Skip to main content

Surat Untuk Cik Sri Siantan

Cik Sri Siantan,

Saya ialah isteri orang berumur penghujung 20an sipi-sipi nak masuk 30. Saya berkenalan dengan seorang suami orang bernama H. Sebenarnya atas soal kerja, saya telah menolong H dan H telah mengoffer untuk belanja saya makan seperti mana dia telah mengoffer 50 orang lain yang telah menolongnya atas soal kerja. Saya pun pergilah berjumpa dan saya dapati dia seorang yang friendly dan caring menepati ciri-ciri yang saya cari pada seorang suami. Saya pun menipu H dengan mengatakan bahawa saya single-mingle dan akan kahwin lagi sebulan-dua dan saya tak pasti sama ada nak kahwin atau tidak sebab bakal suami adalah pilihan keluarga. Padahal saya sebenarnya dah kahwin sejak tahun 2005 lagi, alignment body saya pun dah lari.

H yang caring ini telah menasihatkan saya agar memilih suami yang saya suka kerana perkahwinan itu forever, tapi sebab saya dah kahwin saya pun berpura-pura tarik tali kejap nak kahwin, kejap tak nak dan akhirnya kahwin terpaksa. Selepas itu saya buat cerita lagi mengatakan saya ni didera oleh suami kena sepak terajang agar H simpati dengan saya. Padahal, semasa saya mengadu nasib menangis terpekik terlolong macam orang tak sedar diri tu, saya sebenarnya tengah layan tengok VCD cerita blockbuster arahan pengarah tersohor dan terbaik Malaysia iaitu Mami Jarum, dan saya sedang sedih kerana filim yang bagus itu itu tidak memasuki senarai filim terbaik Academy Awards seperti cerita Bollywood Slumdog Millionaire padahal saya rasa filim itu bermutu tinggi lebih bagus dari cerita-cerita seperti "Kejadian Pelik si Benjamin Butang" dan "Si Pembaca".

Saya berusaha agar H suka dengan saya antaranya ialah dengan menghantar pelbagai bacaan ilmiah seperti "adakah aku soulmatemu" serta lagu-lagu yang liriknya menggambarkan perasaan saya. Saya juga menghantar gambar-gambar saya yang menarik agar dia cair dengan saya. Tetapi H kata dia sayangkan isterinya W dan anaknya dan tidak mungkin akan meninggalkan mereka. Suatu hari W telah mendapat tahu tentang saya lalu saya menjadi takut lalu berjanji tidak akan mengganggu suaminya lagi. Nasib baik W seorang yang baik dan gorgeous oleh itu selamatlah mata saya dari dikorek. Tetapi saya masih juga ganggu sikit-sikit si H kerana suami W itu lagi best dari suami saya sebab suami saya tak suka dengar masalah saya dan tak caring pun.

Tapi sekarang saya agak tertekan kerana saya dah diberi amaran oleh H agar jangan mengganggu keluarganya lagi. Saya tertekan kerana saya kini telah menjadi follower kepada blog W yang gorgeous itu. Saya suka membaca blog W siang malam pagi petang kerana banyak cerita-cerita menarik yang saya busybody ingin tahu. Sekarang mereka sedang meng-renovate rumah baru yang saya pernah berangan-angan ingin tinggal di sana tetapi tidak kesampaian. Kini saya sangat teruja menunggu cerita warna apa yang akan mereka pilih untuk mengecat jamban mereka.

Tetapi Cik Sri Siantan, ada 2 orang follower lain di blog W si gorgeous itu yang selalu menyakitkan hati saya. Sorang tu namanya Cik DK. Ada ke dia nak gulai saya? Mungkin gulai lemak cili api kot. Saya memang suka gulai lemak cili api, lagi-lagi kalau ikan sembilang salai atau daging salai dengan rebung. Fuhh... bak kata orang tua-tua, laki balik bawak biskut pun tak sedar. Ada lagi sorang namanya Hang Kebun. Dia ni asyik enter frame saja. Dia dulu datang screen test nak jadi Hang Tuah tapi kena reject, nak jadi Hang Jebat pun kena reject. Last-last dapat cangkul dan jadi Hang Kebun. Ada ke dia nak kejar saya dengan cangkul dan nak letak saya atas jalan biar kena gelek trailer. Over tau dia tu.

Apa yang saya perlu buat Cik Sri Siantan?

Yang Benar,
Isteri Yang Perlukan Alignment & Balancing

Comments

Cik Sri Santan (Pembantu Sri Siantan) said…
Puan Yang Alignment & Balancing Lari,

Saya begitu simpati dgn nasib malang yg telah menimpa Puan. Pada pendapat saya Puan mungkin tidak cukup bergetah untuk menandingi Puan W yg trsangat lah bergetah dan mengancam itu. Oleh kerana getah Puan yg tidak kuat itu jugalah makanya Puan perlulah menjaga suami Puan supaya dia tidak lari mencari wanita lain yg lebih bergetah dari Puan.

Disini saya juga ingin menasihatkan Puan supaya memastikan diri Puan akan kembali brgetah semula supaya dapat Puan memastikan suami Puan akan melekat pada Puan dan bukannya mencari suami orang yg sudah tentu mempunyai isteri yg masih bergetah dan melekat dgn kuatnya.

Puan juga perlulah ingat kerana setiap perlawaan dr lelaki itu tidak bererti mereka benar2 hendak mempelawa kita, tetapi kebanyakannya cuma ajak2 ayam je. Tapi tak tau la pulak saya klau Puan ni adik beradik ayam maka Puan telah merasakan ajakan itu sememangnya utk Puan.

Akhir sekali jgnlah Puan trlalu leka dgn gulai lemak cili api saje dan tidak mengendahkan biskut yg di bawa oleh suami kerana belum tentu yg sedap itu akan membawa kebaikan kepada kita kemudian hari nanti. Kadang2 walaupun cuma biskut kering saje tetapi ianya lebih sedap dimakan.

Sekian saja ulasan saya bagi pihak Cik Sri Siantan.
setiausaha hang kebun said…
Isteri yg perlukan alignment & balancing

Mula2 tolonglah pilih nama yang pendek sikit, susah nak membahasadiri pada puan.

puan belum kena gelek dengan trailer lagi ke? saya kena refer kat pemandu trailer tu macamana dia boleh miss badan puan yang dari jauh pun boleh nampak. nak kena potong gaji dia ni. mungkin alignment trailer dia pun lari jugak. maklumlah saiz sama macam puan.

cuba puan cadangkan pada laki puan, jangan bawa balik biskut, bawa buah2an pulak baru puan sedar laki puan balik. lagi elok buah nangka atau cempedak sebab banyak getah. ini boleh juga menyelesaikan masalah badan puan yang tak bergetah tu.

sekian dari saya, setiausaha hang kebun kerana boss saya sekarang tengah sibuk berkempen kat 2 bukit dan 1 batang.
Kawat Duri adik Dawai Kokot said…
Encik Setiausaha, saya begitu menyokong cadangan Encik Setiausaha itu sebulat suara, sebulat badan Puan yg perlukan alignment & balancing itu. Klau rasa2nya msih tidak cukup getah nangka & cempedak jugak lagi, ape kata jika Puan A&B (saya ringkaskan alignment & balancing) menggunakan getah tikus pula.

Lagi satu saya ingin menasihatkan Puan A&B supaya jgnlah selalu sngat mkn rebung, kerana menurut kajian klau trlalu byk sngat mkn rebung akan menyebabkan sindrom gatal2 dan miang2.
kimkam said…
Ahahahhaha.. nice one.. well done bebeh!!