duduk lama (2 hari weh!), rasa banyak ilmu yang dapat. Seminar tu kira fast track dan compressed. Hukum tajwid disampaikan dengan cara yang berbeza. Bukan ikut hukum yang sangat banyak tetapi disampaikan menurut cara ayat-ayat dibaca. Syllabus dipecahkan kepada 6 bahagian sahaja.

Objective seminar pun memang simple - baca Quran dengan betul. Hukum mungkin kita tak berapa nak ingat, tapi yang penting cara baca kena betul. Alhamdulillah dapat identify banyak areas yang baca salah. Kita orang Melayu ni Ustaz Asraff kata tang baris tu semua selalunya betul. Tapi problem tang sebutan. Makhraj huruf katanya. Waahh... pandai akak guna istilah tajwid kan? 😊

Insyaallah nak teruskan. Ilmu yang dapat tu nak buat revision sekali dengan buku tajwid yang dibeli dulu. Dapat link kepada 23 video Ustaz Asraff demo macam mana nak sebut. Tu nanti akak cerita lagi ye.

I strongly suggest you attend the seminar. Mungkin sebagai pembuka mata cara nak baca Quran dengan tajwid yang betul ikut method yang mudah faham. Sebab Aliyah siap boleh tolong Mommy dia identify hukum tajwid masa buat exercise! Dan cara Ustaz Asraff sampaikan memang santai, happy dan kelakar. Imagine Ustaz Samsul Debat ajar tajwid. Haa.. macam tu lah kelakarnya dia. OK la, maybe tak lah sentiasa buat lawak kan. Ada masa-masanya lah. Ada one part masa dia demo one crazy scenario pasal Saktah (waahhh... tengok, tengok, akak korang dah pandai tajwid!😂) punyalah kelakar sampai Aliyah keluar air mata ketawa.

Dan Ustaz Asraff ni agak IT-savvy. Petang semalam sebelum balik dia buat "exam". Semua orang kena bukak satu website ni dan buat online quiz. Siapa tak ada data plan tu duduk la diam-diam. Interesting app - siap on the spot calculation dan dengan (I believe la) algorithm yang kira speed of answering question. Hubbs, ehem... katanya dapat no 3.

Anyway, schedule for next seminar:
11 & 12 Mac 2017: SIRIM Shah Alam
18 & 19 Mac 2017: Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh

Masih ada seat lagi setakat hari ni. Register Seminar Tajwid Luar Biasa
 First day. Datang punyalah awal...
 Anak comel masa hari pertama terlelap juga. Kesian dia. Hari ke 2 dia pandai dah. Siap bawak chocolates. Asyik mengunyah je!
 Nun kat depan tu lah Ustaz Asraff. Banyak kali dia ulang - kita kena baca Quran macam mana Rasulullah saw baca. Tazkirah dan cerita selingan dia pun memang best.

Comments