Skip to main content

Merendang Sambil Bekerja

Itu advantage being an entrepreneur kan. Sambil merendang boleh bekerja or sambil bekerja boleh merendang. Rendang I baru je siap. Atas dapur lagi. Tahun ni Raya Haji di rumah sendiri. Esok petang baru balik Melaka. Oleh kerana buat rendang di rumah sendiri, boleh lah masak sesuka hati. So, tahun ni I masak Rendang Nyonya. Wahh... yang pasti bukan Rendang Nyonya Mansoor Ibu Mertua Kasim Selamat okey. Itu jahat punya orang.

Rendang ni sebenarnya ilham dari tengok Florance nyonya tu masak Laksa Nyonya untuk Bobby Chin kat AFC. So, I pun try la buat (mana ingredient yang dapat tangkap) tapi I buat gulai ayam nyonya. Agak sedap la... Memang macam rasa Laksa Nyonya kat Secret Recipe tu - yang memang marvelous. Untuk rendang I hari ni, apparently memang wujud rendang nyonya ni. Recipe yang paling simple I jumpa exactly macam gulai I selalu buat tu. This time around I memang guna buah keras. I really don't know what difference it will make. Tapi nyonya style memang wajib - buah keras, belacan and lots of daun kunyit hiris. Then, they don't use kerisik. Recipenya guna kelapa yang disangai tapi tumbuk sikit-sikit je tak sampai keluar minyak. Tak kuasa lah kan - beli saja kerisik kat kedai. Hasilnya....
Sama je rupa macam rendang biasa? Hmm... must be the kerisik. Kalau guna kelapa goreng warnanya kuning sikit. Masa tengah tumis, bau macam masak asam pedas! Hehehe... Anyway, the whole house smells like Raya. 

Selamat Hari Raya Aidiladha. 

Comments