Skip to main content

Day 4: Pasar Songgoriti

Cepatnya masa berlalu. Tapi rasa macam lama betul kami mengembara di Jawa Timur. Awal pagi kami berjalan ke Pasar Songgoriti. Cuma dalam 5 minit sahaja. Segar dan sejuk betul udara di kawasan kampung. Bila tengok penduduk kampung yang sama-sama bersiar di pasar, rasa aman damainya hidup.
 Permandangan daripada bilik. Rumah di sini kecil-kecil dan rapat-rapat... Sekali pandang teringat gambar tepi gunung di Itali atau Brazil.
Inilah Pasar Songgoriti. Di luar banyak jual souvenir, barang dapur dan pokok-pokok. Di dalam ada barangan basah, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Gerai ni best. Macam-macam barangan dapur ada. Lesung batu yang leper tu memang sangat menggoda. Nak beli berat sangat! Lesung daripada kayu tu pun menarik. 
 Geram betul tengok pokok-pokok yang dijual di sini. Bayangkan pokok lemon tinggi 2 jengkal dah berbuah!
I beli baja dan benih sayur. Bersemangat nak berkebun lepas turun dari Bromo. Di Bromo dan di kawasan Kota Batu, kebanyakan halaman rumah penuh ditanam dengan sayur-sayuran terutamanya pokok bawang. Lepas makan martabak marvelous yang penuh dengan daun bawang besar fresh, semangat berkebun membara-bara!

Lepas ke pasar, balik siap-siap dan terus check-out. Kami akan kembali ke Surabaya.

Comments