Skip to main content

These Past Days

Oleh kerana gigih menjahit tote bags, blog dah lama tak update. Let's see... I went to Spotlight on Monday morning to get more fabrics. Rasanya itulah tempat paling sesuai untuk beli fabrics yang I berkenan. Dah cuba beberapa kedai kain tapi tak jumpa kain yang sesuai dengan taste sendiri. Mungkin harga mahal sikit tapi puas hati.
Nah kau! Sekali beli terus pokai! Tapi, rezeki I lah kot. On Monday morning still ada sale 30% for most fabrics. Yang bestnya, ada 2 kain yang bila dah potong, check kat system - ada extra discount lagi! Waaahhh... alhamdulillah... Budak yang potong tu pun dok check harga banyak kali takut dia silap!
Latest tote bag siap buat semalam. Hari ni belum start buat lagi😅
Check out IG: aniza_creations and Carousell: carousell.com/nuranizah ye. Ada a few items I buat price drop!

Hari Selasa pergi berjimba-jimba dan berhora-hora (ini ayat Ies lah ni!) dengan kawan-kawan. Minggu ni sebenarnya exam week Aliyah. Dah exam, duduk rumah je lah study kan. Mana boleh ikut. Muncung je mulut dia bila I cakap nak pergi merayap!

Hitched ride dengan Ies, then picked up Jay di Puchong, lepas tu terus ke rumah Mas di Alam Impian. Sedapnya dia masak Laksa Sarawak. Tak berapa berempah. I pernah try dulu-dulu di Laksa Shack. Aduhh... macam makan ubat periuk sebab pekat sangat rempahnya. Selesai berhora-hora sambil bertukar-tukar barangan dan belian - I jual tote bags, Mas jual pecal Warung Ibu, I beli kimchi yang Jay buat... duit pusing-pusing kat situ je - the four of us pergi visit kawan satu asrama dulu yang baru dapat baby.
Kawan lama, Masliza, baru dapat baby boy. Wahhh... rezeki di usia 40an! Tapikan, aku jentik pulak kang yang dok amin-amin kan 😡.

Comments