Skip to main content

Day 3: Museum Angkut

Museum Angkut - jangan terpedaya dengan namanya yang agak membosankan. Bila sebut Museum Angkut, dalam kepala terbayang muzium tentang sistem pengangkutan. Itu memang betul. Tapi cara "penyampaian" muzium ni sangat awesome dan impressive. Salah satu tempat paling enjoyable buat kami sepanjang berada di Jawa Timur.

Museum Angkut membawa pengunjung menerokai sistem pengangkutan bukan sahaja di Indonesia tetapi di dunia secara amnya. Daripada sistem pengangkutan yang terawal hinggalah yang akan datang. Mula melangkah masuk ke dewan yang pertama, display agak "formal". Motorsikal terawal yang rupanya lebih kepada basikal nampak agak lucu. Ada dipamerkan kereta Presiden Soekarno serta kenderaan lain beliau termasuk helikopter. Ada kereta kuda seperti diguna oleh kerabat diraja Britain dan lain-lain kenderaan antik. Masa ni kami lebih tertarik dengan adanya wifi percuma sebab quota mobile data dah habis!
 Kalau sekarang mungkin orang kata ini hybrid motorsikal dan basikal! Ini antara motosikal pertama di dunia.
Ada jugak kenderaan "Sinderella"😀

Naik ke tingkat atas, masih lagi agak formal. Kenderaan darat beralih kepada kenderaan laut. Yang menarik, ada replika mini kapal Majapahit juga Titanic.
Such amazing detail. Cantik betul kapal Majapahit ni.

Bila masuk ruang seterusnya, kami terus lupa nak check telefon walaupun tadi sibuk download WA messages. Kenapa? Sebab tempat ni rupanya sangat awesome! Heaven untuk kaki ambil gambar. Yang bagusnya, walaupun ideanya ialah muzium, cara penyampaiannya sangat kreatif dan moden. Tak terasa yang ia sebenarnya mengajar pengunjung tentang sejarah sistem pengangkutan. I was so impressed with the details. It was well planned and thought of. 
Ini section kenderaan daripada Itali. Warna vespa sama dengan warna baju hujan masing-masing masa di Madakaripura!😂
Kenderaan orang dulu-dulu meniaga.
 Penyampaian info tentang keretapi stim zaman dulu ni sangat kreatif! Ada kepala keretapi di depan. Siap dengan engine room dengan bunyi keretapi dan asap stim. Bila naik gerabak keretapi, bergoyang-goyang macam naik keretapi betul. Sebenarnya, gerabak keretapi ni ialah laluan untuk ke bangunan lain. Gerabak ni ialah jambatan gantung. Impressed!
 Ini section kerabat diraja Britain. Pondok telefon merah iconic ni pun ada. Tahu tak I jumpa the exact same telephone booth tersadai mereput tepi dinding kat Bukit Bendera Penang? I saw it and thought such a waste! Di sini dipamerkan👍
Tempat ni suasana betul-betul macam di pelabuhan zaman dulu!
Cannot resist lah letak gambar ni. Cute sangat dua orang ni!😂 Ini motor zaman askar Jerman.
Gangster Town. Bangunan di kiri dan kanan adalah gift shops dan kedai serbaguna tapi presentationnya macam cerita Mafia. Ada bank dengan patung perompak bawak duit seguni, kereta polis dengan patung polis gari perompak, kereta mafia rompak bank, macam-macam... Suka hati kau lah nak ambil gambar dan buat cerita kau sendiri. 
Kat depan tu sebenarnya tengah ada konsert hip hop.

Kesimpulannya, Museum Angkut memang awesome. 3 jam pusing still tak dapat nak cover semua sebab tempatnya sangat besar. Rasanya kena spend satu hari dalam tu baru boleh pergi tengok dan experience semua! 

Balik daripada Museum Angkut, kami singgah di Alun-alun. Tapi terus turned off sebab tak ada apa sangat, orang pulak sangat ramai sebab cuti umum. Baik cari makan dan balik hotel. Itinerari kami untuk 3 hari pertama memang sangat packed. Lepas tu baru relax sikit.

Comments