Skip to main content

Faedah Memberi (Dengan Ikhlas)

I might not really be the best person to talk about "giving". Giving atau memberi sebenarnya sangat sukar. The act of giving secara fizikal mungkin tidaklah sesukar mana, tapi sama ada hati ikhlas dalam memberi - itu yang sukar. I'm trying very hard to teach Aliyah about giving atau bersedekah. Budak-budak memanglah susah nak faham konsep ni, especially when it comes to their own money. Tapi, bukan budak saja yang susah nak bersedekah, orang dewasa sama saja :).

Selalu kita berkata - "sendiri pun tak cukup, nak bagi orang lain". Akhirnya, kita memberi bila kita ada "extra". Dan kita akan bandingkan orang lain yang nampak ada lebih banyak duit dari kita dan berkata - "orang tu memang patut memberi sebab dia ada banyak duit". Sebenarnya, memberi datang dari hati. Hati yang ikhlas akan gembira memberi. Tak kiralah sama ada duit dalam poket cukup atau tidak. Memberi juga tiada had minima atau maksima. Seikhlas hati. Hatta sebuah senyuman. Itupun memberi namanya.

Memberi tanpa mengharap balasan ialah hadiah paling bermakna. Sebab kalau kita mengharap balasan, kita akan kecewa. Ini adalah kerana balasan yang Allah swt beri tidak semestinya one-to-one. Kalau kita beri RM50, belum tentu kita akan dapat RM50 itu kembali. Rezeki dari Allah swt datang dalam bermacam-macam bentuk. Janji Allah - bersedekah akan mendapat rezeki berlipat kali ganda. Ia mungkin dalam bentuk wang yang berganda-ganda, mungkin juga dalam bentuk kesenangan lain - kemudahan dalam semua urusan, mendapat anak yang menyejukkan mata, kenaikan pangkat, dan macam-macam lagi. Tapi janji Allah swt itu benar.

Saya paling tersentuh bila bertemu dengan orang yang meminta derma, bila tangan memasukkan wang ke dalam kotak derma (mungkin hanya RM1 atau RM5), si pemegang kotak akan memberi senyuman yang paling ikhlas dan manis dan berdoa agar saya dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt. Hati terus jadi terharu dan tenang. Itu adalah anugerah "real-time" yang paling berharga.

Here's a video my brother Angah shared on sedekah. Semoga bermanfaat.

Comments