Skip to main content

Day 3: Omah Kayu

Hari ke 3 kami di Jawa Timur. Lepas sarapan terus ke destinasi wisata Omah Kayu. Tak jauh sangat dari hotel. Sepanjang perjalanan menuju kawasan tanah tinggi, kiri-kanan jalan dipenuhi dengan hutan pokok pine. Teringat iklan Salem high country masa sekolah dulu-dulu. Wisata Omah Kayu terletak di ketinggian 1,340m daripada aras laut. Nyaman saja suasananya.

Kereta perlu diparkir agak jauh, jadi kena berjalan ke atas. Kalau tak larat boleh naik ojek. Kami jalan saja. Mengah juga panjat bukit. I pergi dengan zero preparation. Malah Omah Kayu pun bila sampai baru tau apa! Ianya bersebelahan dengan tempat paragliding atau Paralayang Gunung Banyak.
Aktiviti paralayang. Ini pun satu kondisi yang buat I gayat okey. Tengok tu... ish ish... rasa macam anytime boleh tergolek-golek lepas tebing sampai bawah😅
Sebenarnya teringin juga nak berparalayang ni...
Matahari terik tapi udara nyaman
Lepas tengok orang paragliding sekejap, kami terus ke Omah Kayu. Bila dah berjalan ke dalam barulah tau yang ianya tempat berehat dan bergambar atas pangkin kayu yang terletak atas pokok pine yang tinggi di tepi cerun gunung. Kenapa aku diseksa begini? Acrophobia lah, acrophobia😅.
 Pangkin yang ini ok sikit sebab tangganya agak sturdy. Tapi pokok ni sangat tinggi, tepi cerun gunung yang juga tinggi. Siapa yang organise trip mintak nyawa ni?😡
Pasal I sorang je yang gayat ni? Dia orang ni semua OK je😣
Achik paling belakang tu memang berani...
Siap ada orang paragliding lalu!
Tempat ni memang best. Turun naik tepi cerun gunung. I sebenarnya sangat impressed dengan cara Indonesia develop tempat perlancongan.
Selain pangkin kayu ada rumah yang boleh disewa untuk bermalam.
Pantang jumpa background yang boleh buat mural😂. Itu salah satu rumah kayu yang boleh disewa.

Lama juga kami pusing-pusing dalam kawasan Omah Kayu ni. Lepas Omah Kayu kami turun ke kawasan bandar untuk ke Kampung Warna Warni Jodipan, Malang. Perjalanan ambil masa agak lama sebab macet. Adoi... lemas rasa duduk dalam kereta lama-lama. Dekat 2 jam juga baru sampai. 

Sebenarnya ada 2 kampung - Kampung Warna Warni dan Kampung Tridi (3D) Kesatrian. Kedua-dua kampung ni dipisahkan oleh sebuah sungai. Dulu-dulu kawasan ni macam setinggan di tempat kita. Kawasan sangat kotor dan sungai dipenuhi sampah-sarap. Tapi hasil idea mahasiswa Universitas Muhammadiyah, rumah-rumah di kawasan ini dicat dengan pelbagai warna dan dijadikan tapak wisata. Nak masuk kena bayar. Walaupun harga tiket murah saja, ianya menjana ekonomi penduduk di situ. Bagus betul idea budak-budak "U" tu. Akak memang impressed.
Kampung Tridi Kesatrian
Yang kanan Kampung Warna Warni
Asal ada dinding, bumbung semua dicat warna-warni! Siap ada payung tergantung. Memang cantik kampung ni.
Siap ada gift shop. Lorong antara rumah-rumah agak sempit tapi dicat dengan hasil seni. Terus transformed kampung ni.

Kami taklah lama sangat di sini. Kampung Tridi tu cuma jenguk daripada luar saja. Penat terperangkap dalam macet, cuaca pulak agak panas. Haha... dah terbiasa dengan cuaca sejuk di pergunungan, bila turun town panas sangat rasanya!

Comments