Skip to main content

Beberapa Hari Selepas Harga Minyak Naik

I tak ada komen banyak pasal harga RON95 naik 20 sen. Tapi sempat bersyukur yang Hubby dah complete his consultancy tenure at that particular company located in Kota Damansara. I cringe to think if he's still engaged to that project, the dent that the petrol hike would have on our household. Rasanya kenaikan harga minyak tak lah affect us that much - in terms of aktiviti mengisi minyak - sebab nowadays we only drive around Bangi dan kawasan-kawasan sekitarnya. Meetings pun around these areas. Alhamdulillah... So far lah.

But the first thing I thought of when the news came out was - how will it affect orang-orang yang memang dah sedia susah? I ni walaupun tak kaya, tapi tak lah susah (walaupun kadang-kadang susah lah juga), tapi ramai lagi orang yang lebih susah dari I. Yesterday, dalam my FB page, a friend yang memang agak well-off telah meng-upload gambar-gambar rumah terbuka yang dia pegi (some Datin's house siap laga-laga pipi dengan food yang sangat lavish) and just below is a post by another friend about a boy whose duit belanja sekolah got reduced from RM1.50 per day (dari pagi sampai petang) ke 80 sen sahaja dan terpaksa makan karipap saja di kantin sekolah. How ironic. And how sad.

Pak Menteri dok kata kenaikan harga ialah untuk menolong orang-orang yang susah. Proceeds dari kenaikan harga akan disalurkan melalui BRIM. Masalahnya, kat Malaysia ni, especially kat big cities, ramai middle income group yang sebenarnya hidup susah tapi tak layak dapat BRIM. Hidup mereka ni lebih susah dari orang susah. Dan I tau ada juga orang-orang yang dapat BRIM ni sebenarnya tak lah susah sangat kehidupannya. Susah buat sendiri adalah. Kalau rajin cari rezeki, tak lah hidup susah pun. Tapi bila BRIM keluar, bersungguh-sungguh pegi mintak.

My only thoughts - cari lah rezeki dengan kudrat sendiri. Usaha. Doa. Usaha. Doa. Kalau boleh, janganlah bergantung pada "pemberian" macam tu - unless you are really, really susah. Sebab "pemberian" tu bukan datang percuma. Ianya datang dari keringat orang lain yang telah membayar extra 20 sen harga petrol tu. So, kalau I isi minyak dan bayar that extra 20 sen per litre, I actually ada hak ke atas duit tu. Bukan hak I nak mintak balik duit tu. Tapi, I ada hak untuk niat yang duit I yang dikumpul oleh Gomen itu akan diberikan kepada orang yang benar-benar layak. So, kalau orang yang tak berapa nak layak dapat, tapi dia dapat atas alasan yang dia orang susah dan berpendapatan kurang dari had yang ditetapkan, tapi sebenarnya tulang-tulang dia belum lagi reput untuk bekerja, then duit BRIM tu boleh dikira sebagai haram tau. Walaupun sumbangan I mungkin cuma 0.00000000001% sahaja, tapi insyallah Allah kira tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Comments