Skip to main content

Day 4: Taman Safari Surabaya

Kami tinggalkan kawasan pergunungan yang jadi tempat bermusafir selama 3 hari. Lokasi seterusnya ialah ke Taman Safari Surabaya, terletak di antara Malang dan Surabaya. Kami beli tiket untuk masuk dengan kereta. Kalau tak nak drive masuk, boleh naik bas yang disediakan. Sebelum sampai Taman Safari, ada ramai penjual yang jual carrots di tepi jalan. Belilah sikit untuk bagi haiwan makan. Kami ada lagi baki apples yang dipetik di Agrowisata, jadi Jay dengan baik hatinya potong-potong.
Capai sepotong apple - eh, sedaplah pulak. Dah tak keras sangat. Laju je tangan I dan Ies capai apples yang dah siap potong😋... Hahaha... marah ibuk yang potong tu.

I panggil safari ni drive-thru zoo. Sebab drive thru je tengok haiwan daripada dalam kereta. Yang mana nampak selamat, boleh buka tingkap sikit dan hulurkan makanan. Sihat dan gemuk haiwan kat sini. Kawasan safari ni dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut jenis dan asal haiwan. Yang best dapat tengok haiwan dekat-dekat! 
Jay ni memang ada potensi kerja zoo😂
Kawasan Pak Belang ni janganlah buka tingkap...
Amboi... bapak singa tu tidur terlentang angkat kaki. Macam kucing kat rumah.

Perlahan-lahan kereta dipandu ikut route sambil tengok pelbagai jenis haiwan hinggalah kami tiba di entrance zoo. Walaupun agak penat, jalan sajalah masuk dalam zoo. Zoo ni agak happening. Ada section macam theme park untuk kanak-kanak main. Cuma budak-budak kalau dah happy main, tak ingat nak masuk zoo kot? 

Persekitaran zoo sangat bersih. Yang peliknya, bau yang kita biasa associate dengan zoo tak ada! Udara segar je. Punyalah bersih. Yang akak korang ni impressed - ada sections yang menempatkan haiwan dibina mengikut tema negara asal haiwan tersebut. Little details macam ni memang I bagi thumbs up!
Contohnya enclosure ni. Ini tempat harimau daripada India. Tengok binaan tu? Beautiful!
Dapat ambil gambar dengan this cub yang sangat sangat comels. Rasa nak gigit je telinga dia yang bulat tu. Tapikan, tapak tangan dia je dah besar muka kita!
Ehem... abam jaga orang hutan yang handsome😊

Kami sebenarnya tak larat nak pusing habis zoo tu. Sections yang memang tak nak jejak kaki termasuklah kawasan reptilia😱. Sebab kami dah puas hati bagi haiwan makan masa drive-thru tadi dan dapat lihat haiwan pada jarak dekat, sejam dalam zoo kira cukuplah. Bukan apa, perut pun dah lapar!

Balik semula ke kereta dan teruskan perjalanan ke Surabaya. Tapi singgah makan dulu. Yang ni I nak share sebab sedap bangat makanannya.
Nasi Bok tu dah cukup sebenarnya tapi I tambah Bebek Goreng. I tak makan itik, tapi kat sana... sedap la pulak!

Comments