Skip to main content

Malas Nak "Berbahas"

Kuliah Universiti MKI hari ini bertajuk: Berbahas. Banyak sangat benarnya kata-kata Prof tentang "perbahasan" sesama manusia. Selalunya tiada penghujung. Masing-masing ada pendapat masing-masing yang pasti akan ditegakkan tidak kira sama ada berada di pihak yang benar atau salah. Ego semestinya sangat tinggi. Contoh paling senang ialah situasi politik negara. Sampai ada rakan FB yang menulis - " Can we just have the GE like now...?". Letih.

Begitu juga dengan perbahasan dengan orang-orang lain. Saya sememangnya seorang yang tidak berapa suka berbahas. Lebih-lebih lagi kalau topik yang dibincangkan adalah sesuatu yang telah berulang kali dibincang sebelum ini. Prinsip saya - cakap kali pertama, peringatan kali ke dua, kali ke tiga - saya tidak akan peduli lagi. Kini banyak yang saya sudah tidak peduli. Bila difikirkan semula, mungkin ada hikmahnya. Paling berkesan ialah hati dan dada menjadi lapang dan tenang. Lebih banyak masa boleh diperuntukkan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Tapi yang pasti - orang yang membuat saya tidak lagi peduli adalah orang yang sangat rugi.

Comments