Skip to main content

3 Things - Corat-coret Wedding Ejat & Ekin

Hari ni suasana kedai agak slow. So, selepas seharian semalam membuat accounts dan report untuk tokey-tokey kedai (very detailed you, hari ni siap buat sales graph lagi errkk... tapi kedai baru bukak 3 minggu mana ada sales trends yet!), hari ni nak hilangkan pening dengan share cerita menarik masa wedding Ejat dan Ekin. From my point of view lah!

1) Masa the rest were at the mosque waiting for akad nikah, my Angah and Kak Ros dok risaukan both of us. "Kesian kat Ateh Fairuz & Ateh Nizah kena jaga caterer kat clubhouse. Mesti banyak kerja...". In truth, both Hubby and I were sitting around doing nothing because the caterer was very efficient. I sempat balik rumah ambil phone yang tertinggal and then ke KTM fetch my Acik Adol. Lepas tu barulah rajinkan diri susun gift packs. Yeay, we got the easiest work!

2) Backdrop pelamin tumbang! The incident will be the talk of town for years! Setelah berdiri kukuh selama semalaman dan sepagian sehingga jam 1.30 petang, elok-elok pengantin nak duduk atas pelamin, backdrop boleh tumbang. The place was silent for a few seconds and right after buzzing with whispers. Wahhh... mesti suspek kejadian mistik kan? Tetapi yang menariknya, setelah tumbangnya backdrop, ramai actually commented that pelamin nampak lagi cantik! Hehehe.. because pengantin bersanding berback-dropkan garden - nampak pokok-pokok dan tasik di belakang. Anyway, my Abang Ben said someone actually guilty of ruining the backdrop - suspect a photographer yang baik hati cuba membetulkan something tetapi telah tertumbangkan tiang backdrop.

3) The wedding was made beautiful with the presence of almost 100 anak yatim. Itu yang buat suasana sangat special. Sampai hari ni masih terbayang-bayang wajah-wajah comel anak yatim tu. The day after, when Angah went to see the Ustaz in charge to pay for the bus fees, Ustaz tu siap kesat air mata. Dia kata itulah pertama kali sejak dia uruskan rumah anak yatim tu sejak 3 tahun lepas anak-anak jagaan dia diberi penghormatan yang sangat tinggi. Selama ni kalau dapat invitation, anak-anak akan disuruh duduk di penjuru, makan sendiri, duduk melangut tak buat apa, tau-tau kena panggil naik stage ambik sumbangan dan bergambar. Lepas tu disuruh balik. Tapi di majlis Angah, kedatangan anak-anak was announced by the MC, our family received them warmly - salam dan peluk usap kepala (dapat pahala tau buat macam tu), guests terjengah-jengah nak tengok mereka sampai, makan dan minum ada waiter serve, lepas tu boleh main di taman permainan. Masa pengantin potong kek, mereka sama-sama meraikan dan makan kek sama-sama. Kata Ustaz, selalunya MC akan announce kedatangan Datuk dan Datin bukan ketibaaan anak yatim. Kami sekeluarga turut terharu Ustaz...

Comments